Bangkok Love Stories 2: Object of Affection | 

S ambungan daripada drama Bangkok Love Stories. Actually tak ada kaitan pun. Tapi dari rangkaian siri yang sama. Drama Thailand ini ditayangkan di Netflix. 




Object of Affection menceritakan seorang repairman terjatuh hati pada pelanggannya yang mengalami Different Identity Disorder atau lebih dikenali sebagai DID. 

Drama ini telah dijayakan oleh Saiparn Apinya Sakuljaroensuk sebagai Jess/Pinky/Joey/Jenny dan Typhoon Kanokchat Munyadon sebagai Qten. Ada ramai lagi watak pelakon dia, korang boleh tengok di SINI.

* Dari sudut pandangan Aien*


Pada suatu malam, Jess ternampak satu kes di mana dua orang penyangak merogol dua orang wanita. Disebabkan dia tak mampu berbuat apa-apa, perbuatan mereka itu telah direkod dalam telefon bimbitnya. Akan tetapi, telefon itu pecah apabila dia cuba melarikan diri daripada penyangak ni tadi. 

Jess mula mencari tukang baiki untuk telefonnya itu bila rumah diserang oleh kedua penyangak. Ntah macamana dorang tau pun tak pasti. 

Dia berjumpa dengan Qten yang merupakan tukang baiki terkenal di Fortune Mall ni. Sebelum telefon itu ditinggalkan, Jess berpesan, "Jangan berikan telefon itu pada orang lain, walaupun muka mereka sama sepertinya melainkan yang bernama Jess."

Tak sampai seminggu berturut-turut tiga identiti Jess menunjukkan belang pada Qten dan pembantunya, Kang. 



Identiti pertama, beperwatakan seperti seorang penggoda, bernama Joey. Terkejut Qten. Ingatkan si Jess ni memang saja nak kenakan mereka berdua. Tapi, telefon itu tetap tidak beralih tangan.


Identiti kedua yang nampak lebih kuat berbanding sebelumnya, Pinky. Kali ni dia memaksa Qten agar telefon itu diserahkan kepadanya, sehingga mengikut Qten pulang ke rumah.

Dari sini Qten sedar yang Jess bukan berlakon. Dia mula curious tentang seorang Jess ini.


Identiti ketiga, Jess ketika usia 12 tahun, Jenny. Umur yang paling sedih buat Jess apabila dia kehilangan ayahnya dan dirogol oleh guru tariannya secara berkala. Setiap kali Jenny keluar, pasti Jess akan terus menangis kesedihan. Mengenangkan tiada siapa yang datang menyelamatkan dirinya tika dirogol oleh Bibo.

Dek kerana Qten ni mempunyai hati yang luhur dan semangatnya suka membaiki sesuatu yang rosak, dia mula mendalami identiti Jess yang lain sehingga jatuh cinta padanya.

Sweet gitu. Jujurnya cerita ni berkisarkan Jess dan Qten je. Ditambah rencah dengan telefon bimbit dia yang diingini oleh penyangak tu tadi, selain itu dengan Kang Tae Hee yang gilakan Qten.

Penghujung drama yang agak meh, menyebabkan turn off sikit la. They happily ever after. jika nak dibandingkan dengan Plead dulu.

Keseluruhannya, boleh laa. buat fikiran menerawang ke lain, dari termenung mengenang nasib.

Till next drama, Jaa Nee!

8 Ulasan

  1. tak pernah layan lagi. lepasni boleh layan :D

    BalasPadam
  2. pernah dengar citer ni tapi tak follow..

    BalasPadam
  3. tak kenal pelakon dia. selalu layan drama thai ni sebab hero dia..haha |♕ Tiara Sapphire ♕

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang kenal lambat sangat nak keluar drama baru, haa~ layan je la. ^^

      Padam
  4. Menarik.. suka drama yang guna DID sebagai tema..

    BalasPadam

Terima kasih, xie xie, arigatto, kamsa hamnida, syukran kerana sudi singgah dan tinggalkan komen di blog ini. Have a nice day ^_^