ALL VERSION | You Are My Destiny

Selasa, Julai 14, 2020
Wah~ baru beberapa hari tak bukak blog ni, dah lain template dia pulak. Haiyak! Macamana nak justify tulisan ni. Entam saja la labu.. Oh  k dah jumpa. Haha Kena skrol dia punya tab kat atas tu. Al-maklum la kita ni update blog pakai smartphone di kala menemani anak-anak tido, ataupun di kala malam gelap. Gitu~ 


Hai, semua! Kabare? Waras ngak? Kali ini aku mau share sama kalian ni, semua versi untuk drama Fated to Love You, atau lebih dikenali sebagai You are my destiny. Aku dah tengok semua, tapi malas nak update satu-satu  jadi aku all over campak sini je. 


1. Taiwan Version (2008)
- Drama versi Taiwan ini adalah pemula bagi siri ini iaitu pada tahun 2008 hasil lakonan Ethan Ruan dan juga Joe Chen. 


  Versi Taiwan ini mempunyai 24 episode. Jika korang rasa nak recap balik drama ni, boleh klik gambar di atas ya. 


2. Korea Version (2014)
- Aku rasa versi Korea paling femes tak, sebab dilakonkan oleh Jang Hyuk dan juga Jang Nara. Drama yang cuma mempunyai 20 episode ini nampak lebih ringan sikit berbanding dengan versi sebelumnya. Mungkin sebab bilangan episode itu memainkan peranan besar juga dalam sesebuah drama siri. Yah! 


Bagi versi Korea  mungkin korang boleh cari di mana-mana laman sesawang yang ada di google, untuk menontonnya. 


3. Thailand Version (2017)
-Bila kita dah hafal skrip atau jalan cerita yang lebih kurang, maka kita cuba melihat keserasian pelakon dalam memainkan watak tersebut. Bagi aku, Thailand is the worst chemistry la. Sebab dorang tukar nama Anna. Ha Ha Yang lain semua stick pada nama sama pada karakter utama. Mungkin dorang cuba bagi nafas baru. Tapi, bagi aku. Na na.. Pelakon dia mungkin okay, tapi...  Urgh, don't know why I can't watch this version. I just stay for couple episode, and..  Naa, naa... This is it. Not gonna to watch it more. Haha 



Untuk versi Thailand ni, cuma mempunyai 17 episode saja dan kedua paling pendek la jika dibandingkan dengan yang lain. 


4. Japan Version (2020) 
-Sesungguhnya jika kalian itu mahu tahu syiok tak syiok drama ni, jangan la tengok Japan punya version.  walaupun pelakon lelaki dia hensem  tapi aku tak berkenan dia cuma amek point penting saja. Yang paling tak ngam sekali bila tengok mak heroin tu, yang macam lebih kurang je umur dengan anak dia. Konfius kejap  Haha Oh, rupanya mak dia. Itu pun aku perasan bila dah nak habis. 


Dan sesungguhnya Jepun versi adalah paling pendek dah dorang tak ada meleret macam China Version. Sebab tu, tak tau yang ni jika nak dibandingkan dengan China version walaupun dorang keluar sama tahun. Sebab drama pemula pun dah 24 episode, bila dorang cut episode tu macam tak best pulak walaupun kita tahu kesudahannya pasangan ni macamana. Heee~ 

Rasa nak layan juga version ni, boleh klik gambar di atas ya. 


5. China Version (2020) 
- Yang ni aku tak ulang review la kan. Korang boleh tengok review version ni dengan menekan 
Di Sini . 


Dan version terbaik selepas Korea adalah Chinese Version. Panjang dan puas hati la kan bila tengok dorang bersama kembali. Dan yang penting untuk watak Dylan dan Anna tu, sama cantik dan sama hensem waa.. Berkenan bete. Ha ha ha kita pun puas hati tengok progress perjalanan hubungan dorang ni. Dengan 36 episode,  dan telah habis ditayangkan pada dua minggu lalu. dengan indo ataupun english sub. Nak tengok, boleh klik saja gambar di atas. 


Peringatan: khas buat telegram user saja. 

Over all, seluruh asian dah pusing buat version masing-masing, tak pasti sama ada Filipina pun nak join adventure sama kan? Selalunya begitu bagi negara-negara yang femes dengan drama series ni. 

Itu saja review ikhlas dari peminat drama macam aku ni. Nak review lebih tak pandai nak karang ayat. Kot la korang rasa aku ni asyik layan Chinese Drama je sampai boring tengok itu saja di muatnaik. Naah, aku bagi all version supaya puas hati. Boleh la pilih hat mana kenan di hati. Bak kata ipar aku, heran, semua drama layan. Korea layan, Thailand layan, Chinese drama layan. Cuma drama Jepun tu je TV channel Malaysia ni jarang mainkan kecuali Kamen Rider yang dah ulang berapa kali dengan dialih bahasa. Sekian. 

8 ulasan

  1. Banyak versi rupanya..
    Yang versi korea tu best kata encik suami saya.. hehehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah, Korea best. Tapi sejak ada yang chinese punya, yang tu lagi best. Haha

      Padam
  2. aie kamek nang tengah habiskan korean version ya..hahaha..suka kamek hero n heroin ya..dengan second lead hero juak..hihi...kebanyakan pelakon utama ada dalam The Last Empress except Jang Hyuk jak sikda..kamek ingatkan nya 16 episod, bila bukak episod 16 da excited da, rupanya ada next episode gik, alu slow kamek nanggar..agik di episod 18..hahahahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha duploh episode jak nya.. sik kedak chinese version gik panjang. Hahaha

      Padam
  3. wah macam-macam versi ada. Kalau Fiza mesti tengok yang versi Korea je sebab ada Jang Nara. hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dan semestinya itu paling best. Haha keduanya chinese version. ^^

      Padam
  4. ooo x tau pulak ada drama jang nara dgn jang hyuk hahaha ketinggalan betul sy ni

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤