JURNAL | Nayla makin rancak bercakap, Ibu buat gaduh!

Khamis, April 09, 2020

kredit: pexels

Di usia hampir dua tahun, iaitu 22 bulan bersamaan satu tahun 10 bulan, Nayla semakin petah menyusun perkataan. Satu demi satu ayat jelas kedengaran di bibirnya. Walaupun ada sesetengah perkataan itu cuma yang belakang sahaja kedengaran, jujur sebagai seorang Ibu yang selalu buat gaduh itu anak, terharu giler! 

Setiap kanak-kanak ada ada tahap perkembangan tersendiri walaupun ada pihak yang memantau tumbesaran mereka ini telah meletakkan beberapa garis panduan dan peringkat umur mana sepatutnya mereka berbuat sedemikian, dan seterusnya. Sebagai seorang Ibu, pasti benda ini harus dititik beratkan supaya sang anak membesar dengan sihat dan kuat! eh, dah macam iklan pulak. 

Bila Nayla dan semakin rancak berkata-kata, Aien sebagai Ibu semestinya happy sebab sebelum umur dua tahun dia sudah faham akan apa yang disuruh dan disoalkan kepadanya. Bukan la yang memerlukan kemahiran untuk berfikir tahap budak yang sudah bersekolah tapi cukup untuk peringkat umur Nayla ni. Bahkan bila dia bermain dengan adiknya, dia juga boleh menghiburkan Najmi sampai budak tu ketawa. Ah~ sejuk perut Ibu nak.. 

Nayla kawan gaduh; itu lah selalu Aien cakap pada orang. Sebab apa? Sebab dengan dia saja penuh kosa kata seorang Ibu ni. Dia la diajak gaduh, dialah diajak bercakap. But, more to gaduh kami ni. Haha Lagi-lagi masa kita sibuk masa tu dia juga sibuk 'mengemas'. Musim PKP ni, walaupun ada si ayah di rumah, kedua-dua mereka gemar benar mengikut ke mana saja Ibu berada. Bahkan disuruh tengok kartun sementara Ibu masak di dapur, mereka pandai tutup laptop dan datang ke dapur seterusnya mengerjakan peti sejuk. 

Semestinya anak-anak ini dengan peti sejuk memang tak dapat dipisahkan. Peti sejuk itu mungkin ibarat 1001 box yang memenuhi perasaan ingin tahu mereka. Phew~ Bila anak dah pandai bukak peti sejuk memang bertambah kosa kata ibu ni. Cili padi jadi bahan mengira Nayla. Yang hijau dan merah dan seterusnya sayur-sayur yang sudah disusun rapi. Mana yang dalam bekas semua di keluarkan. Datang Najmi, diambil dan di bawa ke mulut saja kerjanya. Haaa! tambah lagi kerja Ibu nak ui.. 

Apa sahaja yang dibuat oleh ibu mereka, itulah yang menarik perhatian walaupun sekadar berbaringan. Memang umur mereka kan, menjadi BFF ibu ke mana saja. Cerita Nayla lagi, jika diajak berbual, pasti ada yang diingatkannya semula. Bila kena PKP, antara orang yang dia sentiasa sebut adalah nenek dan ucu nya di kampung sana. Ya la, setiap minggu pasti pulang ke sana, bila dah lama tak jumpa dia asyik teringat saja. Namun, tidak juga mahu bercakap di video call. Muka Nayla tersipu-sipu melihat nenek di skrin kecil itu. Jangan ditanya Najmi ke mana. Dia sudah berbuat hal sendiri, tidak mempedulikan orang yang sibuk nak tengok keletahnya.

Menonton Didi&Friends menambahkan lagi bait-bait perkataan dalam memori Nayla apabila diajak bersenam bersama, kira buah-buahan dan juga menyebut ABC. Yang kelakar, diajar kira jarinya, dari satu, dua boleh terus ke tujuh lapan. Haha Masa ni memang nak ketawa. Tapi disebut dia lagi. Bab ni, ibu bapa tak harus mengalah dalam mengajar anak-anak perkara asas kehidupan. Sambil-sambil mandi, ajarkan gosok badan, sabun sekali. Jangan lupa gosok gigi penting sekali. Acapkali juga menerima pujian daripada opah (mak Aien) gigi si Nayla ni cantik jika dibandingkan dengan gigi sepupunya yang telah pecah akibat jatuh ketika bermain. Belum usia dua tahun, giginya tinggal sebatang setengah. Doctor gigi juga tidak men-suggest-kan giginya untuk dicabut kerana itu adalah gigi susu dan sangat tidak baik untuk gigi kekal tumbuh awal sekiranya gigi susu itu dicabut. Kesian kan..

Sebut sepupu itu, Haziqah nama diberikan, itulah perbandingan dekat buat anak-anak kami. Phew~ stress plus menyampah pun ada. Tapi, lumrah la jugak kan. Bila ada yang sebaya itu dibandingkan. Sudahlah, kami (Aien dan adik) berkahwin dalam tahun yang sama, anak-anak pun produce dalam tempoh masa yang lebih kurang. Kah! jadi bahan gurauan kasar mak cik bawang ni. nasib la labu~

Oh berbalik certia Nayla tadi, Opah juga ada juga puji yang dia lagi nampak petah berbanding Haziqah yang baru No no tapi mudah untuk eksperesi dirinya melalui tantrum. FUh~ Nayla kalau tantrum Aien buat tak tahu je dulu. Nanti dah sudah dia pandai penat sendiri. Setakat ni masih boleh dikawal. Hehe

Orang kata, bila anak dah pandai bercakap, jenuh juga si ibu baa nak melayan setiap pertanyaannya kan? Seronoknya bila mereka juga faham apa yang kita katakan pada mereka. Well, anak-anak itu biasan didikan ibu bapanya. Bagaimana juga kita mahu melukis di atas kertas putih, dan pasti mahukan lukisan terbaik itu seharusnya diturunkan pada si anak tadi kerana mereka ibarat kain putih. Bagaimana juga kita didik, kadang-kadang sikap di luar sedar kita itu membentuk mereka.

Oh, Nayla dah pandai sebut alamak! Ibu suka sangat alamak! tu turun ke anak. Haha


14 ulasan

  1. Masa anak umur 2,3 tahun ni memang best nak main. Peluk gomol diorang, tetap redha je..haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha, besar sikit peluk pun dah tak nak ye dak... ^^

      Padam
  2. Sabar Aein. Anak Elly yang 2nd pun lambat sikit becakap. Tapi bila dah pandai cakap, sangatlah bijak berkat-kata.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aien tak rush pun dia pandai cakap.. sebab dia pun membesar on track.. ^^

      Padam
  3. teringat anak buah kamek kat shah alam nun...ya pun da pentar alu kelaka mengajuk2 kita..mamak nya ngajar juak bahasa sarawak n bahasa melanau baie sikit..haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anak-anak kamek sik di pateh... sedihh alu he... Bila di kelaka srwk, alu tak tak .. sik faham.. ^^

      Padam
  4. seronok bila melihat anak membesar di depan mata. anak sy yg bongsu ni jadi permata hati kami sekeluarga sbb dia baru 4 thn sdgkan kakak2nya di sek men belaka...

    BalasPadam
    Balasan
    1. seronok dia jadi anak bangsu. ramai boleh sponsor dia masa dia sekolah nanti. Macam adik ipar Aien, abang kakak dia semua dah besar. dia di sek men

      Padam
  5. Kiut. Insyirah pandei nyebut ujong pkataan jakk 😂

    BalasPadam
    Balasan
    1. yala,, masa tok kiut... belom rancak gilak gik...

      Padam
  6. Samalah dengan anak buah.. bila dah dapat mulut, kita ni jadi mangsa gaduh. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha anak buah boleh tahan sebab dia balik senyap dah. Anak sendiri.. kita tido je la msa tu senyap. Haha

      Padam
  7. tunggu dia masuk sekolah nnt lagi rancak dia bercerita hal kata sekolah..hal rakan-rakan dan mcm2 lagi...mmg seronok

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak sabar rasa. Tapi, jangan la cepat membesar.. haha #makmakbelike..

      Padam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

© kisah aienienka.