Beli Ice Cream guna khidmat Grab food je

Selasa, November 03, 2020


 Beli ice cream guna khidmat Grab Food je | Ceritanya, sang kakak.. minta duit tengahari nak beli eksrem katanya. Pantang bebenor ler dengar bunyi cing cing dari bawah tu. Kalau di rumah nenek sana, tak apa juga boleh tahan si penjual tu. Tapi, kalau dah dok rumah burung ni. Malas bebenor ler ibu ni nak turun anak oi. 

Tengahari janjikan eskrem semata nak lenakan dorang, (teruk bebeno ler ibu ni) usai bangun tunaikan la. Masing-masing macam menuntut jer janji kan. Bukak aplikasi Grab, pilih food haaa ada pilihan Ice Cream daripada Wall's. Pahtu pilih pilihan kedai terdekat. Aien pilih dari Hup Soon. 24 minit jugak nak sampai rumah. Tapi rasanya, kali ni laju sungguh driver dia. Siap bukan yang official grabfood rider rasanya. Tapi dia guna driver grab biasa. Heee, Feel so special dapat sekotak besar kau. 

Apa ada dalam Wall's Happiness Box? 

Masa nak pilih pilihan ais krim tu ada banyak je aiskrim bekas dan set kotak tapi Aien tertarik dengan Happiness Box ni. Dalamnya seperti ada banyak pilihan. iaitu 14 batang ais krim yang terdiri daripada: 

  • 2 batang ais krim Magnum Coklat 
  • 2 batang ais krim Magnum Vanilla
  • 2 batang Solero 
  • 1 batang asian pulut hitam 
  • 1 batang asian delight sea coconut 
  • 1 batang asian delight keladi
  • 5 batang tealive boba 

Wow sangat kan? Harganya RM50 sahaja include delivery cas + tips. Sekali topup grab RM50 satu menu je lump sum habis. Haha 

Lama dah tak makan ais krim Wall's ni rasa dia lain sangat. Selalu ais krim cing cing tu dari jenama peguin tu pun dah rasa marvelous sangat. 

Nak tengok besar mana box dia tak? Aien so teruja korang, macam ada orang buat suprise je dengan kita datang kotak molek begitu. 



Siap wrap dengan kertas merah. Tengok gambar dia macam ada yang dalam bekas kan, itu ilusi semata. Haha Semua jenis batang je k. 



Wall's Asian Delight Sea Coconut. Sedap sangat yang ni. Aien suka sebab dia ada isi kelapa tu sekali dalam ais krim dia. Tapi, si Nayla dah rembat dulu. Ibu gigit sekali dua je. 

Yang lain simpan buat stok. bila hari panas sikit rembat la satu dua. Sekarang musim hujan petang. Nak makan bebanyak pulak. Dah ada peti sejuk baru, tak ada la pulak teringin nak buat aiskrim malaysia ke. Hurm.. Itu la manusia kan. 


20 ulasan

  1. memang best dan sesuaiii sangat makan aiskrim masa tengahari heheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iyeee.. Tapj sekarang asyik hujan je.. Sejuk pulak nak makan eskrem sokmo. Haha

      Padam
  2. lepas geram ke ni? habis semua aiskrim diborong..haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha Buat stok aje. Tapi musim hujan la pulak. dok je dediam dalam peti sejuk tu. Haha

      Padam
  3. Bestnya. Macam-macam aiskrim ada.

    BalasPadam
  4. beli sekotak haaaa baru berbaloi nk anta kan hehee ^_^
    rindu nk mkn eskem, lama betol xmkn..

    BalasPadam
  5. nice! i nak search juga sebab i cari byk kenal tada jual boba tu.. teringin betul nak rasa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh cri by grabfood atau foodpanda set happiness box ni. ^^ biasa je boba tu.

      Padam
    2. ala biasa ja eh boba tu? i imagine sedap gila ni

      Padam
    3. sedap gila tu tak jugak laaa. bola lagi di makan berbanding mi dia. Haha

      Padam
  6. Alang alang dah guna grab, grab terus lah banyak banyak tu. Teringin nak rasa asikrim boba tu. Tak rasa-rasa lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ramai lagi rupanya tak layan lagi eskrem boba ni. Biasa je rasa dia. macam air tu dikeraskan dalam versi lembut sikit? haa, gitu laa

      Padam
  7. Seronoknya kalau dapat sekotak terus!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah,dapat sekotak, puas hati. rasa macam orang bagi kita jer padahal bayar. Haha

      Padam
  8. Teringat pulak beli aiskrim dari grab, dia hantar kat rumah belakang. Pastu cakap delivered. Orang rumah belakang pun tak tau la samada dia amek atau orang yang mana amek, tapi memang burn lah aiskrimku. Nasib grab refund duit huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alaa, tak pergi tanya jiran ke. Yang rider tu pun tak kol yang order main deliver je. Nasib dia refund tapi kempunan jugak kalo masa tu memang betul² nak. Addooo

      Padam
  9. sekarang semua dah senang kan..asal ada duit..maka sampai la makanan depn mata..kekeke

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iye betul tu. Senang, mudah dan tangkas. Haiyooo

      Padam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

© kisah aienienka.