Hi~ Assalamualaikum | Hadiah dari blogger Jurnal Shikin Razali dah sampai. 

Hai, senangnya dalam hati,, dapat hadiah lagi. Alhamdulillah~ 

Menari-nari sekejap, tahun hadapan dah ada jurnal baru. Tahun lepas pun dapat jurnal dari blogger yang sama. Thanks Kak Shikin, moga rezeki akak bertambah kerana tak lokek kasi pada tiap top komenter blog akak. 

Blogger Jurnal Shikin Razali atau lebih mesra dipanggil kak Shikin merupakan seorang blogger yang sentiasa menulis dan mereviewkan blog yang menjadi singgahannya. 

Siapa yang biasa singgah blog beliau, pasti lebih arif lagi. Rezeki juga pada siapa yang rajin meninggalkan jejak di ruangan komen blog beliau ni. Aien la salah seorang nya  Haha 

Selalunya komen sebab yela, sesama blogger harus bertegur sapa dan meninggalkan jejak masing-masing di ruangan masing-masing. Ada kelapangan, memang hari-hari boleh tinggal jejak, klik iklan, dan bagi rate pageviee naik. Buat Aien yang kelapangan cuma di malam hari, sekali sekala bila teringat komen la kan. 

Tak sangka rezeki dapat tersenarai di antara top komenter. Yang lebih best lagi, Kak Shikin ni, memang selalu kasi hadiah pada komentar tegar beliau. 

Doa Aien untuk akak, moga terus sukses dalam dunia blog, dan apa jua yang akak lakukan. Moga Akak dimurahkan rezeki dari pelbagai sudut dan dipermudahkan segala urusan akak olehNya. 

Oh ya, Kak shikin ni ada juga buat urutan untuk wanita di kawasan berdekatan beliau iaitu di Selangor. Aien lupa di sekitar mana. Hehe Tapi, kalau berminat boleh la direct message dengan tuan tanah Jurnal Shikin Razali.


Selain daripada planner 2020 yang dalamnya merangkumi rancangan anda untuk tahun hadapan, mission untuk dapatkan berat badan ideal, good deeds for yourself dan buku kecik yang diasingkan dari planner adalah buku simpanan anda. Atau lebih details lagi, buku perjalanan kewangan anda. 

Aien nak amek lebih mendalam gambarnya tak boleh, ada di kecik sibuk je nak interframe. Haha Gambar yang ada ni pun ada kaki dia. haha nasib la labu.. 


anyway, planner ni daripada Syabab...

Okay tu je... 


14 Ulasan

  1. Alhamdulillah.. Tahniah Aien..

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah, terima kasih jugak di atas doa awak dan akak pun doakan yang sama untuk awak sekeluarga.. semoga apa yang awak impikan Insha Allah akan menjadi kenyataan..

    BalasPadam
  3. alhamdulillah semua hadiah comey sangat ^_^

    BalasPadam
  4. seronok bila kawan2 blogger saling kasi hadiah..
    antara cara nak kekalkan frienship =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan? doakan kita pulak bleh kasi hadiah pd kwn yg sudi singgah sini. ^^

      Padam
  5. Cantik sangat planner tu , Alhamdulillah rezeki tak salah alamat . Saya baru first time tinggal jejak dekat blog kak syikin lepas baca blog seseorang tadi .

    BalasPadam
  6. Tahniahh! Saya pun dan dapat Hadiah dari kak shikin dan dah selamat sampai ke rumah. Cuma saya tak sempat nak update dalam blog. insyaallah, nanti bila tak busy sikit nak post dalam blog. kak shikin memang pemurah orangnya, nie kali kedua dah saya dapat hadiah dari dia. Semoga kak shikin murah rezeki. amin.

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.