To all the Boys: PS I STILL LOVE YOU

Ahad, Februari 16, 2020


Hi, Assalamualaikum | Sambungan daripada movie sebelumnya, To All The Boys: PS I Love You, kali ni masih berdasar daripada novel Jenny Han mengisahkan tentang Lara Jean dan Peter Kavinsky. 


To All the boys: PS I Love You

Jika korang tak pernah tengok yang pertama, ianya mengisahkan tentang Lara Jean yang sentiasa menulis surat cinta pada  crush dari zaman sekolah. Si adiknya baik hati pergi pos semua surat pada yang berkenaan. Dan Peter Kavinsky ni salah seorang daripadanya. 

Untuk yang pertama, dorang dua belum berpacaran lagi. Cuma olok-olok demi menghindari dari bekas kekasih Peter Kavinsky dan juga bekas kawan baik Lara Jean iaitu Gen. Macam biasa cerita omputih ni, konfem yang jenis kekasih ahli pasukan bola sepak, hot stuff. Yang si Lara Jean ni boleh dikategorikan sebagai seorang freak la jugak. 


To All the boys: PS I Still Love You


Bila untuk movie kedua ni, Lara Jean dan Peter Kavinsky telahpun berpacaran. Dan biasa la perempuan dia punya insecure tu tinggi dan terlebih fikir. Padahal Peter Kavinsky ni biasa-biasa je. Perhubungan mereka berdua ni terganggu gugat apabila penerima surat terakhir si Lara Jean datang dan buat sukarela di Pusat Penjagaan Orang Tua Belleview sama-sama. Phew~ Makin la terganggu fikiran si Lara Jean ni tadi. 

Movie yang bergenre romance lebih kepada cinta monyet, atau cinta sekolah menengah gituw.. Boleh biar fresher our mind di hujung minggu tonton movie yang ringan macam ni. 

Oh ya, selamat berhujung minggu! ^^

4 ulasan

  1. yayy aien sama saya pun baru review this movie hahaha

    BalasPadam
  2. Macam best je mobie ni. Boleh try recce movie ni dan tengok

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤