Januari | Sebulan percubaan telah tamat

Jumaat, Januari 31, 2020

Januari | Sebulan percubaan telah tamat


Hi, Assalamualaikum, tak sangka tapi ianya terjadi. Tamat juga kisah kita di Januari. Sedih meninggalkan bulan percubaan ini, yang pada mulanya semangat menyusun azam baru. Mencerna segala matlamat yang ingin dicapai pada tahun yang serba ditunggu ramai.

Perlahan-lahan semangat itu pergi meninggalkan jasad, dengan kerinduan pada kampung halaman. Pada kekanda dan adinda sekaliannya.

Baca sini:: Mak, Angah nak balik,!!


Bermula juga perjalanan si anak kecil yang petah berkata, si adik mula menyusun langkah, si Ibu kian tenggelam dek emosi. Sedikit demi sedikit dia kembali menjadi Nur yang langsung tidak memberi sinar pada sesiapa pun.

Demi sang anak, saban subuh dia bangkit dengan azam dan niat. You can be happy too.. 

Tapi sabarnya hilang, sedihnya menguasai akhirnya kalah pada emosi. sekali lagi.

Cerita Januari,
yang pada mulanya disusun rapi,
punah kerana emosi.
Tiada lain dikesali,
berdoa agar terus berdiri.

Cerita Januari,
Mungkin sampai di sini,
di simpan kemas dalam peti,
buat tatapan si anak nanti.

Ibumu bukannya supermom,
Sedih tawa harus dikemam,
Tiada sisi lain Ibu harapkan,
Semoga dikau dan adik sentiasa dikemaskan.


Menjadi seorang Ibu idaman semua wanita, menjadi seorang isteri yang sempurna juga sentiasa ada. Bila diri kalah dengan emosi, tiada bicara diluahkan. hanya air mata menemani .


be good Februari, be happy for me, cause I am lost in the sea. ♡

till next jurnal, Jaa Nee!


18 ulasan

  1. semoga dipermudahkan urusan kitak..

    BalasPadam
  2. semoga dipermudahkan urusan ye aien

    BalasPadam
  3. Dear February please be good to this akak! because she's so kind to me by leaving such a kind bday wish on my sendu blog. Hehehe - Aamiiin =)

    BalasPadam
  4. Kalau Januari membawa dirimu ke lautan emosi, ku titipkan semangat semoga Februari membawa pelangi indah dalam dirimu dan kau terus gagah melalui Februari..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kak Sha. Moga doanya kembali pada akak balik. ^^

      Padam
  5. You can do it supermom💪💪💪
    Moga diperkuatkan jiwa harungi ujian

    BalasPadam
  6. semoga dipermudahkan segala urusan sis, kuatkan semangat dan semoga tabah..

    BalasPadam
  7. semoga hari2 mendatang lebih bahagia dan ceria =)

    BalasPadam
  8. Ye, betul. Seorang wanita sangat kalah dengan emosi. Confirm mata berkaca berjujuran air mata T_T

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kitaran hormon barangkali. Ada masa happy lain macam, ada masa sedih dia serupa apa. Ada masa ah, peduli la semuanya. HAHA

      Padam
  9. Semoga februari membawa 1000 kekuatan pada sis... 💪💪 ibu zaman moden.. ibu kuat..

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

gallery @aienienka

© kisah aienienka.