HADIAH YANG DITUNGGU DAH SAMPAI~

Ahad, Februari 02, 2020
Hadiah yang ditunggu dah sampai~ | Hi, Assalamualaikum 

Akhirnya sampai juga set home binder selepas menang buat review e-book di muka buku. 




Seminggu kemudian, Dr. Hani ada telefon kata dia nak hantar hadiah, but Aien lambat perasan dia kol, so dia dah sampai ke bandar. 

Lama lepas tu, baru semalam dia kol lagi. And cakap dia just tinggalkan hadiah tu di peti surat sebab takut asyik lupa je. Al-maklum la Dr. Hani sekarang sedang sibuk re-deco rumah. Tak sabar tengok rupa rumah baru dia nanti. 

Bila dah ambil, Allah,, terujanya dalam hati. Mungkin ini salah satu sebab kenapa Aien stress. HAHA

Macam seronok menang sana sini, but hadiah tak sampai pun macam krik krik la jugak. Buat ku ternanti-nanti. 

But, among all the present I win, this one is the most I expecting. Sebab dia bakal banyak membantu Aien dalam proses menjadi surirumah yang berkaliber gitu. 


Tiga magnet planner extra, sticker untuk planner, dan home binder dalam pembalut di tengah tu. Aien dah bukak cuma belom berkesempatan lagi untuk snap gambar cantik home binder tu disebabkan Izz Najmi langsung tak boleh berpisah dengan Ibu!! 

Ingatkan masa dia tido, boleh bangkit jadi penyamun kemas sana sini. Ah~ anganmu saja tu. Sudahnya menghabiskan bateri telefon ni. Kalo habis, bangun p cas, konfem deme dua ni bangun. Konfem! No doubt. 

Set sticker barang dapur tu, Aien dapat hadiah sempena pengomen pertama di group #tipshanimasak di Facebook. Okay, jimat duit. Hehe 

Boleh dah planning deco rumah perlahan-lahan. Hati geram je nak buat, tapi tunggu duit dalam tabung cap ayam penuh dulu. Sabar ye.. 

Itu je nak cerita. Ada lain hadiah lagi, tunggu ye.. 


14 ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤