Assalamualaikum, Hi! | Bayang 

B ayang atau bayang-bayang merupakan sesuatu yang mengikuti kita. Sama ada kita dikawal olehnya atau kita yang mengendalinya. 


Bagaimana? 

Kita selaku manusia, pasti mempunyai bayang sendiri. Bayang itu lah mengambarkan bahawa kita ini hidup . Dalam erti kata lain, hantu mana ada bayang-bayang. Kan? Apabila kita hidup, kita pasti boleh mengawalnya. Jika seperti Aien, hidup di balik bayang-bayang orang lain memang sangat sukar. Apatah mempunyai ibu atau bapa yang suka membandingkan semua orang dikeliling mereka tak kira tua ataupun muda. Bahkan yang si kecil bayi juga mahu dibandingkan. Susah kan? 

Sehingga kini, boleh dikatakan Aien masih hilang dalam bayang. Sama ada bayang sendiri ataupun bayang orang lain. Kenapa ya? 


Takut.

Takut merupakan kunci utama kenapa masih hidup dibayangi serata manusia. Aku mahu kaya, seperti orang ini. Aku mahu berjaya macam dia. Aku mahu... Semuanya mahu, tapi dimana usaha itu? Kata orang dijadikan idola, jujur tiada langkah dibuat dek kerna ketidakpercayaan pada diri sendiri dan takut dikecam. Ya, sebab utama juga tu kenapa masih di situ. 


Puji.

Kerana tidak mendapat pujian juga salah satu punca diri tak punya kekuatan untuk mengambil langkah pertama. Pujian ini merupakan satu sokongan moral yang sedikit sebanyak membuatkan diri akan mampu berubah. Kalau seperti Aien, orang puji, pergh~ semangat terus high level gitu.  Kalau dalam bab masak, kena puji sedap. Hari-hari la kau ngadap menu yang sama. Macam Mona, dek kerana ahli keluarga puji dia masak asam pedas sedap, haaaa sampai termuntah Pak Abu, Rose dan Yummy nak makan. 


Sumber.

Maksud sumber ni terdiri dari pelbagai segi. Sumber semangat yakni pujian tadi, sumber kewangan, sumber ilham mahupun sumber sokongan. Eh, semangat dan sokongan tu tak sama ke? Semangat tu kasi panas enjin, sokongan tu untuk kuatkan lagi diri nak bergerak. Gitu.  Apa-apa la kau jemah. 

Jadi, kunci untuk bangkit atau keluar dari bayang orang ni adalah usaha dari kita sendiri sebenarnya. Oleh sebab tu, kita sebagai orang, jangan pernah menilai buku dari kulit luaran sahaja. Oh, benda tu normal la kan. Semua orang pernah buat kan? Haha 

Dah la, Aien rasa macam skema guna bahasa cenggini. Tak reti. Haha 

Me, adalah seorang yang suka taip ikut dan dia je. Aduhh,, macamana nak jadi editor atau penulis novel ni Aien??!! Tapi, bila orang salah eja, sibuk je nak betulkan kan?? Kan? Usah ler ko nak menipu aku jemah, aku tau perange ko tu. 

Udeh ler, hari mulia ni maghi la kita sama-sama baca al-kahfi dan jangan lupa selawat banyak-banyak. 

 اللهم صلى على محمد وعلى الي محمد


Jumpa lagi di nukilan seterusnya, Jaa Nee!

7 Ulasan

  1. masa kanak2 dulu suka main bayang2 dgn menggunakan jari sebelum tdo. masa tu guna pelita minyak tanah je. seronok tgok bayang2 di dinding...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekarang dah tak ada lampu pelita. Dulu Aien kecik sempat jugak merasa. ^^

      Padam
  2. deep ni aien buat mama merenungi diri mama tq

    BalasPadam
  3. cerita pasal bayang dlu bilik air kat kampung kat luar rumah..skali nampak bayang orang lalu dari celah pintu.menjerit panggil mak..hehehe..done follow awak #310

    BalasPadam
    Balasan
    1. aduh, kadang bayang pun jadi hantu jugak tu. Thanks. ^^

      Padam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.