Drama Korea: Record of Youth (2020)

Jumaat, November 06, 2020

 


Tajuk: Record of Youth / Youth Record / The Moment 

Genre: Friendship, Family, Romance, Youth, Drama

No of Episod: 16 

Cast: Park Bo Gum, Park So Dam, Byeon Won Seok, Kwon Soo Hyun

Sinopsis: 

This is a drama about the growth record of young people who strive to achieve their dreams and love without despair in a generation where dreams have become a luxury and the passionate record of young people who beeline for their dreams in their own way, presenting excitement and empathy.


Sa Hye Joon is smart and handsome. He is a nice guy and a popular model, but what he really wants is to become an actor. He has auditioned for many acting roles, but hasn’t found success yet. Unfortunately, Sa Hye Joon doesn’t have much presence as an actor. Meanwhile, Ahn Jung Ha works as a make up artist. Bright and cheerful on the outside but lonely on the inside, Jung Ha takes out her stress and frustrations by fan-girling over idols.


AFTER WATCHING VIEW: 


Beberapa kali semasa drama ni ditayangkan menarik minat Aien untuk terjebak sama. Tapi, gigih la tunggu sampai habis sebab tak suka feeling nak menanti next episod bila hati ni dah sangkut pada drama ni. Nanti dia hilang fefeeling tu.

Makanya, here I am menghabiskan drama Record of Youth and I said, "Bravo!" Terbaik la drama ni. Memang tipikal masalah sekarang yang di hadapan masyarakat sekarang tapi dari sudut pandangan penulis skrip dia la kan. 

Sa Hye Jun , Won Hae Hyo dan Kim Jin U bersahabat baik sedari bangku sekolah lagi. Won Hae Hyo datang dari keluarga yang kaya manakala Hye Jun dan Jin U dari keluarga biasa-biasa sahaja. 

Sa Hye Jun dan Won Hae Hyo bermula sebagai model sejak taman persekolahan dan mereka sering kali menunda panggilan untuk berkhidmat dalan tentera. Biasa la kan dorang Korea Selatan ni mesti kena training dalam tentera selama 2 tahun macam tu la. Kerana ingin mencipta nama dalam industri seni, Hye Jun sering dimarahi ayahnya kerana tidak menyokong pekerjaan yang baginya tidak mendatangkan faedah itu. Ini juga kerana atok Hye Jun, juga dahulu pernah menjadi model dan selalu ditipu oleh pihak agensi. Kerana itu, Mr. Sa ni berjaga-jaga. Tapi,kata-katanya tidak pernah baik pada Hye Jun malahan sering pilih kasih dengan Gyeong Jun, si abang yang bekerjaya tetap sebagai pekerja bank. 

Seronok tengok semangat Hye Jun yang tak pernah merundum walaupun sering dibandingkan dengan rakan baiknya, Hae Hyo. Apatah lagi ibunya, Ahjumma Ae Suk ni bekerja dengan keluarga Won  ni tadi. 


Hae Hyo pulak, oleh kerana dia dari keluarga bangsawan mudah saja untuk namanya mencanak naik atas bantuan Ibunya yang suka bertindak sebagai manager tak rasmi Hae Hyo. Ibunya selalu menyibuk jer dalam apa saja jenis pekerjaan Hae Hyo. Namun, Hae Hyo menolak keras bantuan ibunya tanpa menyedari dia tidak la sesiapa tanpa ibunya. 


Jin U pulak tak banyak cerita. Sebab dia macam side kick dorang dua ni tadi. Jin U seorang fotografer yang selalu tolong Hae Hyo dan Hye Jun untuk sesi fotoshoot. Kemuncak Jin U ni apabila dia ketahuan berpacaran dengan adik Hae Hyo, Hae Na. Adooo, kawan abang dipilih jadi pacaran. Habis ngamuk mak dia kerana baginya Jin U itu bukan tandingan sepadan untuk Hae Na yang bakal peguam itu. 

Best jugak dorang tiga ni tadi, bila keluarga masing-masing kira kenal rapat la melainkan si mak Hae Hyo yang asyik nak berlagak je. Dah la cerewet nak mam. Geram pulak Aien nengokkan perangai dia ni. 


Ni la Kim I Yeong yang asyik nak berlagak je tu. Hailoo, stress jugak dapat mak begini asyik nak control hidup anak je. Macam dia dah tak ada kerja lain. Bosan agaknya. Jangan la aku jadi mak begini. haha 


Pada mulanya, An Jeong Ah tu merupakan peminat pada Hye Jun sejak dia mula jadi model. Sampai satu event dia jumpa Hye Jun dan Hae Hyo tergamam dia dan tak sangka dorang tiga boleh klik. Al-maklum la sebaya kan. Bila Jeong Ah mula rapat dengan Hae Hyo, senior di salon tempat dia kerja jeles sebab merasakan Jeong Ah curi client dia. Padahal...  


tu, yang baju putih tu. Siap suruh kawan dia pergi burukkan si Jeong Ah ni lagi. Geram je. Nasib si Jeong Ah ni bijak dan sentiasa tenang dalam mengendalikan masalah sebegini. 

Puas rasa hati bila si Jeong Ah tuang air putih dan sejuk pada Jin Ju, sang senior tu. Pergh~ kalo dah busuk memang busuk habis la. Mental dapat senior macam ni tau. 

Next! 

Permulaan 5 episode pertama menceritakan kenaikan si Hae Hyo dan kejatuhan Hye Jun yang tidak di kenali ramai sehingga dia harus bekerja part time  dalam pelbagai bidang. Bahkan kerja di Restoran Subway, jadi waiter di kedai bakar, dan menjadi pengawal. Salah satunya dia menjadi pengawal pada seorang pelakon yang pada masa tu tengah naik, Park Do Ha. Tapi sangat mempunyai perangai buruk. Macam majikan agensi model dia, yang suka tak bayar duit gaji dia walaupun dia pergi runaway. Eh, kau. 

Last, Hye Jun berhenti dan breech contract lantas tinggalkan kompeni tu. Namun, untungnya kakak kerani di agensi itu membela nasib Hye Jun bila Lee Tae Su majikan agensi model tu bekeras nak ugut Hye Jun. 

Mulanya Hye Jun yang cuba pujuk Min Jae noona untuk jadi manager dia, last-last Min Jae noona yang menawar diri apabila Lee Tae Su mengatakan bahawa ada agensi dari Paris nak Hye Jun jadi model dorang, tapi Lee Tae Su cakap Hye Jun dah berenti. ni lagi sorang kerang busuk. Annoying betul! 

Dengan nama kompeni Jjamppong Enternaiment Min Jae menjaga Hye Jun sebaik mungkin. Langkah pertama mereka berdua ke Paris dengan duit poket Min Jae noona. Bermula perjalanan Jjamppong Enternaiment dengan penuh duri yang ditaburi oleh Lee Tae Su. Geram aje kan. Dek kerana semangat Hye Jun dan usaha keras Hye Jun sendiri dalam memainkan watak sebuah movie bersama Park Do Ha, perlahan-lahan menaikkan namanya di persada seni. Lagi-lagi bila dia dapat tumbuk si Do Ha yang pernah belasah dia sebab tak jaga pintu dengan betul. Puas hati bete! 


Bila tengok keluarga Sa ni banyak betul konflik dia, sekurang-kurangnya mereka sekeluarga tidak bercakap belakang sangat. Ada je terdengar. Cita-cita Hye Jun dari model menjadi pelakon mendapat tentangan keras dari ayah serta abangnya. Ibunya saja yang cuba pujuk jadi orang tengah antara mereka. Hye Jun sering merasakan bahawa ayahnya tidak menyokong apa saja yang dilakukan bahkan tidak mengambil tahu setiap pengorbanan yang dilakukannya sedari remaja. Dia merasakan ayahnya membenci dirinya. Sedih part ni. Nasib ada atoknya juga jadi mangsa kebencian anak sendiri dek kerana dirinya tidak melunaskan tanggungjawab sebagai seorang bapa secara nyata. 

Berat bahu memikul berat lagi mata memandang. Hye Jun berjanji dengan ibunya, bahawa dia nak kerja keras untuk dapatkan duit bahagiakan keluarga mereka. Supaya ibunya tak perlu bekerja dengan keluarga Won. 

Saat carriernya mula menaik, yang menjadi tulang belakang Hye Jun masa tu, selain keluarga adalah Min Jae noona dan Jeong Ah yang masa tu dorang baru declare untuk couple. 

Hye Jun cantik naik mengapai cita-citanya, Jeong ah pulak tergapai-gapai untuk mengejar impiannya menjadi jurumekap artis. 

Seiring dengan naiknya Hye Jun, artis lain seperti Park Do Ha yang sebelum terkenal merasa tempiasnya. Apatah lagi Hye Jun berlakon dalam sebuah drama yang menjadi tarikan peminatnya. Pada ketika itu, Lee Tae Su telah menjadi pengerusi di sebuah syarikat entertaiment besar dan menjadi manager kepada Park Do Ha, menyusun rencana menghancurkan Hye Jun sedikit demi sedikit atas alasan mengajar Min Jae untuk menjadi manager terbaik dalam industri hiburan. Taik dia. Geram aku. 


Ha ha Tak cover dah yek. Emosi masih terngiang-ngiang kata-kata nista yang cuba ditaburkan oleh Lee Tae Su yang acah mangsa 'kejahatan' dan 'ketamakan' Hye Jun melalui reporter. Siap konon kata Hye Jun ni suka kaum sejenis. Pahtu ada sponsor lagi. Eeh,, kalau dia ada sponsor lama dah nama dia naik tau. Reporter tu pun satu. Tak selidik bebetul. Lagi kena dengan kematian mengejut Charlie Jung, pereka fesyen yang suka pada Hye Jun 5 tahun lalu. 

Suka watak Hye Jun, dan Jeong Ah.. Tenang dalam menghadapi masalah. Kalau sendiri berada kat tempat mereka pasti gelabah sungguh tak tau nak buat apa dah. 

Bila dah episode 10 ke atas, mula bergoncang hubungan Hye Jun dan Jeong Ah apabila artikel demi artikel dan scandal yang naik disebabkan Lee Tae Su kambing hijau tu. 

Cukup je dia berbakti pada kedua orang tuanya, melunaskan hutang, belikan rumah serta kereta untuk orang tuanya. Membuat atok dia mencapai impian untuk jadi model, serta dirinya memperolehi bilik sendiri. Hye Jun rasa dirinya cukup bahagia walaupun saat dirinya dikecam netizen. Fuh, ini lah tentang besar dorang artis Korea. Dorang naik sebab fans. Turun dan mati pun sebab fans. Sebab tu jugak ramai yang bunuh diri sebab tertekan tekanan daripada masyarakat mereka sendiri. 

Tapi, saat itu juga, Jeong Ah memilih untuk meninggalkan Hye Jun untuk memberi ruang pada Hye Jun untuk lebih tenang. Adoooh, sedihnya. 

Kesudahannya, Hye Jun mengambil keputusan untuk berehat dari dunia seni dan dunia luar untuk menyahut panggilan tentera. 

Beberapa perkara yang Aien belajar dari drama ni: 

  1. Expectation dan perbandingan masyarakat itu sangat menyakitkan. Apatah lagi dari keluarga sendiri. 
  2. Apapun kita buat sebagai ibu bapa, anak-anak harus punya kebebasan dalam memilih dan bersuara. Dan kemudian kita menilai baik buruknya. atau memimpin nya dengan betul. 
  3. Jangan kerana rasa ketidakselamatan kita, memusnahkan mental dan emosi si anak. 
  4. Tanpa keluarga siapa la kita. Baik buruk mereka, kita tetap keluarga! air dicincang takkan putus. 

Pengajaran yang hebat. Remaja adalah satu peringkat mana dia rasa dia betul. tapi, perlahan-lahan kita menjadi rakan mereka dan mendengar luahan mereka. Sampai satu peringkat mereka akan ingat apa kebaikan kita buat pada mereka. 

Macam masa Hye Jun dapat anugerah pelakon lelaki terbaik, masa ucapan dia cuma ucapkan terima kasih pada atok dan sayangnya pada ibunya saja. Tidak disebut nama ayahnya padahal ayahnya ada di situ. Dia bukan sebab benci, tapi dia merasakan tak ada asbab nak mention kot sebab ayahnya melarang kerad siap baling seplastik daging dan melempang dirinya suatu ketika dahulu. 

Anak tak minta banyak. Cuma mahukan perhatian. Aien tak tahu la kalau Aien juga akan bersikap begini sebab insecurity yang ada dalam diri ni boleh jadi turun temurun kalau tak dicegah. Allah~ 


Ini masa ayahnya sedar kesalahan yang dilakukan dia sebagai seorang bapa. Dek kerana dia tidak menerima perhatian dari atok si Hye Jun tu diturunkan pada anak. Last, bila Atok si Hye Jun ni berjaya menjadi model dan mula memberikan wang saku kepada anaknya dan masa dia menerima anugerah best new senior model, atoknya berkata dia buat semua ni supaya anaknya memberi peluang pada dirinya untuk menjadi seorang ayah yang baik. 

Pheeewww~ Warm hug is the best comfort ever. At the end. Zaman muda remaja adalah satu fasa mana kita semua akan dan pernah lalui, apa yang baik dan jahat pada fasa itu pasti kita kenang dan ianya menjadi sebuah memori pada kita. Sekiranya kita ibu bapa, jadilah contoh terbaik buat anak. Jika kita anak, buatlah baik pada ibu bapa kita kerana mereka juga tak lepas dari melakukan kesalahan. 

Parenting is not about right or wrong, it's about love and warm hug - unknown. 


12 ulasan

  1. wo many things to learn dgn 16 episode ni , bestnya! your review buat i nak tgk juga..aduh too many in the list ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yah, too many jugak. buatkan I download je mana nak tengok, ikut mood kadang nak genre begini, kadang nak genre begitu. Haha

      Padam
  2. Lelaki kalau tenang hadapnprob ni otomatik hensem. Ahaks

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha Tenang dia tu.. selalu jugak menangis tengah malam.

      Padam
  3. dah plan nak tengok drama ni sebab ada park bogum..haha
    nice review aien :) ♕Tiara Sapphire♕

    BalasPadam
  4. Macam menarik je ceritanya. Episod tak berapa banyak tu macam boleh tengok. Sebab ada Park Bo Gum. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeah, candy eye betul si park bogum ni. ada beberapa scene boleh di screen shot Haha.

      Sedih bila tengok dia nangis seorang-seorang..

      Padam
  5. parenting ni tak mudah kan sebab lain anak lain sikap dia dan lain cara dia nak membesar. Kesiannya dia sampai kena lempang, baling daging bagai. Anak mungkin diam tapi dia memendam sampai ke besar. Terganggu emosi dengan mental health dia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu la. dia kena masa dia besar, jadi bila dia berjaya sikit pun nama bapak dia tak mention. Terasa si bapa. Haha

      Padam
  6. Ada So dam.. Cam best je.. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeerrr. Kalau ada dia tak pernah jemu tengok. Hehe tapi mcm pelik tengok dia rambut panjang. ^^

      Padam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

© kisah aienienka.