Resepi Ayam Masak Ungkep campak-campak

Rabu, April 29, 2020


بسم الله الرحمن الرحيم

Akhirnya dapat juga aku update post tentang resepi. Al-maklum la sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni, masing-masing berjaya praktik untuk daftar diri dalam Rancangan Master Chef. Terutamanya aku ni ha, daripada tak pandai masak, la ni aku rasa dah expert sikit nak masak campak-campak. Kah! Lagi-lagi bulan puasa tak boleh nak merasa masakan, kang takut termakan terus. Nah, jawapannya, agak-agak je la. 

Resepi melayu jika dari turun temurun itu, kalau ditanya pada para mak-mak pasti akan jawab, agak-agak je kau letak. Sampaikan Gordon Ramsay pun konfius macamana rupa agak-agak ni.

Okay, back to our resepi.

Kali pertama aku makan ayam masak ungkep ni, sejak berkahwin. Mak mentua aku suka sangat buat ni. Masakan banjar kalau tak silap aku. Selalunya dia akan masak menggunakan ayam tua. Which is lagi sedap la, tapi aku tak makan. Sampai satu hari, mak mentua aku buatkan guna ayam biasa. Dan aku makan, phew~ sedapnya. Ala-ala masak rendang, tapi tak guna rencah rendang.


Seperti biasa, kalau aku ni masak mesti kena tengok resepi dulu di muka buku sebagai rujukan. Lepas tu, derhaka pada resepi. Haha
Sebab apa derhaka? Sebab aku masak untuk dua orang, dah kebiasaan resepi memang masak untuk ramai, jadi perlu diolah daripada resepi asal.

Nah, untuk sesiapa nak resepi aku, jawapannya agak-agak je. Kan dan expert masak, haha campak-campak dalam hati doa harap la jadi.


Resepi ayam ungkep versi Aienienka

6 ketul ayam (suka hati la bahagian apapun)

bahan A:
3 sudu bawang merah blender
2 sudu bawang putih blender
1 sudu rencah blender (serai,halia dan lengkuas)
2 sudu cili kisar ( bukan lada kering tu)

bahan B:
sikit serbuk jintan manis
sikit serbuk ketumbar
sikit serbuk jintan putih
sikit serbuk kunyit

200ml santan
Minyak untuk menumis
garam dan perasa


cara-caranya: 

1. Tumis semua bahan A dahulu sehingga naik bau.
2. masukkan segala serbuk. Tumis sehingga pecah minyak.
3. kemudian masukkan ayam ke dalam rencah. Gaulkan sehingga sebati. Biarkan ayam serap segala rencah. Jangan lupa gaulkan.
4. masukkan santan dan sedikit air. (kalau suka jenis berkuah letak lebih sikit air.
5. masukkan garam dan perasa. Biarkan dengan api perlahan supaya air kering dan rencah serap masuk.
6. dah siap!

Senang kan? Kalau ikut resepi ada letak air asam jawa, Aien tak ingat ade letak ke tak, tapi macam tak ada. Kah! Anyway kalau ragu-ragu boleh letak.



Hasil kejadian yang cantik dan rasa pun ngam. Sebenarnya di sebalik kisah cubaan masak ayam ungkep ni, sebab dikatakan menu wajib mentua untuk laki aku ni. Ngam rasa dia, habis la lauk tu masa sahur. tak ngam ada lagi baki dan sayang. Sejak puasa dalam PKP ni, segalanya kurang. Makan pun sikit, minum pun sama. Jimat gitu. Kita aje tekak nak makan memacam.  😂

22 ulasan

  1. omakaii lapa terus tengok..heehhe saya pon macam akak kalau masak kene edit resepi dulu sebab makan sorang je hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. aah.. kalau tak terlajak banyak sayang. ^^

      Padam
  2. Belum pernah cuba lagi masak ungkep ni. Nampak sedap

    BalasPadam
  3. mcm sedap je. byk jenis rendang. kalau di Kelate dipanggil gulai kerutuk.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pernah lagi makan.. hehe nanti cuba in shaa Allah ^^

      Padam
  4. masa duduk johor haritu selalu jugak makan. hehe. kat negeri sendiri jarang nampak~

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu laa. dok johor je baru tau ni.. Kalau tak, memang tak laa..

      Padam
  5. hishh mmg terliur..mmg sedap ungkep masakan orang Jawa yg sedap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan, kan.. Lagi lejen gitu rasa dia.. ^^

      Padam
  6. Assalamualaikum. . kalau dah menu wajib utk suami, apa lagi, makin semangat nak masak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam.. Kan? Lagi kita berusaha nak masak. setakat ni suami pun tak cakap lepas ke idok, cuma bila masak tu habis, maknanya sedap la tu

      Padam
  7. ayam masak ungkep ni antara menu wajib mak mertua saya kalau balik kg suami, memang sedap dan kalau dapat ayam kampung lagilah sedap ungkepnya..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. ayam kampung, ayam tua sangat sedap buat ungkep ni. Tapi, tak boleh nak telan laa. hAha

      Padam
  8. mudah je eh resipi dia. Boleh buat ni nanti

    BalasPadam
  9. Balasan
    1. dia sejenis masakan berasaskan ayam dari masyarakat jawa ataupun banjar.. ^^ ray akan jumpa if knowing someone from johor and they are jawanese or banjarian. ^_^ (hentam je aku speaking)

      Padam
  10. Balasan
    1. Dap kak Wawa.. sekali cuba pasti nak lagi. ^^

      Padam
  11. sejak duduk umah sewa kat johor ngan senior2 utm orang johor, kamek jatuh hati dengan ungkep ayam tok...masakan jawa campak2 dan tunggu sampei masak..haha..sampei husband and family kat bintulu pun berjangkit suka makan ungkep...kamek suka pakei cili ijo besar ya, campur ngan cili padi ijo & merah, and sik makei santan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. cabik ya la di pake kamek. udah diblend apa indah smua nak. style mentua kmk k santan ya. mun tangga resepi majoriti sik da. hehe

      Padam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

© kisah aienienka.