REVIEW MOVIE | Mr. Hurt (2017)

Selasa, Februari 18, 2020

Hi, Assalamualaikum.

Setelah sekian lama movie ni duduk dalam peti simpanan movie Aien, akhirnya tertengok jugak. 

Sinopsis

Mr.Hurt mengisahkan tentang Don Sri- Chang, yang dilakonkan oleh Sunny Suwanmethanon merupakan seorang pemain tenis dunia yang sangat perfect dan menjadi idola setiap orang. Dia sangat bertuah baik dalam permainannya mahupun dalam percintaan. Akan tetapi semuanya berubah apabila dirinya ditinggalkan oleh kekasih hati demi musuh ketatnya dan hidupnya mula terumbang ambing dan menjadi kutukan umum. 


Pandangan Aien

Wah,wah... Sunny punya cerita tak pernah mengecewakan. Buat peminat filem mahupun drama Thailand pasti kenal siapa Sunny ni kan? 

Pernah tengok, I Fine, thank you! ? Haa, Filem Thailand romantik komedi yang mampu mengubat hati lara gitu buat para penonton. So, pelakon laki tu la tu. 

Jujurnya, untuk Mr.Hurt ni kureng kick sikit la sebab macam meraban sangat lawak dia. Mungkin sebab Aien tengok masa tak berapa nak ketawa tapi ketawa terbelahak jugak sebab lawak. Kah Kah Kah Faham ke idok ni? 

So, cerita pasal Don Sri- Chang ni bila dah ditinggalkan kekasih hati, dia mula menganggap dunia ini tiada apa untuknya. Ayah beliau, selaku jurulatih beliau amat la susah hati. Maka, dibawak masuk watak si Dew, teman lama si Don ni tadi. 

Dew, kawan lama di perjiranan Don yang selalu melihat Don melihat sedari kecil dan dia telah keluar negara untuk merawat penyakit tumor otak. Dew berjanji pada Don, sekiranya Don berlatih bersungguh-sungguh dan menjadi juara, dia akan pulang untuk Don demi sepinggan donut. Demi Dew, Don berusaha la kan. Akan tetapi, saat dia memenangi Kejuaraan Tenis peringkat remaja Dew tak datang. Bahkan sebenarnya telah pun meninggal dunia. 

Habis yang datang memberi semangat pada Don tika dia merasa dunia ini tiada apa-apa itu cuman actor upahan bapaknya saja untuk menaikkan semula semangat si Don ini tadi. Kebetulan pulak si pelakon ini, turut memiliki penyakit yang sama. 

Bila Don mengetahui perkara sebenarnya, dia berusaha dengan lebih gagah supaya orang yang dicintainya memunculkan diri untuknya. 

Kesudahannya

semesti aja dia bertemu kekasih hati barunya, siapakan namanya lupa pulak. 

al-kisahnya sampai situ je tengok sebab gado ngan bebudak yang tak mau tido tapi meragam pasai depa tak tido siang pasai ada orang dok bertukang baiki tingkap untuk tingkat bawah dan mestilah dengar sampai ke langit ke tujuh gitu. 

Sekian, itu saja review semata untuk keep this blog hidup. Kah! Oh, anyway, Izz Najmi dan 7 bulan. Happy monthsary dear, bujang! 

Till next filem, Jaa Nee!

24 ulasan

  1. kalo movie thai sy xbpe layan sgt.. skrg duk giler tgk cite korea.. haha..
    tp byk lg xsempat nk tgk.. huhu

    BalasPadam
  2. nak tengok jugak lah sebab sunny berlakon. hehe

    BalasPadam
  3. waaa sunny. betul cerita apa je tak best kalau ada dia ni

    BalasPadam
  4. astro suka sangat ulang tayang movie dia, kadang tertengok juga..hehe

    BalasPadam
  5. Dah lama tak tengok movie Thailand. Tak dinafikan movie dorang banyak yang best.

    BalasPadam
  6. Thanks for the review kak! hehe lama tak tengok cerita Thailand ;)

    BalasPadam
  7. yes dah masuk dalam list. Demi sunny ni hahah

    BalasPadam
  8. Tak pernah lagi layan movie thai .

    BalasPadam
  9. mcm best tok.. blm nangga gik.. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tangga eh.. K buang boring kak ya tetak² .. haha

      Padam
  10. pernah tengok citer dia berlakon tajuk tak ingat dah. tapi kes dia tak cukup tido tu. kahkah. kelakar lah..

    BalasPadam
  11. Haha cite dia tak pernah tak kelakar.

    BalasPadam
  12. Alahai.. bukan mudah sebenarnya nak ubat hati yang terluka ditinggalkan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada aje awek dia depan mata, awek dia model gitu... ^^

      Padam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤