Drama Korea: Zombie Detective (2020)

Jumaat, November 13, 2020

 


Tajuk: Zombie Detective / Zombie Tamjung

Genre: Comedy, Fantasy, Penyiasatan

No of Episode: 12 (24 jika setiap setengah jam) 

Cast: 






Sinopsis: Kim Moo-Young (Choi Jin-Hyuk) has been a zombie for the past 2 years. To survive, he has mimicked the mannerisms of humans in a village. He then leaves for the city. There, Kim Moo-Young opens an office to work as a private detective. He does not remember anything before he became a zombie. He struggles to live with humans and to regain his past memory. Meanwhile, Kong Sun-Ji (Park Joo-Hyun) used to be a writer of a current affairs complaint program. A witness in a case, she was working on, was attacked by an unknown man. Due to that, she quit her job. She becomes involved with Kim Moo-Young and takes a part-time position at his private detective office.



After Watch Review: 


Episode yang  sangat pendek and u olls takkan sempat boring la punya. Drama yang dibintangi oleh Choi Jin Hyuk ni jarang la sepi dan boring. Walaupun plot tak kuat sangat, tapi sebab Jin Hyuk Oppa berlakon, I okay jer. Ha ha ha 

Berdasarkan sinopsis, Kim Moo Young ke bandar untuk menyiasat kehidupan masa lalu dia apabila dia ternampak satu pembunuhan di dalam hutan, dan orang yang mati tu berikan dia segugus kunci pejabat

Bila dia ke bandar, berasa struggle untuk mencari makan habibat mamalia lain kecuali manusia. Terserempak dengan Gong Sun Ji yang menganggap dirinya alcoholic, Moo Young berusaha untuk mencari wang lain di kawasan Gangrim tu. 

Sejak dia menjak ni, banyak pulak drama Korea yang based on kawasan Gangrim ni Aien rasa. Selalu dengar Gangnam je. Seronoknya kawasan Gangrim ni semua gosip mak jemah tahu. Haha Kim Moo Young sebenarnya mempunyai sebuat pusat penyiasatan dan boleh dikatakan satu pekan Gangrim kenal dia dengan orang yang tak suka dedahkan identiti dirinya. 

Gong Sun Ji pulak seorang writer untuk sebuah rancangan penyiasatan In Depth 70 minutes. Bila dia ternampak Moo Young seolah cuba peras ugut budak, Sun Ji ni terus kejar dia. Dan tak semena-mena dibalingnya helmet ke kepala zombie tu. 

Abang Ipar si Sun Ji, Taek Kyun ni seorang Director yang obses dengan zombie. Semua movie yang dikeluarkan semua berkisarkan zombie. 

Bermula kisah Moo Young dengan Sun Ji ni apabila dorang dua nak buat settlement agreement atas kejadian kena tikam helmet tu. Demi untuk bayar balik, Sun Ji berjanji untuk bekerja dengan Moo Young dan kes pertama mereka adalah anak seorang pelakon hilang. Rupa-rupanya terjebak dengan sistem agama sesat. 

Masa ni Moo Young kagum dengan kelebihan dan kebolehan Sun Ji dalam penyiasatan ni. Kes mereka dapat selesai apabila paderi atau ketua kumpulan agama sesat ni dapat ditangkap. 

Jadi terus aja si Sun Ji tu bekerja di agency tersebut. Kerana keyakinan Moo Young dengan kepakaran Sun Ji, dia berani meminta gadis tersebut menyiasat masa lalunya. 

Ini kerana ketika rancangan In Depth 70 minutes ditayangkan, Moo Young terasa dekat dengan budak yang mati dibunuh oleh Santa Claus tu. Serba sedikit dia teringat memori lamanya. 


Masa memula Moo Young cuba survive di Agency itu. Haha, siap bebel lagi kenapa Goblin, Grim Reaper ada kelebihan padahal dia ni dah la miskin apa pun tak ada. Hahaha 

Lama benar tak layan drama dari KBS ni, kadang boleh tahan jugak humor dia. 



Kononnya mangsa yang ditemubual oleh Sun Ji untuk Kes Santa Claus tu, Oh Hyeong Cheol mula perasan si Moo Young ni bila si Moo Young selamatkan ibunya yang dementia. Jadi dia cuba duga adakah Moo  Young buat-buat lupa. Siap brain wash si Moo Young ni kata dia sekongkol sekali dalam kes pembunuhan tu. Padahal dia la bodyguard budak perempuan tu. 

Muka acah tak bersalah bila Moo Young dan Sun Ji rapat selangkah menyelongkar kebenaran di sebalik kes Santa Claus. 


Paling sedih sekali disangka mak si Hyeong Cheol tu rupa-rupanya mak dia. Yang telah lama menanti kepulangannya sehingga dirinya nyanyuk. 

Itu pun dia teringat bila mak dia cuba selamatkan dia bila ditembak oleh si Hyeong Cheol. Hee~ psycho betul laki bini si Hyeong Cheol ni. 

Baru la Moo Young a.k.a Min Ho dapat identiti dia sebenarnya. Masa tu, Sun Ji dah tahu yang dia ni zombie. 


Tak lama lepas tu, Sun Ji cuba nak training selera makan Moo Young terhadap manusia. Padahal orang tu dah lama tahan. Haha 

Bila kes Santa Claus dah selesai, timbul lagi hal baru seorang doktor veterinar obses melakukan satu experimen illegal. Dan doktor itu menyebabkan kematian Kim Moo Young yang sebenar dan menjadikan Kang Min Ho zombie. 

Uolls tengok la. Best jugak. Jarang la Aien nak layan cerita tak ada romance ni kan. Ha Ha sekali tersangkut pulak tengok drama fantasy begini.

Serba sedikit teringat movie yang Zombie World War Z, yang dia boleh survive dan jadi manusia semula tu. 

Sampai sudah Moo Young tak give up untuk jadi manusia semula. 

Moral of story, manusia la yang memusnahkan manusia sendiri. 😌 

24 ulasan

  1. hemsemnya zombie, nak lari pun malas lah haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha tp zombie ni siap pakai BB cream tau keluar. Haha

      Padam
  2. ramai yang kata citer ini best tapi belum berkesempatan nak tengok lagi :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh tahan best dia. Lagi² episode dia sikit je. hehe

      Padam
  3. Lamak kmk x layan ceta korea koh... takut nk terjebak klak sik tdo malam, turun keja mata kembang.. hahaha... over nk? tp masa pkp dolok layan ceta yg ada zombie ya.. The Kingdom.. pandei imagine org +ve covid pandei bertukar jd zombie gia juak.. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yoh,, the kingdom yaa kamek nak nanggar belom ada masa gik. Heavy kit version zombie yaa.
      memang kedak ya la mun sekali dah sangkut susah nak berenti.

      Padam
  4. Belum sempat tengok lagi ni. huhu

    BalasPadam
  5. i tgk kak sha pun review cita ni.. nmpk best!

    BalasPadam
  6. Dah lama tak layan Korea ni , macam best pulak cerita ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. yeay best, laki kita pyn dah terjebak tengok. haha

      Padam
  7. Nak tengoklah cite ni, baru habis layan drama melayu, lepas ni layan Korea le plak hehehehe

    BalasPadam
  8. kedak best jak..tunggu nya masuk netflix lok lah..hihi

    BalasPadam
  9. zombie tak wujud secara natural, doktor2 pakar ni pulak nak cipta zombie haha okay nanti nak tengok!

    BalasPadam
    Balasan
    1. iye doktor veterinar tu obses dengan bini dia yang dah mati tu yang dicipta virus tu.

      Padam
  10. Ala belum tengok lagi. Bestnye dah layan. Korean drama jarang tak best.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena pandai pilih jugak. Kadang susah nau nak kena dengan selera ni. Haha

      Padam
  11. ade tngk preview tapi tak sure nak continue tngk ke x drama ni..
    suka pelakon2 dia tapi genre tu off sikit hehe..

    BalasPadam
  12. nice review tapi saya tak suka sgt layan drama fantasi macam ni..hehe

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

© kisah aienienka.