DRAMA REVIEW | KILL IT (2019)

Khamis, Februari 13, 2020


Hi, Assalamualaikum! Kali ni Aien nak bercerita tentang drama Korea pulak. Rasa macam lama tak tengok kan. Orang sibuk dengan drama Hyun Bin, ko layan drama lain. Apa da~ 

Kill It

Merupakan drama yang dibintangi oleh Jang Ki Yong sebagai Kim Su Hyeon yang menjadi pembunuh upahan bertaraf elit.  Dia menjadi kegemaran tak kira ahli gengster, mafia, ataupun ahli politik. Kerana dia membunuh dan menghilang. Identitinya, rupanya, biodatanya tidak diketahui oleh orang mahupun yang mengupahnya. Dalam kepalanya cuma satu, mencari keluarga kandungnya. 

Nana (After School)  sebagai Do Hyeon Jin seorang detektif yang angkuh tapi bijak dan merupakan top excellent dalam batchnya. Sering bergaya ketika bertugas. Berhati beku namun mudah bersimpati jika dalam keadaan yang menyakitkan. 

Pertemuan mereka apabila Hyeon Jin cuba merungkai misteri kes kematian teman lelakinya yang dianggap kes ditutup. 


Dengan cuma 12 episode saja, drama ini boleh dikatakan berbaloi untuk ditonton apatah lagi meletakkan Nana sebagai pelakon utama. Ki Yong pun tak kurang hebatnya apabila dia menjadi assasin. Oh, dalam kepala mencari siapa pelakon laki ni yek? 

Pada mulanya, Aien tengok drama ni disebabkan Encik Suami. Sudahnya tak puas hati tengok tersangkut-sangkut, Aien muat turun semuanya. 

Jalan cerita yang sedikit boring pada mulanya membuatkan Aien fast forward laju-laju. Kang Nayla berebut nak tengok Didi & Friends dia pulak. 

Kisah lama Su Hyeon mula terungkai bila ada client suruh dia bunuh beberapa orang elit. Tanpa banyak tanya dibunuhnya aja. Rupa-rupanya, mereka itu semua dalang dalam sindiket haram organ untuk ahli ternama. Puik!

Su Hyeon, atau 88 satu-satu yang terselamat dari yang bernombor dari rumah Yatim Hansol. 

Kalau tengok, ada setengah scene kabokan si Hyeon Jin ni jugak dari Hansol Orphanage. 

Tapi, tak sangka kesudahan cerita ni macam meh! Sedihnya~ 

Nak tahu kenapa sedih, korang kena la tengok. Wajib tengok la. Korang jangan rasa meh, macamana yang Aien rasa. Haha 

Till next drama. Jaa Nee!

15 ulasan

  1. Nana tuuu dala cantik.. belom tengok lagi ni sbb kurang minat genre macam ni. tapi maybe nanti boleh tengok =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan kan.. ganding dengan hero dia, #mogasampaijinjangpelamin gitu. Haha

      Padam
  2. mcm menarik je sbb sy suka genre action. dulu2 sy enjoy tgk drama City hunter hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh tengok sebab dari segi action tak da la menghampakan. ^^

      Padam
  3. Orang lain dah lama follow cerita korea. Akak baru nak tersuka sikit dengan aliran korea ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena pandai cari drama mana best, sebab terlalu banyak pilihan genre yang ada. ^^

      Padam
  4. mcm sedap je drama ni. pasti abam kie akan tengok nanti..

    BalasPadam
  5. menarikkk, bookmark dulu drama niii, dalam list to watch pun melambak dah hahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu semestinya. Sudahny nanti yang tak ada dalam list ditengok dulu. ^^

      Padam
  6. Assalamualaikum Sis Aien , jemput sertai give away dengan hadiah tunai RM1000 oleh Mamapipie & Friends.



    Hadiah RM200 (Seorang Pemenang)

    1 x RM200



    Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang)

    2 x RM100



    Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang)

    14 x RM50



    Penyertaan sangat mudah & tarikh tutup giveaway pada 29 Feb 2020. Klik sini sekarang untuk sertai.

    BalasPadam
  7. Dah tengok drama ini.. ending dia.. ish.. ish..

    BalasPadam
  8. memula nak tengok drama ni sebab ada Jang Kiyong dan lakonan Nana pun dah makin best tapi stop sekerat jalan sebab rasa cite dia macam slow sikit :( ♕Tiara Sapphire♕

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kind of jugak la. Tapi hero heroin dia best, hadapkan jugak. A^^

      Padam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

gallery @aienienka

© kisah aienienka.