MOVIE: CoDe 8 (2019)

Khamis, November 05, 2020

 


Tajuk: Code 8 

Genre: Sci Fi / Fantasy 

Masa: 1 jam 35 minit

Cast: Robbie Amell, Steven Amell, Sung Kang, Chad Donella

Sinopsis: A desperate young man possessing special power clashes with a police force after commit petty crime. 


My point of view


Macamana yek nak cerita. Cerita sci fi ni seronok nak ditonton nak cerita balik eh, tak pandai betul la. 

Movie Code 8 ni adalah sequel dari film pendek hasil daripada pengarah yang sama iaitu Chris Pane. Menceritakan tentang masa tu populasi daripada 4% manusia dilahirkan dengan abiliti super power seperti healer, elektrik, tembok dan sebagainya la. Connor Reed ni dilahirkan dengan kuasa Elektrik dan dengan kuasanya itu dia bekerja mencari wang untuk tanggung perubatan kanser ibunya. Ibu Connor mengajar beliau untuk tidak terjebak dalam bidang yang kotor kerana tidak membawa apa-apa keuntungan pun. 

suatu hari, Connor ditawarkan satu pekerjaan yang memerlukan kuasa elektriknya. Walaupun dipesan oleh kawan supaya jangan terlibat dengan mereka yang menawarkan pekerjaan itu, Connor tidak peduli. Yang penting habuan yang ditawarkan selepas pekerjaan itu cukup baginya untuk membantu ibunya. 

Namun, langit tak selalu cerah. Apabila pihak polis mensyaki Connor tapi tidak mempunyai bukti yang kukuh. Selepas satu demi satu perompakan dilakukan Connor dan rakan barunya. Mereka merancang untuk merompak bank demi membayar hutang pada majikan mereka. 


Dorang ni macam ngedar dadah yang bernama Psyke tau untuk mereka yang mempunyai kuasa ni. Marcus Sutcliffe yang telah beberapa kali dihancurkan kilangnya oleh pihak berkuasa, cuba untuk bangun semua dengan bantuan sepupunya, Garret. Tapi, dalam diam Marcus ni seorang yang tidak mempunyai setia kawan dan sering mahu untung sendiri. 

Sebelum cubaan merompak Bank, Garret telah melatih Connor untuk menggunakan kuasanya sebaik mungkin. Jika mungkin dia mempunyai kuasa Elektrik, tapi tahap kuasanya masih berada di peringkat pemula. Dengan bantuan Garret akhirnya Connor berjaya menjadi manusia Elektrik tahap tinggi.

Malangnya, saat hari perompakan bank dilakukan, sebahagian wang yang dikatakan lebih dari setengah juta dalam peti simpanan bank tersebut telah dipindahkan bahkan Garret dan geng cuma perolehi 10% sahaja dari hasil yang dibayangkan. 

Marcus cuba menyalahkan Garret kerana tidak membuat tugasan dengan baik. Bahkan cuba untuk membunuh Garret. Tapi, disebabkan Connor bijak, walaupun dia telah disoal siasat oleh pihak berkuasa dia cuba merancang perompakan seterusnya yang melibatkan Psyke milik Marcus yang hendak dihancurkan oleh pihak berkuasa. 


Tanpa disedari Garret dan Connor, Marcus merancang untuk membunuh mereka sebaik saja perompakan itu berjaya di lakukan. Nasib baik Garret dan Connor dapat selamatkan diri namun kehilangan dua rakan lain. Dek kerana rasa diri dipergunakan, akhirnya Connor menjadi tali barut untuk menangkap Marcus dan konco-konconya yang lain. 

Okay, ingatkan dapat lakan si officer Park tu tangkap si Marcus, sudahnya movie ini tamat begitu saja dengan Marcus akhirnya mati. Sememangnya si Marcus ni memang dah sakit. Tapi dia menyimpan seorang berkuasa Healer untuk merawat sakitnya. Jadi pada hari kejadian tu, Mia sang perawat tu cuma melihat saja Marcus mati sendirian selepas orang kuatnya mati dikerjakan oleh Garret dan Connor. 

Ingatkan Connor nak bawak si Mia untuk rawat kanser ibunya, tapi sudahnya ibu dia mati juga. Macam..... 


Mungkin ada sambungannya lagi sebab Connor ni macam pesan dengan ibu dia supaya sentiasa pantau dan tegur dia bila dia buat jahat. Macam nak tahu pulak apa next sequal ni. 

Nak kata plot cerita ni kuat, macam tipikal cerita sci fi yang lain. Tapi Aien suka. haha Next please~ 


8 ulasan

  1. aduh...sad part tentang ibu dia mati tu. i mcm takleh nak handle.. even tak tgk lagi but can imagine

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iye, sedih sekejap je la sebab macam tak panjang scene tu. Macam... krik krik pun ade. Haha

      Padam
  2. Tak tengok lagi cite ni.. Boleh try lepas ni..

    BalasPadam
  3. mungkin akan ada cerita macamana mak dia ada dan dia ada superpower dan kenapa mak dia sakit pada awal permulaan cerita ni. banyak juga persoalan dalam cerita yang kurang faham sikit. Ingat ingat lupa cerita ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iye betul tu. Cerita dia mcm tergantung serba serbi.

      Padam
  4. nanti abe kie nak download dari Telegram la...

    BalasPadam
  5. boleh abe kie. Aien pun donload dr tele jugak. Haha

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

© kisah aienienka.