KOREA MOVIE | DOOR LOCK (2018)

Rabu, April 15, 2020
kredit: hancinema


Genre: Thriller, horror, suspande
Release year: 2018
Cast: Gong Hyo Jin, Kim Ye Won, Kim Sung oh
Sinopsis:

Kyung Min seorang pekerja bank yang duduk sendirian di sebuah apartment studio. Satu hari, apabila dia pulang dari kerja, dia mendapati penutup kunci pintunya terbuka. Kerana berasa takut, Kyung Min menukar kata sendi pintunya. Namun, sebelum dia masuk tidur, dia mendengar seperti ada seseorang cuba untuk membuka kunci pintunya. Dia segera menelefon polis. Tapi, apa yang diperolehinya cuma kemarahan polis petugas yang menyangka dia cuba untuk meraih simpati dek kerana takut dengan bekas lelakinya. Beberapa hari kemudian, Kyung Min menjumpai lebih banyak petunjuk yang ada orang memang cuba untuk masuk ke dalam rumahnya. Itu pun selepas bossnya cuba dibunuh akibat menghantar dompetnya yang tertinggal dalam kereta selepas menghantar Kyung Min pulang. Menyedarinya bahawa dirinya tidak selamat, dan pihak polis tidak boleh dipercayai, dia cuba menyiasatnya sendiri. Penutup kunci pintu terbiar buka, bekas jari yang tidak diketahui di papan kekunci, serta puntung rokok dijumpai di hadapan pintunya, Ada orang di sini!

 -wiki


Dari Aien: 

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni, di muka buku tu, ramai sahaja yang berkongsi beberapa movie serta drama yang menarik untuk ditonton. Terjumpa di muka buku ada orang yang suggest movie ni. Maka kami menonton setelah anak-anak tidur petang. Wah! melompat-lompat Aien tengok movie jenis macam ni. Apatah lagi menambahkan debar di dada bila Kyung Min tu tak jumpa siapa. Adoo~ ngeri pun ada jika benda tu berlaku pada kita. 

Ceritanya Kyung Min ni memang cukup berhati-hati dengan orang sekeliling, perasaan dia sentiasa berjaga-jaga dengan sesiapa saja yang bernama lelaki. apatah lagi dengan orang yang tidak dikenali. Dalam rumahnya juga disediakan beberapa helai baju lelaki, serta kasut sekali, sebagai langkah berjaga jika rumahnya dimasuk orang. Supaya kelihatan dia duduk bersama dengan lelaki. 

Memang twist plot bila orang yang memasuki rumahnya itu sememang psycho, dan sangat sakit mindanya, dan Kyung Min bukan lah perempuan pertama yang dia lakukan begitu. Seram shiak! Lagi-lagi bila kau report polis dan polis kata kau berlakon sok suci gitu.. Eh! 

Dari pertengahan movie, ingatkan boss dia, yang memang nampak suka pada Kyung Min ni yang acah baik tapi salah sangka bila dia juga dibunuh oleh pyscho ni. Bila dilihat dari susuk tubuh di awal tayang ketika produser cuba bagi hint, macam boss dia. Rupanya bukan. Pekerja di tempat Kyung Min kerja semua sangka buruk dengan dia, berlagak seolah dia mangsa, tapi dia yang bunuh, sehingga Kyung Min diberhentikan kerja. Nasib rakan sekerjanya, banyak membantu. 

Cerita ni patut tengok sebab lakonan Hyo Jin ni tak pernah mengecewakan walaupun dia tidak la memiliki susuk rupa paras yang tipikal Korea. Lagi-lagi kaum wanita, diminta la sentiasa berjaga-jaga dalam apa jua keadaan. Kita takkan pernah tahu siapa yang busuk hati terhadap kita. 

17 ulasan

  1. kamek da nanggar juak marek...hahahah, banyak plot twist aieee, segala tekaan sik betul sampei laaaa saspek keduak ya mati...eeee

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya laa.. kmk dah mula perasan masa orang yang mala jak tangga diriknya... heran...

      Padam
  2. seram juga nak tengok citer ni..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebab tu Aien tengok sampai lompat-lompat.. hahah

      Padam
  3. Hai,jemput dengr lgu bru saya!

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/04/lagu-kedua-cuya-ada-background-music.html

    BalasPadam
  4. Best cite ni dah macam tengok cite seram.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nasib tengok petang hari, itu pun masih bersembunyi balik bantal. haha

      Padam
  5. Suka genre crime thriller mcm ni..😯

    BalasPadam
    Balasan
    1. kita suka juga, janji tengok berteman.. hahaha

      Padam
  6. tak suka kalau Hyo Jin berlakon sebab suka ambik watak perempuan blur

    BalasPadam
    Balasan
    1. tapi dalam drama yang dia jadi doctor psychology tu elok je..

      Padam
  7. Dah tengok..seram betul tgk sepanjang movie ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. aah, kita tengok melompat-lompat takut sama.. haha

      Padam
  8. uish cam best je nih..ade bunuh bunuh..nak tgk laa

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤