ANIME: Kimetsu No Yaiba

Ahad, November 22, 2020

 


Tajuk: Kimetsu No Yaiba / Demon Slayer 

Genre: Animation, Action, Fantasy 

No of Episode: 26 

Sinopsis: A family attacked by a demons and only two member survive -Tanjiro and his sister Nezuko, who is turning into a demon slowly. Tanjiro sets out to become a demon slayer to avenge his family and cure his sister. 


SPOILER ALERT!


Selepas baca review dari  sorang rakan blogger  tapi bila dicari balik siapa lupa la pulak. Sorry! But you bawak I tengok this awesome anime. He he 


Lama giler tak layan anime. Once bila baca review dan ramai kata best, so Aien cari la di tempat hot untuk cari cerita, movie dan drama. situ lubuk dia. Di mana? U olls takkan tak tahu. Haha Taip je tajuk apa u olls nak, keluar la dia. I love that application. 


Anime ni menceritakan seperti di sinopsis apabila Tanjiro jumpa keluarga dia mati dibunuh demon. Dan adik dia seorang saja selamat. Keistimewaan Tanjiro adalah memiliki smell sense yang sangat kuat. Jadi masa dia nak selamatkan adik dia, Nezuko dia hampir saja diserang oleh another Demon Slayer untuk bunuh adik dia. Tanjiro gigih selamatkan adik dia, dan Nezuko juga memiliki satu kesedaran yang tiada pada mereka yang sudah jadi demon ni. Bila tengok abang dia diserang oleh Demon Slayer tu, dia cuba selamatkan abangnya. 

Dek kerana Demon Slayer tu sedar perbezaan dua beradik ini, maka disuruhnya Tanjiro ke sebuah pergunungan dan berjumpa dengan Sakonji Urokodaki untuk berlatih. Selama 2 tahun dia berlatih dengan Urokodaki, selama itu juga Nezuko ketiduran. 

Semestinya bila nak berjaya jadi Demon Slayer bertauliah dan memiliki set pedang khas dan pakaian seragam yang anti demon, mesti la kena join ujian. Masa ni Tanjiro nyaris-nyaris was-was dengan kemampuan dia sendiri. Tapi dia berjaya juga. 

Sebaik saja dia berjaya lepasi ujian, mereka yang lulus ditemani oleh seorang burung tak kira darj burung gagak ke pipit untuk memaklumkan mereka tentang misi seterusnya. 

Bila anime, kalo dah tempuh segala halangan pasti dia boleh walaupun pada mulanya nampak macam bakal gagal saja. Untuk Kimetsu nO yaiba ini juga tidak ketinggalan menyerapkan sisi itu. 

Haih, seronok jugak tengok anime ni kadang-kadang. Jadi mood booster Aien jugak bila tengok semangat Tanjiro gigih nak sembuhkan Nezuko walaupun orang kata itu adalah satu yang mustahil. 

Apatah lagi, bila Tanjiro melaksanakan satu misi di Tokyo, dia menghidu bau yang sama di rumahnya dan yang menjadikan Nezuko, demon rupa-rupanya orang itu adalah pemula bagi semua puak demon. 

Paling menyeronokkan ialah, Tanjiro merupakan Demon Slayer tahun pertama yang pernah berjumpa dengan orang itu berbanding dengan Demon Slayer kelas atasan. pHew~ disebabkan smell sense yang dia ada. 

Nak tak nak, masa semua Demon Slayer menyoalkan kenapa Tanjiro seorang Demon Slayer bersama dengan seorang demon, dan Nezuko harus dibunuh. Masa tu juga Nezuko diuji dengan darah manis yang memang menjadi idaman semua Demon. Bijaknya Nezuko, berjaya mengalihkan pandangannya dari godaan itu. Hasilnya semua orang setuju untuk kekalkan Nezuko bersama dengan Tanjiro dengan jaminan tiga orang penting yang pernah menjaga mereka dua beradik ini. 


Semangat Tanjiro dalam merealisasikan impiannya dan semangat kekeluarga antara Tanjiro dan Nezuko sangat kuat ditekan dalma anime ini. Tak sabar juga tunggu season seterusnya. Aien ikut je orang ada update ye la. Haha 


Sekarang ni ada movie pulak untuk anime ini. tengah tunggu la dia keluar. hehe sabar. 

21 ulasan

  1. Aien suka ya anime..shida xreti nak layan ^_^
    kalau husben mmg laju..tgk..hehee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh je masuk semua cerita. Tapi tu la. ada yang boleh tengok sorang ada yang kena berkawan. Paling tak boleh tengok horror. Haha nanti termimpi-mimpi..

      Padam
  2. menarik! suka! sis tgk ni kat man sis?netflix ade tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pasti netflix ada ka tidak, sis cari di telegram. ^^

      Padam
  3. viral gila cita ni , i watched it .. tapi i tak berapa nak obsess mcm i tgk haikyuu or BHNA sbb Demon slayer ni, diorg mcm try hard utk buat org gelak.. in my opinion la

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang ni ke? Ntah, Aien tengok aje. Haha buang boring. gitu laa.

      Padam
  4. da lama nak tgk anime. tapi masa mencemburui 😅

    BalasPadam
  5. lama juga tak layan anime macam ni. nasib baik pendek je. dulu tengok anime sampai kesudah tak tahu bila nak ending..haha ♕Tiara Sapphire♕

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha anime panjang² mcm yg goku tu, apa lagi one piece memang selama takkan habis. jenuh nak tgk. Haha

      Padam
  6. Ko pun suka ek layan anime movie? Macam anak bujang Sis, bila da rumah ni haaa berebutlah remote dengan kakaknya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh jugak sis Lin. Aien layan aje semua. janji kena selera. xkena padam aje ler tb tu. haha

      Padam
  7. demon slayer? kedak ada dalam netflix..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeah, I us wonder How netflix ya function. haha xpenah ada acc nya

      Padam
  8. Alamak.. banyaknya episod dia.. Tunggu movie jelah..

    BalasPadam
  9. Pernah dengar kisah anime nie, tapi belum berkesempatan nak tengok.. Dah baca review awak, nanti nak cari masa untuk tengok sebab nampak seperti menarik jea dalam citernya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Best cite dia. Aien suka. Boleh la kak shikin try tengok. Hehe

      Padam
  10. ramai yg suggest anime ni...skrg AD layan fire force..

    BalasPadam
    Balasan
    1. best tak fire force? nanti nak try tengok. ^^

      Padam
  11. Blog kita yang share aritu.. Hahaha... Memey best tengok kan tak sabar tgk sambungan dia lambat lagi nak keluar kalau ikut tahun ni dibatalkan sbb covid

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu la pasal. kita tengok trailer movie dia mcm best je.

      Padam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

© kisah aienienka.