Jalan ke Toppen Shopping Centre

Ahad, Januari 12, 2020

duduk sini kita sembang :)

Assalamualaikum and Hi! | Jalan ke Toppen Shopping Centre

Well well well, senangnya hati. Hujung minggu asyik berjalan saja. Rancangan awalnya adalah menunggu di rumah, khabarnya ada kontraktor nak datang tukarkan jenang tingkap di bilik belakang. Sudahnya, tak kunjung tiba. Memang secara kebetulan menanti kedatangan adik-adik yang seorang itu khasnya datang dari Bumi Kenyalang. Malangnya, mereka juga khabarkan akan turun Sabtu petang. It's okay. Kita duduk rumah je. 

Tapi,, sebaik anak-anak bangun dari nap siang mereka, Encik Suami khabarkan jom jalan, sambil pergi cari lauk. Kami pun bersiap la. Bila dah jalan tu, dalam hayi berkata? ; Eh, ini dah pusing mana? Diamkan aje. Ikut je la mana Encik Driver nak bawa. Bukan selalu kan? 

Rupa-rupanya ke Toppen Shopping Centre.


Alangkah bahagia dalam hati. Menari-nari salsa serta tango laaa~ Dan apa yang paling penting, bangunan Toppen ni sambung dengan bangunan IKEA Tebrau yang memang sentiasa menjadi angan idaman kalbu nak ziarah bila rasa tabung dah penuh. Kah! Berganda gembiranya. Thanks Encik Suami bawa jalan. But, mana ada istilah perempuan jalan tak beli kan? Haha Apatah lagi nampak kedai kegemaran Daiso Japan kita. Terus terbang duit mencari floop wiper idaman kalbu. Seiring dengan azam ingin menjadi wanita surirumah yang bahagia dengan rumahnya, kita perlu mencari gadget untuk memudahkan urusan kemas mengemas kita. ye dak? 

sumber: google

Apa yang membuatkan hati bertambah riang lagi, warna kegemaran ada di situ. Yeay! Mari kita penuhkan check list #misimencaribarangrumahpink. 

Jalan punya jalan, berhenti seketika di taman bersebelahan IKEA Food court, bagi peluang Nayla bermain. Adooo~ anak aku main sibuk tengok orang. Haha Umur dia suka peratikan orang pahtu pelan-pelan ngikut. Ini yang bahaya ni. Nak main pulak yang lasak, lagi Ibu geleng kepala. 😅 

Setengah jam ke tak sampai tak, Ibu dia ni dah kebuluran. Haha Iye la. Teringin nak makan meatball IKEA yang famous tu kan. Sudahnya tak jugak beli. Maaf la tak ada gambar nak lanje. Haha 

Dah habis tu, pusing sampai tingkat 3, rupa-rupanya Encik Suami ni nak tengok taman sekaligus air pancut untuk kanak-kanak di rooftop Toppen Shopping Centre ni. Oohhh,, Disebabkan hujan dan taman basah terpaksa batalkan niat untuk Nayla main. Next time baby, kita carikan awak swimming suit dulu ye.

Apa yang menarik lagi tentang Toppen Shopping Centre ni, merupakan kids friendly shopping mall. Banyak kerusi dan juga ada beberapa taman permainan mini disediakan untuk kanak-kanak berdasarkan peringkat umur mereka. Tapi, mohon la mak bapak sentiasa keep your eyes on your kids, sebab ada banyak jugak kes culik di shopping mall macamani.

Selain daripada itu, Toppen Shopping Centre adalah satu-satunya shopping centre yang mempunyai aplikasi untuk pusat membeli belah mereka.  Dan paling bestnya ada internet yang berkelajuan tinggi percuma untuk semua pelanggan mereka. Wow kan?

Bila dah bosan jalan dalam IKEA dan Toppen Shopping Centre ni, korang boleh ke seberang jalan pulak  menuju AEON Tebrau. Pergh~ satu hari suntuk main kat kawasan ni pun korang tak boring. Haha

Okay la, tu je nak share. Mana tau esok ada jalan lagi. hehe

Till next Jurnal. Jaa Nee!





2 ulasan


  1. wah mesti puas pusing satu mall..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. puas la jugak pusing sampai tak tahu nak kemana dah . haha

      Padam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

gallery @aienienka

© kisah aienienka.