KISAH TIADA TAJUK

Sabtu, Januari 18, 2020
Sunset

Kisah tiada tajuk | Hujung minggu merupakan hari dan detik yang ditunggu oleh kebanyakan orang. Mungkin tak semua, tapi kebanyakan ye kawan-kawan. Bahkan kanak-kanak juga tahu bahwa hujung minggu saat mereka boleh berada di rumah tanpa perlu bangun pagi. Eh, baby pun tahu ke? Dorang tak kisah, di mana-mana pun dorang tetap bangun seawal yang mungkin. ye dak? 


Jumaat. 17.jan.20

Selepas subuh, berniat mahu bermalasan dengan anak-anak di kamar walaupun Nayla bangun awal. Izz pulak ikut bau Ibu. Selagi bau tu tak hilang, dia juga masih lena dibuai mimpi. 

Jam 9 pagi, kedengaran orang bagi salam. Tegak kepala kami dua laki bini. Dalam hati, orang nak betulkan jenang tingkap belakang la tu. Al-kisah yang sepatutnya dorang datang minggu lepas seperti yang diwar-warkan dalam group whatsapp perumahan. 

Encik Suami bertanya, nak ke betulkan hari ni. Sebab ikut plan nak keluar. Tapi, kalau tak nak hari ni, bila lagi dorang nak datang. Sudah la nak ikut masa dorang je. Geram pulak hati kita. 

Siap buka, dorang kata 30 minit orang lain akan datang pasangkan tingkap baru. Sudahnya sampai jam 3 petang, tak ada orang datang. Hati yang geram tadi dah bengkak. 

Tingkap lopong

Takkan nak biar ternganga je begini sampai esok? Macam kes pintu hari tu. Ini tak buleh jadi. Rumah yang terlibat dalam sesi penukaran tingkap ni semu dah hangin. Mengamuk jugak, tapi dalam group whatsapp.  

Apa lagi Encik Suami pergi boom dengan supervisor dia sekali kena. Alhamdulillah jam 6 petang dah siap plaster. Rasa-rasa kalau tak dibom tu, memang esok dorang berlengah-lengah. Tak faham. Rupa-rupanya dorang guna sub gitu. Macamana? Buka dan plaster orang lain, yang pasang orang lain. Memang la kan. 

Sudahnya sampai malam pun dorang masih nak buat kerja. Acah-acah rajin. Sudah la, sekali kau buat memang orang susah nak percaya. 


Sabtu. 18.jan

Subuh tadi dah genap Izz Najmi 6 bulan. Belum la. Esok pagi baru genap. Maka, Ibu dah boleh siapkan sesi kenalkan pada makanan. Perlahan-lahan la ye. Boleh ke nak kenalkan tanpa bahan perasa? Agak-agak macamana la perjalanan makanan Izz ni? 

Jadi Aien cuba cari balik segala benda yang Aien telah simpan masa semangat nak bagi Nayla makan memula dulu. Semoga Izz tak jadi picky eater macam kakak dia.

Encik Suami ada gotong royong perumahan. Aien dan anak-anak lepak di rumah. Seronok tengok mereka yang anak-anak dah besar dibawa gotong royong bersama. Nanti, in shaa Allah lama dok sini adalah rezeki kita.

Sebut pasal rezeki, hari tu kan Aien ada menang tanpa sengaja giveaway blogger Ell kalau tak silap. Sian dia. Mungkin dia ingat Aien tak nak hadiah dia. Jujur la kata, Aien geram betul dengan posmen poslaju yang semakin tak bertanggungjawab di zaman 2020 dah ni. Geram je hati. Dia cuma buat panggil sekali, dan terus assumed kita tak ada kat rumah. Padahal Aien ni nak ke mana dengan babies dua ni? Sengal la. Kebelakangan ni, Aien lagi suka berurusan dengan J&T rider daripada poslaju. Fuh, sorry tau. Aien baru ingat nak ajak Encik Suami dia asyik busy je. Aien tak buleh bawak kereta. Hurm.. Sayangnya  kalau tak bertambah satu koleksi tudung bawal dari blogger. hehe

Dulu sekali menang dari Cik Puan Rrai dan entrynya di Menang hadiah .

Petang Encik Suami ajak jalan-jalan. Hee, siapa la surirumah tak suka diajak jalan. Hasil tangkapan jalan hari ni, kedua-dua kesayangan dapat kereta sorang satu. Seronok laa. Sorang dapat kereta baby, sorang dapat baby walker. Haa, esok la Aien edit tambah gambar. So lazy to going outside.

Dan terapi Aien untuk hari ni, tengok si kembang mekar daun sup ni. mOhon bertahan denganku.

Biskut Tiger


Itu saja tinta hujung minggu. Babies masih selsema lagi. Baca di blog Sis Lin, kata remedy letak bawang bukan boleh hilang influenza, haha kita masih buat juga ni. Bebudak masih selsema. So far masih terkawal. Jangan la. Aien minta jauhkan dari segala penyakit ni.

Time to go bed now, sayonara dunia, Jaa Nee!

6 ulasan

  1. Perangai kontraktor sekarnag ni memang begitu, main kontraktor sub kerja pada kontraktor lain, kena maki baru nak buat kerja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Teruk la, pahtu nanti dah siap acah konon saya takut bang, orang komplen saya.. 😒

      Padam
  2. eiii melampaunya perangai. Ada ke patut buat macam tu. Siapa je tak marah kalau buat kerja mengada macam tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Geram kan? kerja dia nak ikut jam dia. Kita ni ada jugak planning lain.

      Padam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤