JURNAL | Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 28 April 2020

Jumaat, April 10, 2020


Sudah terduga bahawa ianya akan bersambung. Walaupun begitu, pasti ramai yang menanti pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yaasin ibarat menunggu pengumuman raya. Dalam hati dah risau, 20 April nanti Najmi nak pergi annual check up ke Klinik Kesihatan. Macamana ni ya? 

Semoga rakyat Malaysia sangat PEKA dan #stayathome bersama-sama. Jangan sibuk fikir nak buat list untuk buat biskut raya, cari baju raya dan sebagainya walaupun kita sendiri tak pasti dengan bagaimana dan bila covid-19 ini akan berakhir. 

Bila baca di media sosial, ada kluster terbaru mengenai rakyat Malaysia pulang dari luar negara tapi tidak mengurung dirinya sendiri di rumah dan menyebabkan kematian orang lain, sangat-sangat pentingkan diri dan ada juga baca cerita seorang pesakit positif covid-19 buat pengakuan di media sosial tentang perjalanan dia keluar negara bulan lepas. Nasib juga dia faham dan terus menguarintinkan diri serta suaminya di tempat berasing daripada keluarga. Ada juga beberapa komplain tentang sumbangan makanan untuk mereka yang kuarintin setelah dibawa pulang dari luar negara dan juga untuk pelajar IPT. Fuh, fuh fuh fuh... 

Nasib ku baik, telefonku rosak. Cuma baca seketika membuat darahku zzzuppp! naik tahap pecah kepala. Saat begini, ada juga ya.. #alhamdulillah aku masih cukup makan, masih sihat dan masih juga dikurniakan nafas oleh ya Rabbi.

Sebelum tu, nak juga mengomel bahawa Pampers anak-anak yang diorder melalui shopee dikensel oleh seller dengan alasan dah tak ada stok. 


URGHHHH!!!! dari 26-03-20 order tau. Atas sebab Duduk rumah, shopee hantar! punya tagline. Sudahnya kebanyakan shipping slow down dek sebab PKP fasa kedua tadi. Dan cerita pampers bebudak ni tadi, ingatkan nak pakai untuk sesi April ni, sudahnya terpaksa beli di kedai dengan harga yang tak berapa nak murah sangat la. Pada hari beli tu, rate kedai 5 bintang. Hari ni tadi, tengok ada yang bagi 1 bintang kerana cara seller deal dengan customer seperti kami ini endah tak endah. Aku faham la sebab PKP ni kan. Tapi, kalau customer tak tanya, dorang tak ada informkan. Eh, aku salah kah? Ibu is stress! 


sudahnya dibalas begini dan mengharap agar diberikan rate yang baik dan berharap semoga dapat berkhidmat dengan kita lagi. Oh~ 

Aku nampak refund aje. Nak tunggu dia check stok tu berapa lama lagi memandangkan pampers bebudak ni dah sipi-sipi je. Menunggu BPN yang tidak juga nampak bayangnya. Ah~ ku menunggu, ku menunggu... 

Makan tak dak hal, ini barang bebudak penting. Setiap bulan, barang dorang mesti tak boleh culas. Sebelum berabis membeli stok dapur dan bahan kering rumah, pasti barang mereka didahulukan. Bila bahagian mereka jadi macam ni, kita susah hati bebenor la hai... 

Done la membebel. Ini kalilah aku membeli pampers di shopee ni. Ambik pengalaman ye dak. Murah macamana pun, bagus shopping di mall daripada menunggu janji yang tak pasti. Kah! 

Aku; sang penunggu. sekian.

14 ulasan

  1. tapi at least diorang msg tau cakap kansel.. kite tngh sedih panas hati dengan CocaC*** ni sbb order dr hari kedua MCO smpai hari ni x smpai2. order dari L*****.. kita msg read je reply tak. tracking number hampeh x dapat trace.. serious bebai rasa..

    adoi smoga dapat bekalan pampers tu asap..

    BalasPadam
    Balasan
    1. dorang suruh kita kensel padahal kalo tahu macam ni memang tak beli dengan dorang pun... sedih laaa!

      Padam
  2. as parents...keperluan anak2 tu lebih penting kan luckily anak-anak umi dah besar panjang jadi x la risau dgn diapers atau susu..

    BalasPadam
  3. dgn shopee beres. last week order chest freezer d lazada...x hantar2 lagi kat courier sdgkan duit dah potong. geramnya!

    BalasPadam
    Balasan
    1. aah, semua pakat guna alasan pkp fasa 2 ni la.. faham. tp cuba bagitau. ingat beli online boleh save ..

      Padam
  4. aie boleh ka kedak ya, barang sikda tapi mok suruh rate juak...adeiii

    kamek pun baruk beli headphone jumaat lepas...harap2 cepat la sidak pos...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yalah , tunggu jak sidak mok hantar ka nisik pampers ya either refund..

      Padam
  5. Takpelah Kita do abar rantai covid cpt putus

    BalasPadam
  6. sama lah, sebab covid barang kena hold. Nasib baik seller inform dan bagi refund balik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. pampers bebudak sampai sekarang (16/4) tak ada cerita.. menanti 21/4 yang dorang should ship .....

      Padam
  7. Bertabahlah kita. janji selamat duduk di rumah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan. rumah je selamat. dapt rumah sendiri lagi enak. hee

      Padam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

© kisah aienienka.