SURI: Koleksi Terbaru Jimmy Scarves paling simple tapi berkualiti terbaik

Rabu, November 04, 2020

 


Suri: Koleksi terbaru Jimmy Scarves paling simple tapi berkualiti | Wah, awal kali ni boss Jimmy launch koleksi baru. Masing-masing teruja bila boss bukak gambar teaser pada semua agent dan stokis. Aien pun berdebar je risau poket bergegar minta bungkus sepasang dua koleksi Jimmy Scarves ni. 

Kali ini boss Jimmy menampilkan koleksi yang lebih simple mengikut kesesuaian permintaan sekarang. Kebanyakan golongan wanita mencari tudung mudah sarung atau paling minimal sterika. Seperti koleksi lain, Jimmy Scarves sentiasa cuba tampilkan kelainan untuk menarik minat para pelanggan di kala musim pandemik ini. 



Ini la keistimewaan Suri kalau semua nak tahu. Jimmy Scarves menyediakan dua versi untuk koleksi Suri ini iaitu tanpa awning dan dengan awning. 

Sesuai bagi pilihan sedondon ahli keluarga yang suka instant dengan awning atau tak ada awning. Macam Aien, Aien lagi suka tudung bawal instant tak ada awning. Nampak la korang ni pakai bawal jugak kan. Tapi kurang la dari segi penggunaan butang pin lebih-lebih lagi golongan mak-mak yang masih ingin tampil bergaya. 



Seperti biasa juga jarang sekali koleksi daripada Jimmy Scarves kurang dari segi pemilihan warna. Ada warna lembut dan ada juga warna bold yang sentiasa menjadi pilihan ramai pelanggan. Dan paling penting buatkan kita rambang mata nak pilih yang mana. Sebab semua nampak lawa. perempuan, perempuan..



Korang juga boleh lihat perbezaan dari segi dua versi ini. Untuk versi ada awning ni, Jimmy Scarves menggunakan material soft cotton serta premium heavy chiffon sebagai keseluruhannya dengan dua lapisan. 

Menarik kan? Untuk mereka yang tak punya konfiden hendak menyarungkan bawal instant tanpa awning, boleh pilih yang ada awning untuk sedondon dengan ahli keluarga lain. 

Lebih details korang boleh klik @jimmyscarves_skudai untuk cuci mata dan kongsi like pun tak apa. 



5 ulasan

  1. Kakmim sekali jer beli JS ni utk mak.. labuh kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iye kak Mim. Labuh dan bidang besar. sesuai bagi kita untuk menutup aurat ^^

      Padam
  2. cantik design dia.. ats kosong then bawah jer ada bunga.. so nice and simple

    BalasPadam
  3. Cantik corak dia. Banyak pilihan warna dan bidang pun besar sikit dari biasa kan.

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

© kisah aienienka.