JURNAL | Messy home during PKP is fun!

Isnin, April 06, 2020



Hi, Assalamualaikum | Sebelum meneruskan menaip; ini merupakan cerita tanpa gambar. Ya Tuhan~ berapa stressnya kaum ibu-ibu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini apabila bersama anak-anak yang sedang membesar. Sang Ibu nak rumah sentiasa rapi dan kemas, tapi sekumpulan anak-anak 'mengemas' dengan cara mereka sendiri. Ada yang sudah jadi tarzan kah itu? Nasib, dalam termenung di musim ini, Aien berjaya mengawal suara daripada terus mengaum mengalahkan singa di dalam hutan. Phew~ Itu sangat tenang ye kawan-kawan. 

Apabila anda mengaum, sejuta sel dalam kepala akan trigger dan secara tak langsung anda akan mula menjadi pemarah. Yes! Phew~ tarik nafas dan baca perlahan-lahan. Itu lumrah bila anda menjadi seorang ibu. Jika melihat di beberapa kumpulan di muka buku, ramai juga ibu-ibu buat beberapa perkara yang kreatif bersama anak-anak di antaranya:

1. buat bisnes dealing with kids. 

Contohnya: sediakan beberapa jenis makanan ringan/ roti/ biskut/ dan sebagainya sebagai habuan. Seterusnya melengkapkan beberapa perkara yang anda ingin anak-anak lakukan. Tetapkan nilai di setiap perkara yang telah mereka lakukan untuk harga habuan mereka. Boleh bayangkan tak? Sebagai contoh; Nayla kemas bilik, nilainya RM1 (guna duit saidina atau jutaria) dan beberapa jobs yang lain, dan nilai itu dikumpul dengan habuannya dia mahu menonton kartun. Kreatif kan?

2. buat arts work. 

Buat la apa-apapun jenis arts work bersama mereka anak-anak. Lagi-lagi mereka yang terlebih kreatif yang suka nak menconteng, melukis dan mewarna. Masa ni kita ambil peluang untuk bersama dengan mereka. 




Itu cerita untuk mereka yang mempunyai anak-anak yang lebih faham dan suka kerja seni dengan lebih banyak daripada membiarkan mereka menghabiskan masa dengan gadget masing-masing. Pasti banyak ibu-ibu di luar sana dah buat kan? 

Kisah Aien pulak bersama dengan babies bawah dua tahun ini cuma banyak masa dengan mereka. Main hide & seek, main lari-lari. Sambil itu si ibu dan ayah juga turut bersenam sama. Mau lemau dah hampir tiga minggu asyik baring, dan baring memandangkan rumah di lapangkan tanpa sebarang sofa mahupun meja makan. Selebih daripada itu, tengok kartun dan drama bersama, golek-golek bersama. Sembang dan ya~ babies apa saja la kerja dia. TIDUR dan ITU YANG PENTING. 

Sambil-sambil tu tambah skill buat makanan untuk babies ni, bila dah terkumpul idea banyak dari AYBITES. Sayangnya di buat biskut, ibu yang habiskan. dorang tak nak makan! Serupa ayahnya. >.<  dibuatkan potato fingers, ibu juga yang makan. Dan ibu pun termenung lagi macamana nak tarik minat dorang untuk makan. 

Apa yang penting, jangan disangka, babies takkan buat messy ye anak-anak. Ya Tuhan! mainannya cuma sebakul kecil, tiada la apa sangat, tapi satu di hujung sudut sana, selonggok di sudut sana, apa yang seronok sekali bila di malam hari nak kemas, makin surut semua mainan. Wonder mana pergi semua mainan ni dorang letak? Petang bila nak tutup pintu (jenis sliding door) yang dibiar buka sekaki, waaa~ rupa-rupanya.. di luar sudah semua. 

Mencari alasan untuk keluar ye anak-anak? bukan kita je yang dah bosan. Dorang anak-anak lagi perlukan vitamin D untuk terus membesar dengan sihat. Untuk yang duduk di rumah burung macam Aien ni, jika ada balkoni baik depan mahupun belakang, boleh la buat jengah sekejap. Setakat 10- 20 minit pun dah cukup bahagia. Untung la jugak kalau duduk rumah kampung. Yang kedudukan dengan si jiran sebatu jauhnya, haa boleh juga keluar kan? hee~ Apa-apapun bersyukur ye Ibu~

Okay, entry is done, Nayla dah sibuk asking for her kartun. Time to say bai~

Enjoy the other weeks of PKP dan harap la ianya tak bersambung,,, Nak raya dengan keluarga ni..

16 ulasan

  1. Wah nice tips untuk parents :)
    .
    Btw, kak Aien!! kirim salam kat Nayla tau... nama pun dah comel ngeee ^v^

    BalasPadam
    Balasan
    1. in shaa Allah, hahah budaknya taiko kediaman ni.. Haha

      Padam
  2. my cousin da pasrah depan rumah macam playground da. janji anak2 ada aktiviti yg buat masa diorang occupied.. seronok je tngk diorang. brendam kolam la main play doh la..

    BalasPadam
    Balasan
    1. aah, memang pasrah sangat la Siti, kalau tak sendiri stress. Haha Kejap nak berendam, kejap nak main lari, yang pnting main dan susah beno nak diajak tido..

      Padam
  3. anak-anak kecil lain halnya..lebih mudah rasanya untuk kita bagi arahan..yang remaja lain ragamnya..jadi mak2 ni kena belajar diplomasi jugak kan esp mak2 zaman sekarang dimana kita perlu lebih guna psikologi kalau tak..risau akibatnya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye Kak fuzy, kena bijak bermain kata, kalau tak pening kepala. Bukan macam zaman 80/90-an dulu.. Pakai rotan pun masih boleh jalan...

      Padam
  4. Yang besar pun sama je aien.. Siang Sha biar je diorang sepahkan.. Malam suruh kemas.. Sebab tak boleh keluarkan.. Layan kan ajelah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha kan, biar rumah sepah satu hari, nak tidur kemas. Bukan ada siapa nak datang. ye dak?

      Padam
  5. Baby kalau dah boleh merangkak pun parents kena get ready dah haha. Nice tips aien :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah Pana, anak Aien yang kedua tu dah merangkak laa, jenuh nak kejar. Belom dapat kaki tu..

      Padam
  6. Memang mencabar... kemas sekejap je... tak sampai beberapa minit..... dah berterabur. Hahaha... lagi bab gaduh... ya Allah... maknya pun tukar warna hijau terus.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan? Kalo gaduh, Aien biar je. Kejap lagi senyap tu yang bahaya. Haha

      Padam
  7. terkedu kamek, rumah burung ya kedak ney..hahahhaha..rumah apartmen lah kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahah rumah burung, rumah flat, apartment dan seangkatan dengannya. ^^

      Padam
  8. Layan anak jak masa PKP tok. Xtauk camney nya klk mun dah start kja gik klk.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yalah tunggu jak ritok apa sambung lagik ka nisik.. ^^

      Padam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

gallery @aienienka

© kisah aienienka.