Hi, Assalamualaikum | Bila dah sudah tengok drama gandingan Hyun Bin dan Son Ye Jin, ada rakan merekomenkan filem mereka berdua pulak.


Sinopsis: 

An Ace crisis negotiator attempts to figure out the real motivation of a man who has kidnapped two people and crack his calm demeanour.

-kredit: wiki


REVIEW AIEN: 

Memang wow, dan terima kasih pada akak yang suggests-kan filem ni. Macam sinopsis Han Chae Young ( Son Ye Jin) adalah seorang polis. Pada awal filem ini, menunjukkan Chae Young kena berinteraksi dengan dua penjenayah yang cuba membunuh orang awam selepas merompak rumah mereka. Akan tetapi, Chae Young gagalkan menyelamatkan hostage kerana ada di antara penembak senyap memulakan tembakan. Dek kerana kegagalannya itu, Chae Young mengambil keputusan untuk berhenti kerja kerana lelah melihat orang mati di hadapan matanya sendiri. 

Sebelum dia berhenti, dia cuba berbincang dengan orang atasannya (Kapten Jung) tentang kes rompakan tersebut, tapi Kapten Jung bergegas hendak pergi bercuti. 

Pertengahan cerita, Chae Young dipanggul oleh Ketua Polis dan tanpa apa-apa maklumat dia diminta menjadi pengantaraan dengan seorang pengedar senjata Korea iaitu Min Tae Gu. 


Apa yang mengejutkan Chae Young adalah Kapten Jung menjadi tebusan pada penjenayah tersebut. Bila rundingan tidak berjaya, Kapten Jung mati ditembak oleh Tae Gu ni tadi. Dan Chae Young sedih sangat. 

Kemuncak cerita ni adalah bila Chae Young bersama pasukannya, menyiasat apa sebenarnya di sebalik perbincangan dua hala ni tadi. Rupa-rupanya ia melibatkan kes rasuah di kalangan orang atasan kepolisian, dan Tae Gu sebenarnya sedang membalas dendam atas kematian adiknya. Yang mana kes rompakan yang Chae Young gagal selamatkan hari tu. 

Phew~ plot twist la bila dah masuk second half filem ni. Dan seperti biasa la cerita ada Ye Jin ni pasti ada menangis dan ending dia, sangat tak dijangka. 

Cerita ni berbaloi jugak la nak tengok. yang pertamanya bagi peminat Hyun Bin, dalam ni dia macho sikit jika nak dibandingkan dengan dalam drama. Bila dah tengok dorang dua sweet-sweet gitu, moh ler beralih genre aksi pulak dengan mereka ni. Pasti puas hati la sikit. 

Jangan lupa baca : Crash Landing on You

8 Ulasan

  1. movie ni dalam list lagii ^^

    BalasPadam
  2. memula tengok poster ingatkan chen bolin..hehe

    BalasPadam
  3. Nak tengokkkk. Suka jalan cerita macam ini.

    BalasPadam
  4. ok masuk dalam list. sekarang ngah dok tengok drama Black. haha

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.