Chinese Drama: Love Better Than Immortality (2020)

Rabu, Julai 01, 2020




Tajuk: Love better than immortality, Spring Flower
Genre: Romance, Comedy, Adventure, Fantasy
No of Episode: 40 (36 minute per)
Cast: Li Hong Yi, Zhou Lu Si, June Wu, Jiang Yuan , Yao Qing Ren
Sinopsis: A woman from future arrives at fantasy-like universe to experience love for the first time. She goees by the name Chun Hua and falls into a complicated romance with two young men who are opposites like black and white. (source: chinesedramainfo)


SPOILER ALERT


Kesinabungan sesudah menonton lakonan si Zhou Lu Si dalam The Romance Tiger and Rose dan suka tengok dia comel je.. Maka aku pun menontonnya. 



Malangnya drama ini tidak la sebest drama Lu Si sebelum ni. Walaupun pelakonnya boleh dikatakan bagus-bagus belaka, tapi bagi aku jalan cerita dia boring. Puas jugak aku tengok dalam speed 1.8x dan fast forward lagi. Masih juga agak perlahan momentum jalan cerita untuk drama ini. 

Tengok pun sekadar nak tahu la kesudahan siapa menjadi pilihan Si Chun Hua ni je. 


Salah satu juga alasan nak gigih nak tengok drama ni walaupun urgh~ slow yang amat, sebab Li Hong Yi!!! Ha ha ha 

Currently tengah tengok drama dia yang best amat, iaitu Parallel Love. On going la. Kadang download di telegram, tapi kalau nak tengok fast subbing di telegram, kebanyakannya sub indo. Jika dibagi pilihan, indo atau English, aku prefer English bukan sebab berlagak. Tapi sebab, kok emang paham ya lagi baca yang indo punya? lagi tercari-cari deh apa sih sebenarnya di bilangin dia. Ha ha So, terserah deh!

Other choice pulak, tengok di group special dia FB yang majoriti ramai la subber sekalian. Tinggal jujur dan patuh pada syarat-syarat group aja. 


Berbalik cerita kita, Chun Hua ke dunia fantasy ini untuk merasakan cinta buat kali pertama. Pesan mesin sebelum dia ke fantasy, 

"orang pertama yang kamu lihat sebaik buka mata, adalah suamimu." 

Dan mati-mati la dia ingat Xiao Bai a.k.a Hegemo Muda? Eh, aku tengok dalam sub Indo. Aku tak reti nak cerita balik. 


Dia macam keluarga terhormat dalam seni bela diri yang memegang Pedang terhomat Feng ming. 

Chun Hua pun bodek la Xiao Bai ni tadi. Ye la, misi dia menikmati pengalaman cinta pertama kali. Tapi, apa yang dia kena dituduh sebagai pembunuh seorang doktor dek kerana seluruh puak mencari kacang umor panjang? Adeh, Kerana sebijik kacang ini mereka puak-puak bergaduh dan melemparkan fitnah. 

Daripada Keluarga Feng Ming tadi, ada seorang pengkhianat yang sangat tamak haloba dan membunuh ramai orang dan menuduhnya kepada puak iblis. Cringe betul la baca ni. 

Chun Hua pulak selalu diganggu oleh Shangguan Qiu Yue dek kerana mati-mati dia ingat itu abang dia dalam pengalaman ini. Rupa-rupanya tadi, jika dikutkan cerita asal Chun Hua a.k.a apa ntah nama tunangan Xiao Bai tu, telahpun berselingkuh bersama Qiu Yue ni dek kerana perasaan bencinya pada keluarga Feng Ming yang berpura-pura sok suci gitu. 

End up, Chun Hua konfius orang yang dilihat olehnya pertama kali sebenarnya Qiu Yue ni. Bermula la kisah cinta mereka. Dan bila Chun Hua dah suka dengan Qiu Yue, dia terkena racun oleh salah seorang pengkhianat di Rongga Qiuyie (nama tempat keluarga Shangyuan Qiu Yie) iaitu keterikatan cinta? Eh, apa ni? 

Dia macam Chun Hua tu tak boleh suka dengan Qiu Yue,nanti hatinya macam dirobek gitu, sakit dan boleh membawa maut. Qiu Yue sedih sangat bila Chun Hua mati buat kali kedua bagi dirinya. 

Konklusinya konfem Chun Hua bangun dia sedih sangat sebab rindukan Qiu Yue, dan berjumpa dia di alam realiti. Haa, paham sangat dah jalan cerita dia. (padahal tak tengok habis sebab bosan) Tapi aku review jugak la kan kot-kot ada korang terberkenan macam aku dan mencari review yang jujur bak hang macam aku nih. 

Aku, kalau suka, memang panjang meleret cerita dia. Tapi, kalau dah hurm.. yela  boring so on.. Korang bukak la tengok sendiri best ke idok. Saja la review, kot-kot aku lupa drama apa yang aku dah tengok esok hari boleh cari di bawah tags:  CHINESE DRAMA

 Dalam list ni banyak ni. Huish~ Tapi macam terpengaruh nak tengok It's okay to be not okay ni. He he he 

4 ulasan

  1. macam best jak cita tok :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Best mun dah sik da benda nak molah.. P slow namati.. Ha Ha

      Padam
  2. Dulu suka tengok cerita cina ala2 pakaian kungfu, dinasti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kungfu, kunfu ni biasa suka tengok Cina Jackie Chan tu.

      Padam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

gallery @aienienka

© kisah aienienka.