CHINESE DRAMA: Oh My Emperor

Selasa, Julai 14, 2020



Tajuk: Oh My Emperor
Genre: Comedy, Historical, Romance, Time Travel
No of Episode: 21 (27 minute per) 
Cast: Zhao Lu Si, Koo Jason, Sean Xiao,  Wu Jia Cheng, Peng Chu Yen, Gou Zi Fan, 
Sinopsis: Luo Fei Fei, a girl from the 21st century, was transported to a mysterious world of the past -Huang Dao Guo. In the nation of Huang Dao, its leadership is rotated among the 12 constellation owners every thousand years. There, Fei Fei meets the current emperor of the nation, Bei Tang Yi, who is also the owner of the Capricorn constellation.


SPOILER ALERT

Geram la, tulisan tak dapat justify lagi. Macam redha je la centre macam ni. 
As last Chinese Drama yang Aien follow up, sebenarnya deretan drama lakonan pelakon comel Zhou Lu Si ni. Dan begitu juga untuk drama ni. 

Zhou Lu Si, majoriti drama dia time travel related. Walaupun begitu, tak boring sebab lakonan dia santai je. Drama ni sangat la santai sampai aku ketawa masa makan tengok drama ni. Ha Ha Ha 

Lou Fei Fei, seorang medical intern terkembali ke zaman lalu, di mana di sebuah pemerintahan menggunakan bintang zodiac yang dipanggil Zodiac Land. Pemerintah dia merupakan seorang Capricorn, Bei Tang Yi. Raja ini serupa dengan idol kegemaran Fei Fei di abad 21 iaitu Jia Cheng, seorang penyanyi China. 

Mati-mati dia ingat raja tu Jia Cheng dan berharap lelaki itu juga sepertinya. Terkandas ke masa silam ini. Malangnya bukan  lelaki Capricorn yang sangat tidak ada klu tentang perhubungan membuatkan Fei Fei terasa tertipu dengan raja ini. 

Jika drama sebelum ini, Oops, The King is in Love, rajanya seorang yang bijak dan santai. Untuk drama kali ni pulak rajanya sangat slow witted gitu, tapi bijak la jugak. Lawak-lawak seyh.  

Bila aku tengok drama ni, aku teringat Korea Drama Hwarang tu. Banyak sangat lelaki, yang mana mereka ini semua dari ahli kumpulan X-Nine. Semua tinggi, dan not bad. Lagi-lagi Bei Tang Mo Ran, a.k.a Lord Chen tu. Aish, dengan berbintang Aquarius  kuasa saktinya boleh meramal masa hadapan. Jadi bila Fei Fei terdampar dalam kolam mandi para putera istana, Lord Chen ni yang selamatkan dia dengan mengatakan dia merupakan penari dari kediamannya. Kalau tak, Raja Bei Tang Yi ni nak je bunuh dia. Langsung tak ada perasaan betul. 

Penat la nak cerita panjang-panjang. Ha Ha Kiranya barisan pelakon utama tu mewakili 12 bintang yang ada dalam zodiac tu la kan. 

Dan bila Fei Fei datang ke masa silam ni, dia merupakan Ketua Osphicius, puak perawat/medical staff laa. Puak ni telah disingkirkan dari Zodiac Land sebab ketua dorang dulu p bunuh raja terdahulu dek kerana raja tu terkena virus maniac. Demi menyelamatkan semua, dia pulak mati sama dengan raja kerana dibunuh oleh menteri lain. Al-sebenarnya  itu la rancangan Orion Land - negeri jiran yang cuba memusnahkan Zodiac Land yang aman damai. 

Orion Land ni licik, dorang suka porak perandakan orang lain dan kaya dengan racun dan trick yang jahat. Leceh laa.. Bila Fei Fei datang dialah bawah sinar baru pada kerajaan Zodiac Land. 

Kiranya konflik drama ni antara Zodiac Land dan Orion Land je, tapi yang diburukkan oleh Orion Land adalah puak Osphicius tu. Kesian. Dah la dorang team healing gitu, alih-alih dorang difitnah pembunuh /pembelot kerajaan. 

Dan bila korang dah pejam celik tengok 21 episod yang tak sampai 30 minit pun setelah ditolak lagu pembuka dan penutup, mesti korang nak bersambung kepada siri kedua. Ha ha 


 

Dengan mengekal pelakon yang sama, maka tiada bezanya sambung aja lagi 21 episod ni. Pejam celik 42 episode la jugak kan. 

Bersambung konflik dorang, tapi Bei Tang Yi dan pun suka dengan Lou Fei Fei ni. Comel je tengok laki teda perasaan gini. Tapi, bila sampai kan kita sengal pun ada. 

Lord Chen yang sememangnya suka pada Fei Fei terpaksa mengundur diri demi anak saudaranya sendiri. 

Nyaris juga Lord Chen nak ditunangkan dengan Fei Fei sebab Pemaisuri Agung berkenan dengan Xie Yanran, anak menteri untuk dijadikan Pemaisuri cucundanya. Malangnya, Xie Yanran ni suka pulak dekat Lord Chen. Disebabkan kuasanya halimunan, kadang suka ngendap pak cik tu mandi. Haha Tapi, kantoi dengan Lou Fei Fei. 

Suka tengok chemistery Lu Si dengan semua pelakon dalam ni. Tak kekok walaupun lighting drama ni terang sangat bagi aku. Tak boring macam drama dia dengan Li Hong Yi sebelum ni. 

Bila dah sampai penghujung sedih ending dorang, sebab semua mati kena bunuh dengan nenek pengkhianat tu. Geram je aku. Padan la dia jahat sangat, rupanya dia nak balas dendam demi tanahnya, Orion Land. 

Raja Bei Tang Yi pun tercedera apabila adiknya, Bei Tang Tang, diberikan virus maniac oleh neneknya dan bini dia pulak puteri daripada Orion Land yang kononnya dihantar untuk runding damai. Bei Tang Tang cuba untuk membunuh saudara dan pak ciknya. Dah la pada hari perkahwinan dorang pulak. Huwaaa,, 

Maka demi selamatkan Raja Bei Tang Yi, Lou Fei Fei gunakan kuasanya sehingga sampai tahap terhadnya. Dan dia mula hilang. Sedihnya Raja Bei Tang Yi masa ni. Alahai, pengantin baru. 

Dan Lou Fei Fei kembali ke zamannya semula. Okay, penghujung ni macam Scarlet Moon lakonan IU dengan Lee Jung Ki tu la pulak. Sedih mat!!! 

Nasib akhirnya bertemu dorang kembali bila Lou Fei Fei tengok taburan tahi bintang di sebuah tanah lapang. -THE END




4 ulasan

  1. eh eh kedak cita The King Ethernal Monarchy jak ada konsep2 time travel tok..haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tapi ya raja nya time travel. tok, ompuannya. Haha

      Padam
  2. mcm menarik tp utk sy tgk entah bila laa gamaknya hehehe kdg drama korea yg best pn mkn semggu br selesai hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau minat sehari boleh habis untuk satu siri. Hahaha

      Padam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

gallery @aienienka

© kisah aienienka.