MAK, ANGAH NAK BALIK!!!

Rabu, Januari 22, 2020

Mak, Angah nak balik! | Angah duduk termenung di pondok. Jauh sehingga tak menyedari Along datang dari arah tepi lalu membaling batu kecil padanya. 

"Aduh!" Angah mengadu. Terus kepala dipandang ke Along yang tersengih-sengih. 

"Kau kenapa jauh termenung. Dah macam orang kat Hospital Permai aku nengokkan." 

Angah diam. Malas hendak melayan perangai Along yang kaki menyakat. Melihatkan Angah masih tidak berganjak, lalu tangan Angah ditarik dari duduknya dan dibawa ke suatu tempat. 

"Kau nak bawak aku ke mana? Aku penat laa.. " 

"Taraaaa!" Along menunjukkan ke arah sebiji kek chocolate di hadapan mereka. Angah diam. Masih juga tiada reaksi. 

"Ko kenapa? Aku dah belikan kek pun masih tak nak senyum lagi.. Susah la ko ni..." Marah Along. Langsung mencuit kek lalu dibawa ke mulut. sedikit krim dicalit ke arah Angah. 

Angah tetap juga seperti hilang dalam dunianya. Along menarik nafas panjang. sesungguhnya dia juga hilang idea dalam memujuk Angah. 

"Cuba kau cakap dengan aku, apa kau nak? Semalam kau cakap dengan aku, kau nak makan kek kan. Aku dah belikan ni. tak jugak muka kau banyak senyum." 

Angah terduduk. Air mata keluar tanpa dipinta. Sedu datang menjengah dengan lajunya. Terkedu Along. sedih sangat dah ni. 

"Angah nak balik.. Jumpa mak. jumpa ayah. Makan masakan mak. Sembang dengan mak." kata Angah dalam tangisannya. 

Giliran Along pula terdiam. 

Angah rindu mak... Angah nak balik. Angah tak nak cakap dalam telefon je dengan mak. Angah tak nak tengok mak dalam video je tiap kali kita video call. 

Angah cuma nak balik. Balik rumah mak. 

Boleh? 

kredit: @jellynajal



14 ulasan

  1. Rindu yang terdalam that no one could compare.

    BalasPadam
  2. Alah... sedihnya! Cerpen rekaan akak ke ni? Ada next chapter tak? Heee ;D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak terfikir pulak ada next chapter. Haha

      Padam
  3. Betul, tak puas kalau bercakap dlm telefon...

    BalasPadam
  4. faham sangat perasaan ni! Bila rindu tu benda yang paling best kita tengah buat pun rasa hambar je

    BalasPadam
    Balasan
    1. sampai la ni masih hambar. serius nak balik. T^T

      Padam
  5. Wuuu feeling betul nisha baca cerita ni T^T♡ naisuu ♡

    p.s. Anyway nisha ada tag awak ya ♡ jemput join^^ https://hadiahbintangjatuh.blogspot.com/2020/01/beeha-mencari-bloglist-baru.html

    BalasPadam
  6. 😭😭😭
    Dasyat.. emosi tu ada dalam tulisan.. and u make me cry..
    Rindu kalau datang memang susah nak ditepis..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Everytime I read this entry, mesti akan zap! sedih. Terasa sungguh.

      Padam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

© kisah aienienka.