TEMPAT MAKAN HALAL DI PHILIPPINES

Ahad, Februari 23, 2020



Hi, Assalamualaikum |Bulan Mac kian menghampiri, korang dah rancang ke nak cuti ke mana tu? Jom join Aien usha negara jiran ni. Macam best je kan?

Philippines adalah salah satu negara yang tersenarai bagi benua Asia Tenggara. Banyak jugak faktor kenapa Philippines ini menjadi salah satu negara tumpuan pelancong dari luar negara. Keindahan yang tersergam indah di sekitar pantai dan pulaunya menjadi antara salah satu faktor utama. Selain daripada itu, terdapat juga kawasan-kawasan bersejarah yang boleh dilawati. Tak lupa juga dengan kewujudan flora dan fauna yang ada di hutan tropicalnya.

So dah berminat ke nak ke Philippines tu? Kalau ada jom la cek tiket flight yang ada di Traveloka ni. Promo flight ticket dia boleh tahan jugak murah ni. Banyak airlines yang korang boleh pilih untuk ke Philippines dan salah satunya ialah Cathay Pacific. Cathay Pacific ni merupakan syarikat penerbangan dari Hong Kong dan penerbangannya dah sampai ke Benua Eropah, Amerika mahupun Afrika. Wow sangat! Jadi korang boleh la kan expect servis penerbangan di tip top gitu. Selain daripada itu, korang boleh jugak book flight tickets to Bali online kat Traveloka ni sebagai pilihan kedua korang kalau korang dah pernah ke Philippines. Sebabnya Traveloka ni dah banyak servis ke destinasi-destinasi menarik ke seluruh dunia. Kita ni sebagai umat Islam, mendapatkan makanan halal tak kira di mana kita berada dah menjadi satu kewajipan kecuali betul-betul darurat. So bercuti tu, bercuti la jugak. Makan kena cukup dan biar masa makan tu boleh makan tanpa rasa was-was. Baru perut kenyang senang hati, gitu~ Jadi meh Aien share la dengan korang beberapa port makanan halal sebagai persediaan korang bila bercuti ke Philippines nanti.

Samurai Halal Express

Siapa kata dah sampai Philippines ni dah tak boleh makan makanan Jepun? Haa, ni ada satu kedai makan yang ada segala bentuk jenis menu. Dari menu citarasa ala ala Malaysia sampai la ke Jepun. Contohnya macam ramen. Walaupun kedai ni saiz dia tak la besar mana, tapi susun atur dalam kedai ni cukup selesa untuk korang menikmati hidangan korang tu. Kalau rasa malas nak ke kedai dia, korang boleh je order sebabnya kedai ni ada servis delivery. 



Al-Sham Middle East Cuisine

Bercuti kat Philippines, tapi makan hidangan ala ala timur tengah. Baru rare sikit. Yang penting ianya halal toiyiban untuk di makan. Kedai ni saiz dia boleh kira macam kedai mamak kat Malaysia. Ruang yang luas dan selesa.

middle east cuisine


Lady Lani's Halal Eatery 

Kalau korang nak sarapan pagi ala Malaysia  macam mee goreng ke, bihun goreng ke, korang boleh la singgah ke Lady Lani's ni. Makan in shaa Allah diyakini halal. Bukan tu saja, korang boleh jugak menikmati nasi campur dengan pelbagai jenis lauk seperti ayam, ikan, daging serta sayur-sayuran. Sebijik macam kedai kat tepi jalan di Malaysia ni. So, korang jangan risau kelaparan masa bercuti tu. 

Junaid Halal Food

Untuk korang nak merasa bihun sup, mee sup, bihun goreng, mee goreng dan pelbagai jenis makanan lagi tapi style Philippines, korang boleh la singgah di kedai si Junaid ni. Selain daripada tu, hidangan nasi dengan lauk seperti ikan bakar juga ada disediakan. Kedai ni terletak di Quiapo, di mana majoriti masyarakat sekitarnya adalah beragam Islam. Dah settle makan, apa lagi jalan shopping la pulak kat gerai-gerai di area tu. Masyuk~ 


Dulang Halal Restaurant

Adalah restoran yang menyediakan nasi berlauk bagi anda yang wajib mendapatkan nasi bagi makan tengah hari. Di kedai ni, lauk-lauk mereka dimasak dengn gaya Philippines. Meraka banyak menggunakan kelapa parut ataupun santan. Antara lauk pauk yang menjadi pilihan pengunjung ialah ikan yang dimasak bersama rempah ratus dari Asia, sup daging yang terasa umph~ padu gitu…

Itulah beberapa kedai atau restoran halal yang ada kat Philippines ni. Banyak lagi sebenarnya restoran halal yang ada lebih-lebih lagi kalau korang jalan di kawasan Muslim Community dorang di Quiapo. Kat situ korang boleh jumpa macam-macam makanan halal. Megi Kari pun hado haa~ Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati. Settle bab makan, jom jalan lagi p shopping ka. 

Okay, kita jumpa di entry lain pulak. Aien nak susun bajet dulu ni. Selamat bercuti buat korang. Bila dah jalan tu, jangan lupa jaga keselamatan dan kebersihan yaa.. Jaa Nee! 


18 ulasan

  1. Banyak jugak restoran halal di philipine kan... taklah susah hati kalau nak bercuti kesana.
    ~teringin jugak nak melawat negara orang lain. Harap² ada rezeki

    BalasPadam
    Balasan
    1. In shaa Allah ada rezeki satu hari nanti Mell. ^^

      Padam
  2. Wah nice info! Hana tak pernah pegi Philippines lagi... >_<

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu la tu. Mampu tengok drama n movie filipina je. Haha

      Padam
  3. Wah menarik info, belum terfikir nak ke filifina, tapi bagus ni info,
    di sana banyak kedai makan, yang buat hidangan pag pag...:P

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haa, macam senang nak bercuti kalau dah jumpa port makan yang halal lagi sedap. ^^

      Padam
  4. Tak pernah lagi sampai Filipina ni..dan tak tau apa yang bestnya...tapi bila masa posting ni..macam best plak...

    BalasPadam
  5. Bagus Ada list ni.. mama X penah lagi g Filipina

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama la Aien. Sebab tu usha dulu ni. ^^

      Padam
  6. Tak tahulah bilanya nak sampai ke Philippines ini.. kikiki..

    BalasPadam
  7. belum sampai ke sana tapi banyak juga tempat yg best di Filipina :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tempat makan banyak best, apa tah lagi tempat lain. _^

      Padam
  8. Pernah mau ke sana waktu study. Sebab kawan-kawan boleh dikatakan setiap bulan mau ke PH. Tapi bukan rezeki aku kot. Sampailah sekarang tak pegi-pegi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. nI orang kata seberang jalan ja ni.. tapi ndak pernah pergi. Haha

      Padam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

gallery @aienienka

© kisah aienienka.