CHINESE DRAMA: ETERNAL LOVE OF DREAM (2020)

Rabu, Mac 25, 2020


Hi, Assalamualaikum | Seperti yang dijanjikan, sudah tonton buat la reviewnya. Nah, aku di sini dong~ 

As much as you may know, drama series Eternal Love dari China Mainland ni banyak sangat sequel dia. Kalau tak silap, ianya adaptasi daripada novel terkenal dari negara sama, Three Lives  Three Worlds, Ten Miles Peach Blossom yang ditulis oleh Tang Qi Gong Zi. 

Beberapa tahun lepas, Aien dah tengok yang first series dari drama ni, iaitu Chinese Drama: Eternal Love (2017)  Kan dah kata dorang memang akan buat sequel versi Fengjiu (anak buah kepada Bai Qian) dan Emperor Dong Hua. Nah, lama juga kan nak tunggu. 

Mungkin ada juga tak suka tengok drama china ni sebab meleret kadang-kadang. Well, we got plenty time here. PM tambah lagi dua minggu. Lepas ni nak tengok apa lagi?

Info drama: 



Title:  Three Lives, Three World, The Pillow Book (Eternal Love of Dream)
Genre: Wuxia, Fantady, Romance
Episode: 56 Episode
Cast: Dilraba Dilmurat, Gao Weiguang
Sinopsis: 2000 years love story of Bai Feng Jiu and Dong Hua Din Jun


Review Aien: 

Again, me dengan kegigihan menghabiskan drama is the other way to find my "me time". 

Yeay! Finally, The Pillow Book dah ditayangkan. Masa tengok kisah Bai Qian dan Ye Hua tu, curious betul la macamana ending Dong Hua Din Jun yang Ice Face dengan Feng Jiu yang nakal ni. Comel sangat. 

Dilraba Dilmurat ni, memang lately cerita dia banyak sangat sebab muka dia unik dan dia sangat comel. Lagi-lagi dia bawak watak nine tails fox yang memang nakal ni. Eee~ 

Back to our story, bila kita dah tunggu sesuatu drama, confirm kita ada the higher expectation untuk drama ni. As usual, sama ja dengan Eternal Love yang lepas, cuma kisahnya beralih dimensi pulak. Dalam series ni, banyak sangat kisah cinta yang di-highlight kan, sampai kita ( as me je kot) nak tahu how they begin and how will they be. Gitu~ 

Tribute perjalanan drama:

Dong Hua Din Jun, Emperor yang terkenal dan paling kuat di Eight Sea and Four Dessert dan  dikagumi ramai fairies sampai semua memang berangan nak rapat dengan dia. Again  dia the Ice Face susah sangat nak rapat dengan orang dan asyik nak sarkastik je kerja dia. Buat orang nangis tu memang kerja dia. Sehingga la, hadirnya Feng Jiu dalam kehidupan seharian Dong Hua. 

Bai Feng Jiu, merupakan puteri tunggal untuk generasi ketiga dari Fox Clan selepas Bai Qian. Sangat nakal dan ada saja idea nakal dia tu. Sampai dia rasa nak pergi approach the Ice Face, yang memang menjadi idola-nya dan cinta pertamanya. 

Mula dia merayu pada Si Ming, tukang tilik (ke peramal gitu) juga kawan baik kepada Fox Clan, untuk seludup dia masuk ke Tai Chen Palace, tempat kediaman Dong Hua Din Jun di Sky Kingdom sebagai seorang maid. Siap janji, dia takkan buat apa-apa pada Dong Hua Din Jun ni dengan Si Ming. Sebab kesan pada kreditibiliti Emperor ni nanti. 

Bila orang terkenal dan sememangnya kacak, walaupun Ice Face gelarannya pasti ramai saingan untuk Feng Jiu ni, lagi-lagi tiada siapa kenal dia sebagai Puteri QingQiu buat masa ni. 


Rival Pertama - Princess Zhihe adik angkat kepada Dong Hua Din Jun yang kematian ibu bapa dan diangkat oleh bapa Princess Zhihe. Bila dia rasa dia dekat ngan Dong Hua Din Jun, dan selagi bukan dia menjadi Empress, tiada siapa boleh. Sehingga la dia rasa dia memang takkan dapat perhatian Dong Hua walau apa sekalipun dilakukannya. Untuk itu, memakan beberapa tahun juga selepas dia hilang keistimewaan daripada Dong Hua sendiri. 


Feng Jiu rasa Princess Zhihe ni lebih-lebih sangat sampai bila dia dah kembali ke Sky Kingdom sebagai Princess of Qingqiu, dibuli dia balik Princess Zhihe ni atas perasaan semberono dia masa Feng Jiu jadi little fox, haiwan peliharaan Dong Hua. 


Rival kedua - First Princess demon Clan, Princess Ji Heng yang nak dikahwinkan dengan Dong Hua Din Jun oleh King Demon iaitu abang kepada Ji Heng. Disebabkan bapa Princess Ji Heng merupakan kenalan ke apa ntah pada Dong Hua Din Jun, dia terima sebab nak rawat Princess Ji Heng yang dah terkena racun mende ntah. 


Feng Jiu selalu berkecik hati atas layanan Dong Hua Din Jun pada Princess Ji Heng. Terasa diri dia diabaikan oleh Dong Hua bila ada kehadiran Princess Ji Heng. Sampai dia tiga kali jumpa balik dengan Ji Heng ni pun, dia sentiasa rasa Dong Hua Din Jun ada perasaan pada Princess Ji Heng. 


Rival ketiga - Miao Lou a.k.a Banshee kot, yang dikurung oleh Dong Hua Din Jun sebab mungkin dia bawa kemusnahan pada keharmonian antara Heaven and Earth. Banshee ni selalu nak musnahkan Dong Hua yang dirasa terlalu angkuh dengan pangkat yang dia ada padahal dia rasa terancam sangat Dong Hua akan konker realm. kot. Bila dia tahu kelemahan Dong Hua Din Jun, iaitu Feng Jiu ni makin dia rasa Dong Hua tak layak untuk kurung dia. 


Untuk Banshee, Feng Jiu tak rasa terancam sebab dia tahu Dong Hua takkan layan mana-mana sexual attractive ni. Kecuali perempuan psiko yang obses. Haha 

Kesimpulannya drama Eternal Love of Dream ni, memang dream sangat, sebab antara Emperor yang hebat dan Little Goddess yang baru nak naik. Umur pun jauh na beza. Haha 

Untuk turut terjebak dengan sequel yang terlalu meleret dan banyak sangkut paut dia kalah politik yang hado, kena mula dengan movie dia. Sebab Aien juga begitu dulu.

Baca sini macamana nak tahu: Once Upon A Time

Bila dah mula curious, boleh go on dengan the next series. Giteww~ Nak tahu Feng Jiu dan Dong Hua ni dapat bersama atau tak, kena la tengok kan. Jangan bosan-bosan pulak kat rumah tu. Aien pun dah boring nak masak. Haha

Nak try tengok ada satu sequel tu, macam barisan pelakon yang sama, tapi tak tau sequel dia juga ka tak. Nak tahu yang mana? tunggu ye..


15 ulasan

  1. tengok total eps pun dah rasa pening kepala.. hahaha.. gigih betul aien menghabiskan drama ni !

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha tengok macam banyak, tapi tak boring. Kalau ye, fast forward kan. ^^

      Padam
  2. dalam drama dulu ending diorang sedih kan? tak tahu nak tengok ke tak sequel ni, banyak sgt episode..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedih sekejap. Tapi, sambung dalam ni dorang kawen jugak. siap ada anak seketul. ^^

      Padam
  3. 56 episod, boleh tahan tu Aien.. hehehe best jalan cerita dia..

    btw shu nak ajak Aien join segmen shu : https://www.ibucida.com/2020/03/segmen-bloglist-2020-cida.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. bedt jalan cerita dia. Susah Aien fast forward melainkan part opening n ending. ^^

      Okay, jap ye..

      Padam
  4. Kadang best jugak kalau dapat ralit berdrama. Tapi ku tak mampu skrg ni anak kecik2 takmaunye fokus hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak fokus sangat sis Ninja. Saing dengan anak share satu laptop, kartun dia sebelah, drama mak dia sebelah. haha kalau tak gado. ^^

      Padam
  5. Panjang sangat drama nie.. hehehe.. Tapi suka pelakon perempuan tu.. comel..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan.. tak berasa sangat panjang dia sebab hero dia hensem.. hehe

      Padam
  6. amboiii rambot heroo dia.. kemain putih berkilat bersinar panjang gituuu hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. lawa kan... haha kalah rambut kita.. ^^

      Padam
  7. Hai aien.. Salam kenal.. Sy khatam 2 kali tgk elod ni... For me best sgt... Rasa mcm nk order buku dia kalo ade eng version.. X boring kalo kite mmg layan dr awal... Suke sgt tgk karektor dong hua di jun dlm ni... Cume semak dgn kehadiran ji heng yg mngade tu n c zhi he yg prasan.. Also c miou luo yg x abis2 nk attack dong hua... In love btl dgn series ni... Cuma sy x tgk lg series2 yg lps... Rase mcm xnk tgk sbb tgk cutting2 video kt utube dong hua mcm x crazy in love sgt dgn feng jiu mcm kt dlm elod ni...tp xtau la mgkin akn tgk jgk kot sbb pkp lama lg... Huhu
    Tq aien for sharing this review...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan kan? Aien pun dah dua kali tengok sepanjang PkP ni. Haha

      Padam
  8. Is dah khatam cerita ni bila tengah boring tak tau nak tonton drama apa. memang terjebak dari drama eternal love lagi. dua2 drama memang sangat besttt.

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

© kisah aienienka.