Dapat Infant Carrier Car Seat Free? | Hi~ Assalamualaikum 

Alhamdulillah, akhirnya dapat car seat untuk Izz Najmi. Ini rezeki tak diduga betul. Dan sememangnya tak dijangka. 

Bagaimana? 

Seperti biasa, Encik Suami balik rehat, tapi kalo ni bunyi dia balik tu macam mengangkat plastik yang berat. Aien terfikir, apa benda Encik Suami ni beli kan? Nak kata Aien ada pesan apa-apa tak jugak. Rajin pulak dia nak membeli tengah waktu bekerja gitu kan. Lelaki ni bukan macam perempuan sokmo nak berbeli je. 

Alih-alih dia bawak masuk carrier car seat ni dengan Baby  carrier. Wow! Siap dengan plastik lagi kau. Macam baru beli gamaknya.

Tanpa ditanya, dia bercerita. Ada orang buang di recycle cage kat bawah. Penuh! Dengan mainan, walker, car seat dan carrier. Dia nampak molek dua hat yang memang ditunggu-tunggu bila nak beli, itu yang rembat terus bawak naik. Katanya, rumah hujung sama tingkat dengan kami ni nak pindah. Mungkin dia la kot buang.

Sebab apa buang? 

Mungkin juga dia dah tak ada anak kecil, dan kelihatan seperti car seat tu dah lapuk sangat dengan kulat. Ye la, barang dah lama tak pakai. Mungkin dia beli dulu, anak dia tak nak duduk. Sejak dari tu dia simpan dalam stor je. Elok berplastik original Sweet Cherry dan berikat dengan kabel tie. Manakala, baby carrier dia pulak elok lagi, masih dalam condition 80% lawa. Ini kalau dirembat dek bundle, beratus jugak deme jual balik.

Sebenarnya, sejak berita car seat diwajibkan untuk anak-anak kecil, kami ibu bapa mahrean ni cukup risau, cukup ke nak beli untuk anak-anak? Lagi-lagi tengok di pasaran, paling murah RM 150++ dan paling mahal usah la dicakap harganya berapa. Adoo, ini baru dua. Nasib dua. Mak mertua pun cakap, lepas ni kalau nak jalan dah tak boleh nak ikut. Tak ada space katanya. Haha, tak apa, adik ipar dah beli kereta. Kalau nak jalan, konvoi la gamaknya.

Tengok di jualan bundle, harga car seat secondhand pun serupa yang new item, alasannya dari singapore la, molek rupanya la. Hmmm,, Encik Suami ni diam aja tak berkutik. Car seat Kakak Nayla pun macam tu. Rezeki dapat dari cage tu jugak. Balik dari berjalan ke macamana, tengok sebijik car seat elok rupawan lagi, bersih pun ye jugak, terpempang kesunyian dalam cage tu. Halah², Encik Suami apa lagi terus bawak masuk dalam kereta la. Nasib tangga naik ke rumah memang bersebelahan dengan recycle cage tu. Senang kerja. Haha


Setelah dibasuh, serba serbi macam baru. Izz pun senyap je masuk dalam tu. Tak tau la nanti bila dah masuk kereta macamana. Yang penting, Kakak Nayla pun seronok sebab dia ingat dia yang punya. Haha

Lepas ni, dorang dua kena duduk belakang la. Kalai diikutkan SOP kerusi ni, memang kat belakang dan berposisi menghadap ke hadapan atau ke belakang untuk bayi.

Kita tengok la nanti macamana kan rupanya. Tunggu Encik Suami pasang dulu, akan update situasi sebenarnya di Instagram.

Till next jurnal, Jaa Nee!

3 Ulasan

  1. Nampak baru.. sayang dibuang nasib baik Ada rezeki buat aien

    BalasPadam
  2. Rezeki Izz.
    Masih elok, rugi kalau tak ambik kan... Alhamdulillah.

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.