JURNAL | Kenapa masak kari tak pernah jadi ni???

Jumaat, April 17, 2020

Wah, stress aku nak masak kari macam ni! Sejuta kali aku masak, sejuta kali aku failed. Pasal apa? Pasal serbuk kari terlebih? pasal aku terletak serai dan lengkuas dalam masakan yang bernama kari ini? Pasal aku tak pernah suka kari? Pasal... 

Ah, semuanya. Aku rasa macam nak buang je kari ayam yang aku masak tadi. Maaf, tiada gambar dong. Al-maklum seperti kalian tahu, telefon aku ni dah sadaqallah sejak dua minggu lepas. Makanya, aku bercerita berdasarkan pengalaman aku dan ingin kalian membayangkan keadaannya. 

Bercerita tentang masak KARI? Sejenis masakan daripada India dan telah diadaptasi menjadi makanan kita warga melayu, dan diolah mengikut tekak masing-masing. Walaupun begitu, aku ni tak pernah lulus sejak bergelar tukang masak di kediaman rasmi Tuan Izwan ni. Sejenis aku yang mengenal pelbagai rasa kari itu, aku sukakan kari yang nipis cukup rasa seadanya dia. Dan bila aku masak kari itu tidak mencapai ISO yang aku mahukan, aku rasa macam nak buang je semua. Kan dah membazir. 

Kisah pada hari ni, tentang kari yang hakikatnya malam tadi aku bercarikan resepi roti puri dan juga resepi kari ayam. Sedap weh, telan air liur malam tadi tidur dengan membayangkan kedua menu ini untuk hari ni. Suami pun dah kurang makannya, sejak isteri dia ni asyik mogok masak pelik-pelik. AKU DAH BOSAN MASAK! Kata kakakku, kau order saja la. Adeh, order tu perlukan duit, duit itu perlu dijimatkan. Haha 

Bangun pagi, langsung aku sediakan ayam. Dan baca semula reminder yang aku note di buku kecil atas peti sejuk. Jangan letak serai dan lengkas dalam kari! Hah, sampai macam tu sekali ye, takut lupa! 

Sambil tanakkan bubur untuk Najmi, aku uli roti puri yang berdasarkan resepi yang aku salin. Iaitu roti puri bersama mauripan. Oh, untuk mereka yang tak berapa minat bau mauripan tu macam aku, mohon cari resepi yang tanpa mauripan, nanti bau dia pergh, hilang juga selera makan. Bimbang juga tak naik kan. Oh, tak apa. biarkan la. Done uli, aku mula masak kari ayam. Pap, pap campak. Haaa, terlebih serbuk kari! Apa nak buat, dalam hati sedih, aku meneruskan masak kari tersebut. Dah siap perasa, Aku gorengkan roti puri tadi dan makan. Mak, masinnya!!! Laju aku kembali ke dapur, panaskan kuali dan masukkan ayam tadi semula ke dalam kuali tanpa kuahnya. Dan tambahkan air sehingga warna yang aku mahu. Yes! berjaya. Biarkan mendidih. Alhamdulillah menjadi juga kari aku. Nampak sangat betapa banyak serbuk kari aku letak sampai aku boleh bagi dua rencahnya. 

Alhamdulillah, dah boleh makan la, roti puri cicah kari ayam tadi. Suami makan tambah oi. Senang hati tengok lagi-lagi roti puri yang diuli mengikut resepi tadi itu hasilnya banyak untuk makan dua orang. Haha  pengajaran: bahagi separuh je dari resepi tadi, walaupun nampak sikit je bahan dia. 

Dan giliran diri sendiri makan, uish~ memang sedap la. tak cukup sekeping je ni roti puri dia. Maka, selamat la hari ni kita cuma masak kari ayam dan mix and match bersama roti puri tadi. Jangan lupa masak nasi sikit, mana tau tekak tu masih nak makan nasi. Perut kenyang senang hati.. ye dok.. 

Jumaat terakhir kita zoya-zoya, minggu depan, in shaa Allah kita dah mula kerjakan solat taraweh bersama keluarga. Dan menyambut Ramadhan dengan penuh ketenangan, in shaa Allah. Tanpa fikir, apa nak makan. Nak pergi bazaar mana, dan segalanya yang lagha. Moga ramadhan ni, kita sama-sama baiki yang compang, untuk rapikan diri di sana kelak. 


Cerita kari telah pun tamat. Aku bukan graduan dari dapur mewah, baru bertatih masak sejak bergelar isteri dan ibu. ^^

14 ulasan

  1. Selamat menyambut Ramadhan. Seminggu je lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan, pejam celik je sampai dah seminggu tu.. ^^

      Padam
  2. wah rasa macam teringin pulak makan kari lagi. padahal baru lagi makan kari hihihihi

    BalasPadam
  3. kita kalau masak kari untuk masak mee kari je..kalau kari untuk bahan lain xpernah lagi sbb kurang suka kari. huhu..tak lama nak ramadhan..sayu rasa

    BalasPadam
    Balasan
    1. sedapnya, nak buat mee kari, tapi takut tak jadi.. heee

      Padam
    2. mee kari sesekali je buat sebab bahan banyak dan leceh juga nak membuatnya..huhu..kena tunggu masa rajin baru buat :)

      Padam
    3. gitu ye... tu la... tengok fuh... setakat kari je tak sedap ke?

      Padam
  4. hahahaha nak masak kari ni kena banyak kali try and error. Tapi kari pun ikut tekak orang jugak, ada yang suka letak santan, ada yang suka minyak banyak, ada yang letak rempah banyak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu la, kita kadang-kadang tak gemar kari, tapi kadang-kadang nak juga. hehe

      Padam
  5. Masak mee maggie perasa kari senang
    pasti jadi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. uish, ini kadang-kadang gagal juga WP. kadang cair, kadang takde kuah.. heran kan?

      Padam
  6. kari ohh karii, sy setakat ni memang elak masak makanan yg guna santan.. hahaha nasiblah time pkp ni angah ada dekat rumah, memang hari-hari jadi assistant jelah

    BalasPadam
    Balasan
    1. huish, jadi mak-mak takbuleh nak elak, sebab nanti anak-anak tak pandai nak makan. haha kalau boleh nak ajar tekak tu makan je semua benda kecuali yang haram.. :)

      Padam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤