MENGUTIP KENANGAN

Sabtu, Januari 18, 2020

Mengutip kenangan | Do you ever felt like sometimes you want to pick up those all memories that you don't remember? Like someone tell you this kind of story, and yet you don't remember it at all? Or, someone tell you that you are there too, and you totally forgot about it? 


Perasaan. 

Itu perasaan Aien sekarang. Oh, tak. Sebenarnya mengharapkan agar sesorang ingat kembali, sebab utama kita berada di tahap ini? Kadang-kadang, atau selalunya, nama pun kita manusia yang memang kerjanya terlupa, melupakan, kelupaan dan pelupa sentiasa dalam kamus hidupnya. Apatah lagi bila sel-sel otak kau dah tak berhubung sepertimana anak kecil yang rapeh memeriahkan suasana. Kau mahu ingat semuanya indah, tapi kau lupa sesuatu yang dinamakan kitaran. Bukan setiap masa kau berasa gembira sentiasa. Dan tak juga kau rasa berduka selalu. Allah SWT kan sudah berjanji pada kita dalam Al-Quran? Kenapa kau nak terus menyalahkan takdir? 

Manusia ini hidupnya ada pilihan. Dia hidup di atas pilihan. Sama ada pilihannya sendiri ataupun pilihan orang lain atau dia memang terpilih sebagai tanda cinta Allah SWT kepadanya. 

Ya, terlalu banyak kata ulangan. Jangan muak untuk membacanya. 


Syukur.

Bila kita duka, harus bersyukur dalam kesedihan. Jangan sentap sentiasa, walaupun Aien ni orang yang mudah sentap. Tapi, jangan risau. Sekejap ja tu. 10-20 minit kemudian okay la. Cuma bagi masa untuk meluahkan. 

Apatah bila gembira, rezeki kau dapat ketawa. Alhamdulillah. Ketawa itu mengubat duka. Namun, bila kau ketawa terlebih banyak, pasti kau menangis di kemudiannya. Pasti! Kata orang tua, jangan pernah ingkar. 


Kenapa? 

Tulisan ni tak ada kena mengena pun dengan mengutip kenangan. Eh, siapa kata? Cuma tintanya lebih kepada kematangan. Iya kah? Iya. Demi mengingatkan diri selalu lupa, tiap duka itu pasti ada gembiranya. Tiap apa yang kau bersedih, kau lupa akan kebaikannya. Jangan pernah dilihat pada aibnya saja. Kelak kau lupa pada ketulusannya. 

Bila asyik nak marah, nak menangis kerna satu teguran, percaya la hati ini cukup kaca. Pecahnya sudah berjuta kali. Dicantum semula dia pasti teringat sama. Dirapatkan dia pasti berbekas. 


Percaya. 

Tiap apa yang berlaku cuma peringatan buat kamu yang mudah lupa. Percaya la, teguran itu tanda sayang. Mahu kamu berbuat dengan lebih baik. Supaya kamu jadi lebih lembut. Bukan setakat lembut itu senang diuruskan tetapi akur pada yang kata lebih tinggi. 


Sudahnya, kenangan itu telah berjaya dijumpai. Ketemu akan sebab kenapa dia masih di sini. Moga dengan kenangan itu, dia terus kuat menyusun hari yang bakal datang. Hidupnya bukan setakat di sini, bahkan di sana kelak. Jika boleh dia mahu dengan orang yang sama. Menunggunya di hujung titian sirat. Menyambutnya dengan senyum. Mengatakan bahwa dia telah buat yang terbaik. 

I'm so proud of you!



4 ulasan

  1. Saya pulak angin teringat pada seseorang dan kenangan lama. Sangat jegkel. I wish to forget and yet if I forget I should do the same mistakes.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau benda yang tak pasti baik lupakan Haha waste my time. Tapi, ini yang pasti dan di sisi. ^^

      Padam
  2. kenangan zaman kecik paling sayu.. sebab dah takleh nk putar balik masa.. family is no 1.. takkan sama bila semua dah besar n duk umah masing2

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤