MDRAMA: SWEET DREAMS

Selasa, Oktober 01, 2019



Hi~ Assalamualaikum

Okay, I'm so excited even though I know a lot of you gais already tengok this drama a month ago. Ye, tau.. lambat. Kita tak ada astro apatah lagi tv. Demi malas nak tunggu by episod, kita tunggu dia dah habis dan baru download. 

Err.. Actually this is my first drama melayu yang tengok full tau. Haa, bukan tak support cuma mencari keserasian di situ. Tak pernah menyangka drama ni menyentuh hati Aien sangat-sangat. Sejuta perasaan yang berkecamuk masa tengok ni. 

Tapi, Aien tak ada la direct tengok habis. Ala-ala hari ni dua episod, dua hari lagi dua episod. Atau kadang-kadang satu episode pun payah nak habis satu hari. Kah! 

Ye la, mana tak nya.. Nak ngadap, Si kakak sibuk tekan spacebar tu kasi pause. Kejap dia jugak nak kerjakan laptop Ibu yang tua tu. Haa, hilang la mood. Tengok pun masa makan je. Mana taknya. Kadang-kadang malam tak ada kerja, baru tengok sikit. Janji habis kan? 

Masa taip ni pun tak habis sebab Aien excited sangat nak mulakan October ni dengan sweet dreams gitu.. Hehe

Well, masa cerita ni ditayangkan, a lot of young people around me dok tergila-gilakan Ben Amir tu. Aien terpengaruh kejap la, tapi rasa kening husband lagi hensem. :p 

And yang penting, walaupun jalan cerita dia macam klise tipikal drama melayu. Kaya, sakit, apa tu semua, but Michael Ang berjaya bawak cara penceritaan ini kepada lebih menarik sampai orang macam Aien ni tak layan drama melayu boleh tengok. Jangan bodoh sangat macam cerita jam 7 tu. ahak! 

Kejap-kejap ketawa, kejap-kejap nangis, kejap-kejap geram. Itu la emosi Aien masa tengok drama ni. Ketawa sebab tengok Boss Si Putri tu. Nangis bila sampai part Putri dapat tahu Qash tipu dia, Qash tak nak operate sebab dia, paling sedih sebelum Putri dapat tahu yang Qash tak nak operate sebab dia, dorang nak nikah tu.. Soalan Chempaka pada Farah dan Boss Putri tu win. #hakikat. Masa tu, sedihnyaa. 

Lagi sedih bila Ibu putri dengan suara abang-abang dia tu, haha nangis menyucuk ke jiwa kau.. Hadeh, Datin Nina Juren ni kenapa Aien tak pernah kenal dia ye? Haha nama pun tak minat drama melayu. apa la.. 

Okay,, semua orang kata beza 5 minit je dengan episode 19 ending drama ni? What happen cause I'm stucked at episode 18. Haha so, patutnya ending dia sedih la kan? tapi ramai netizen nak happy ending, dan itu balasan mereka? 

Drama ni diadaptasi daripada penulis novel terkenal dengan penulisan yang lebih dari 500 muka surat iaitu Acik Lana. Kalau dari segi novel Acik Lana ni, selalunya Aien yang boleh win baca satu hari satu novel, tapi sebab Acik Lana boleh amek dua hari. Nak berenti sayang. Nak jugak tau ending dia kan? 

Over all, Aien suka. Suka sangat. Best Michael Ang punya cinemografi dia, cara dia nak garapkan cerita tu, ayat a.k.a skrip sempoi dari pelakon2 semua. Memang best. Cerita dia macam dekat di hati gitu sebab wedding Qash dan Putri tak ada grand sangat walau Qash tu pelukis terkenal. 

Okay  kena habiskan menaip sebelum mengarut ye kawan-kawan. 

Kbai, nak sambung tengok malam ni dua episode akhir yang sia-sia orang cakap tu. Bai! 

4 ulasan

  1. Ain pun layan cerita ni smpai ep 5 je lpastu stop dah hahaha sbb ntah.. mngkin tak kena dgn jiwa kot

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha mula² nak berenti jugak tgk, tp best la sebab seni cerita ni. lain tau. hehe

      Padam
  2. Kalau dah mula tengok cerita macam ni susah dah nak berenti ni. Haha

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

© kisah aienienka.