Baru nak cuba Kek Tornado Viral

Rabu, Julai 08, 2020



Baru ada masa nak update nih haa, Assalamualaikum geng and readers~ 

Setelah sekian lama, Tak nama Malaysian la kalau tak terpengaruh dengan benda viral ni kan. >,<

Kek Tornado Viral, sejak bila ianya berkampung di laman media sosial terutama di Facebook pun aku tak tahu. Yang tahu, lately dia banyak lalu di timeline aku. Geram je rasa. Cuba la usha-usha harga dia berapa sekotak macam ni kan. 

Pada mulanya berangan nak buat sendiri. Tengok pada resepi macam renyah ya amat. Berlapis-lapis kau. Padan la orang jual mahal. Dengan coklatnya lagi, cream cheesenya lagi. Wow sangat rasa dia.  Pada bayangan aku saja. 


Ceritanya sejak Jun lalu aku cuba order delivery setiap kali aku balik kampung, supaya dapat la belanja mentua dan adik ipar aku yang gemar makan jenis-jenis pencuci mulut ni. Malangnya tiap kali nak order, seller majoriti close order untuk hujung minggu. Tiba la saat minggu lalu, aku dapat order daripada seorang seller ni. Alhamdulillah rezeki la jugak walaupun dia cuma open order pada hari Sabtu. Tak apa la kot. Aku balik malam hari. kata dalam hati. Order la dua, saiz besar dengan harga RM25/kotak. mungkin dalam 1/3kg macam tu aku rasa. berat jugak la. Berbaloi dengan berat, cuma tak berbaloi pada aku rasanya teda jugak cream cheese tu pada Kek Tornado Viral ni.


Alhamdulillah cukup la sekali dapat merasa, supaya tak kempunan kata orang tua. Jangan tak cuba kan? Dengan servis penghantaran cuma RM3 pada aku seller sangat baik. Cumanya, bila tiba masa penghantaran yang dijanjikan bermula daripada 3 petang, di sekitar Pontian. Dan 5 petang di sekitar Pekan Nenas, malangnya aku lama bagi aku. Phew~ Sebab aku punya kek sampai jam 8.15 malam kot? Agak-agaknya kenapa? 



Sorry la kalau aku ni agak cerewet tapi kira ketepatan waktu itu tak boleh dijanjikan sekiranya kita ni ada masalah jalan jammed ka, hujan lebat jugak masa tu. Ya faham jugak. Mungkin kesukaran delivery guy mencari kawasan rumah pelanggan tu menyebabkan salah satu asbab kenapa boleh jadi lambat. Padahal prosuder penghantaran itu, cuma serah, bayar. Itu pun sekiranya belum bayar. Macam aku sudah pay by transfer. lagi mudah. Tapi itu la, lama bebenor ya, padahal Pontian dengan Pekan Nenas tu apa la sangat. 

Masam je muka laki aku kitaorang balit lambat dek kerana menunggu kek ni. BERBALOI KE TIDAK? 

Boleh la. Nak kata tak berbaloi, kek ni mungkin menggunakan coklat premium, sangat sedap jugak. So, worth it la. Nak repeat maybe not. Itu la orang kata, benda viral biasanya indah khabar dari rupa. He he 

Maaf la sis baru nak merasa ni. Next, apa lagi yaa... 


21 ulasan

  1. ooo kitak diam di pekan nenas ka? dekat la dengan kak azian khalil ya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. rumah mentua di Pekan nenas nun. Tiap minggu kamek ke cnun.. 🤗

      Padam
  2. Nampak sedap... boleh la cari gak nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh cuba kak. Sy simpan tiga hari baru habis. Padahal makan jugak. haha

      Padam
  3. Balasan
    1. Sedap, tapi muak makan bebyk. sebb tu lambat habis. Hehe

      Padam
  4. oh sedapnya kek... nak cari sini mesti susah sebab area kampung hm

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak Aien pun area kampung jugak ni. tu yg susah cari seller open order hujung minggu Hehe

      Padam
  5. wahhhh kak aiennnnn nampak sedap sangat tuuuuu! awat tak post ke seremban sini? hahahaha

    BalasPadam
  6. aduss ape pasal nampak sedap sgt ni

    BalasPadam
  7. Nampak sedap dan penuh coklatnya.. Memang viral ni. Orang pun ramai yang buat mukbang/review makan ni kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haah, sebab ru terpngaruh sama. Sekali.. Haha

      Padam
  8. sedapnyaaaaa. sana sini orang dok post pasal kek tornado viral ni. tak cuba lagi aien..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuba sekali, baru tau rasa dia macamana. Tekak gatal nak cuba makanan viral. Kah!

      Padam
  9. Tergoda sungguh haihh..belum ada rezeki mencuba lagi. huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau rajin, boleh buat sendiri kak Fiza. Heheh

      Padam
  10. Saya bab masa nie memang tak boleh accept kalau terlalu lambat dari yang dijanjikan.. kalau setakat 20 ke 30 minit lambat okay lagilah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebab teringin yang amat dan daku telah bayar je redha kak Sha. Haha

      Padam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

© kisah aienienka.