NOVEL | Kerinduan by Pena Kayu

Sabtu, April 18, 2020




Tajuk: Kerinduan 
Penulis: Pena Kayu
Terbitan: Karya Seni Sdn. Bhd. 
Sinopsis: 

Saya Hajar. Nama penuh, Siti Hajar binti Shamsuddin. Saya seorang janda. Gelaran ‘J’ saya pikul setelah lelaki yang menerima nikah saya, pergi selamanya. Dia pergi ketika usia perkahwinan kami belum cukup satu bulan.

Oh, ada satu rahsia penting. Saya janda anak satu. Sebenarnya, janda dengan seorang anak tiri. Namanya Aliff. Aliff anak tunggal arwah Abang Fadhil, amanah yang mesti saya jaga sebaiknya.

Jadi emak segera ni rupa-rupanya agak payah. Apatah lagi ketika Aliff sedang membesar dengan segala macam ragam. Tetapi ragam yang ditimbulkan oleh bekas adik ipar saya lebih dahsyat. Din namanya. Din itu serupa King Kong jahat yang asyik mengacau hidup saya dan Aliff.

“Saya nak Aliff.” - Din

“Tak boleh. Aliff selesa dengan saya.” - Hajar

“Saya ayah saudara dia.” - Din

“Saya bonda dia.” - Hajar

“Bonda? Pembetulan. Awak cuma bekas emak tiri Aliff. Dan hubungan awak dengan Aliff putus apabila arwah Abang Fadhil meninggal.” - Din

Minta maaflah Din, sebab saya takkan mengalah. Aliff saya jaga. Din sila jaga diri sendiri.

Tetapi, apa jadi kalau Din ajak Hajar praktikkan konsep ganti tikar? Din kata demi Aliff.

“Din, kalau pun awak dah kahwin, saya takkan lepaskan Aliff. Kalau pun awak nak bawa kes ni ke mahkamah, saya pun takkan lepaskan Aliff.” - Hajar

"Semua tu dah tak perlu, Hajar. Saya nak kahwin dengan awak." - Din

Menerima cadangan Din bermaksud Hajar jatuh ke dalam gaung. Kalau menolak pun Hajar jatuh gaung juga. Gaung bukan sebarang gaung. Di dalamnya ada rahsia hitam Hajar dan ada manusia-manusia yang menunggu masa untuk melihat Hajar tersungkur. Kalau sudah begini, pilihan apa lagi yang tertinggal? Apa yang Hajar tahu, dia tak sanggup kehilangan Aliff.

-credit: goodreads


Baca semula novel di kala telefonmu tiada, dan kamu sudah tidak mempunyai apa lagi yang harus dilakukan. Yah, selongkar kembali stok novel yang ada di rumah ini. Jumpa la seketul dua. Antaranya novel ni. Dibeli pada mula berkahwin dulu, suka benar baca karya Pena Kayu ni yang boleh dikategorikan santai dan enak juga dibaca. Tak stress dengan over drama, dan senang kata SANTAI!

Oh, berdasarkan sinopsis kalian dah boleh bayangkan macamana kesudahan cerita ni. Antara Din dan Hajar. And, satu benda yang buat aku wonder? kenapa orang bernama HAJAR ini begitu malang hidupnya? No offense. Tapi, really? Boleh sesiapa jawab kan tak? 

Jika dibaca sejarah nama SITI HAJAR ini, banyak juga liku-liku berduri yang perlu dihadapinya. Bukan saja dalam novel ni. Bahkan sejarah nama itu sendiri. Yeah, sedih juga bila Hajar dibuli oleh Din yang jelas tak bercerita dengan lebih details. Penulis ni memang berjaya buat aku menangis part Aliff tak nak berpisah dengan bondanya. Walaupun begitu, dia juga tak mahu Uncle Din itu dirampas oleh Auntie Dahlia. Dan apa yang penting, watak antagonis itu sangat tidak boleh dijangka oleh seseorang yang pada mulanya unknown dan penulis berjaya juga la bawak watak Najah tu. Eh, alih-alih polis tahu dia yang buat semua kerja jahat.. hurm.. bukan senang ye kawan-kawan bila kita nak end the story.. 

Rasanya ada beberapa buku hasil karya Pena Kayu ni telah aku miliki. Tak ingat di mana lokasinya, sama ada di Melaka atau di Miri. Nanti kita cari semula.

Okay, konklusinya, novel ni best baca.  Ringan, santai dan boleh la buat sekali ngadap. Tak bosan sebab dia bukan meleret dan anda pasti terhibur! 

3 ulasan

  1. kalau x meleret and light, i like.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jenis karya Pena Kayu semua macam ni. simple. ^^

      Padam
  2. Sedihnya seorang hajar dalam novel ni. mesti banyak liku-liku yang kena hadap dalam membesarkan aliff

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

© kisah aienienka.