Hi~ Assalamualaikum | Berjalan... 


Hidup ibarat roda, sentiasa berputar. Ada masanya kita berada di atas dan ada masanya kita kecundang. Gagal sekali bukan maknanya gagal buat selamanya. 

Kita harus sentiasa berjalan, melihat dan mengambil iktibar dalam apa jua yang dilakukan, dilihat dan didengari. Itu sebenarnya erti sebuah kehidupan. Kita yang pada hakikatnya takkan pernah berhenti belajar. Nak pandai kena belajar. Nak tahu, kena baca. Nak buat apa saja pasti ada jalannya. 

Bezanya adakah jalan itu yang ditunjuki oleh orang lain  atau kita yang mencarinya sendiri. Namun, buat zaman serba canggih dan moden serta semuanya di hujung jari, tinggal mahu tak mahu saja. 

Eh,, panjang pulak ko bebel ye nur. 

Al-kisah nak bagi semangat buat diri sendiri dan teman-teman yang datang membaca ni. Setiap apa yang kita buat pasti ada sebabnya. Kita merancang, rancangan Allah itu lah yang terbaik. Cuma kita kadang-kadang degil nak terima. 

I'm so proud for those yang sentiasa positif dalam hidup mereka. Alhamdulillah dengan wujudnya mereka, orang macam kita terutamanya Aien yang always being negative ni, perlahan-lahan nak bangkit. 

As much I seen today, my younger siblings, they all doing a great job for getting up on their feet. Even though, that's hard and I always knew they can do it. Chiayok adik²! 

And for their sis yang keep mereput ni, cuba cari the other side yang positif untuk melangkah setiap hari. 

I am so envy for those yang ada pekerjaan sendiri. Yang bijak mencari sesuap rezeki untuk diri ataupun untuk keluarga. May Allah permudahkan urusan kalian! Kerana itu adalah impian seorang suri rumah. Yang pada pandangan masyarakat lain, mereka ini hanya duduk di rumah. Duduk. duduk dan terus duduk. Nak berjalan pun susah even ada lesen sendiri. Kah! And  doakan la azam 2020 nanti  nak bawak kereta tu sendiri!! O M G. People always laughed at me. ada lesen tapi tak guna. adakah mereka tahu?? betapa betapa betapa mahunya aku membawa kereta itu. Berjalan ke mana saja aku suka? membawa anak-anakku ke mana saja yang aku mahu? menggantikan suamiku yang kadang kepenatan? Adoo.. 

Haa, emosi pulak dah. Lain sebenarnya nak cerita. Itu antara salah satunya. 

October kian melabuhkan tirainya. 2019 tinggal 2 bulan saja lagi. Apa yang dah dibuat oleh mu tahun ini? Semalam sudah Rabiul awal, sudahkah kau menggantikan puasamu itu? Ah, monolog diri yang terlalu banyak sehingga terbawa di alam mimpi. Bagaimana mau mimpi yang indah ni? 

Makanya, bermula pasang niat, nak buat itu  nak buat ini. dan dengan berbaki dua bulan ini, harapnya tahun 2019 akan meninggalkan kenangan yang terindah buat diri ini.

Moga tragedi oktober ini membawa pergi segala duka yang ada di hati ni. iN shaa Allah november bakal membawa sinar baru buat diri.


Till next jurnal. Be safe everyone! Sekarang musim tengkujuh. Hujan, panas silih berganti. Jaga diri, jaga kesihatan dan jaga iman. Moga kita sentiasa dipelihara oleh Allah SWT. ^^

8 Ulasan

  1. yea sejauh mana pun kita dah berjalan, selagi jasad dikandung badan selagi itulah kita kena terus melangkah, ke depan dan ke depan. semoga kita, aien terus berjalan insyaallah perjalanan di depan sana lebih bermakna 😍😍

    BalasPadam
  2. in shaa Allah.. jangan pernah letak kata TERLAMBAT dalam kamus hidup.. apa yang dah terjadi, jadikan pengajaran untuk menempuh esok esok.. hee~ salam kenalan dari akak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Slaam kenal juga akak. Kan? moga diri terus kuat dalam menyelusuri kehidupan ini. ^^

      Padam
  3. Semoga perjalanan hidup kita sentiasa dirahmati Allah. be positive dan bersangka baik. InshaAllah semua akan baik-baik nanti

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah tahun ini puasa tak ada yang perlu diganti.. tapi ada beberapa perkara yang tak dapat nak diselesaikan tahun nie.. huhuhu.. sedih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. waa bestnya~ moga tahun hadapan dpt selesaikan. ^^

      Padam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.