K-DRAMA REVIEW | Crash Landing On You (2019)

Ahad, Mac 01, 2020



Crash Landing On You Review | Hi, Assalamualaikum 

Bila dramanya telah tamat ditayangkan, baru enak nak muat turun dan lihat terus tanpa henti. Gitu~ Sejenis yang lebih suka muat turun daripada menonton di atas talian. Aneh kan? 

Cerita viral Aien gelarkan drama Korea Selatan ni. Sebab apa? Kerana rating episod terakhir drama ni dikhabarkan mengalahkan rating drama daripada channel yang sama pada tahun 2016 kalau tak silap, iaitu Goblin. Waa, Goblin tu memang best, dan membuatkan Aien tertanya apa yang menyebabkan drama ni lagi tinggi rating dia? Maka, kita kena tengok sama-sama. 

Pada mulanya desas desus trailer drama ini dikeluarkan, memang dah simpan azam la nak tengok drama ni, tapi bila mengenangkan pelakon wanita utama dia tu adalah Song Ye Jin, terbantut kejap hasrat? Pasal apa? Ye jin ni boleh dikatakan 'Ratu Air Mata' dalam mana-mana drama yang dia lakonkan. Konfem punya sedih tahap babeng gitu... Tak tahu la ada drama dia yang Aien tak tengok yang tak sedih, tapi itu la yang Aien nampak. Dek kerana Hyun Bin yang macho lagi kacak, eceeehhh Aien gigihkan diri untuk mula menonton. 

Dan tak diduga permulaan cerita ini penuh dengan adegan kelakar. Dengan anak ikut ketawa bila tengok Ibu dia ketawa. Pandai kan penukis skrip dia menarik minat penonton untuk terus mengikut siri ni. 

Sinopsis drama Crash Landing On You: 

Yoon Se-Ri (Son Ye-Jin) is an heiress to a conglomerate in South Korea. One day, while paragliding, an accident caused by strong winds leads Yoon Se-Ri to make an emergency landing in North Korea. There, she meets Ri Jeong-Hyeok (Hyun-Bin), who is a North Korean army officer. He tries to protect her and hide her. Soon, Ri Jeong-Hyeok falls in love with Yoon Se-Ri.

-kredit: Asianwiki

Review Aien: 

Konklusinya drama yang sememangnya bergenre romantik, kekeluargaan dan persahabatan ini cukup sesuai dilayan pada hujung minggu. 

Se Ri yang menjadi mangsa antara perebutan jawatan CEO di kalangan abang-abangnya, Se Jun dan Se Hyeong. Bila dia pergi untuk merehatkan minda dengan parasailing, namun jatuh kerana cuaca yang teruk. Yang lagi teruk apabila jatuhnya Se Ri itu di sempadan Korea Utara. 

Bila dia berjumpa dengan Kapten Ri Jeong Hyeok, yang menjadi kesayangan para Ibu-Ibu di desa Militer kerana wajah tampannya. 

Di samping anak-anak buah Kapten Ri yang juga terlibat dalam penyembunyian Se Ri ni. Berusahanya Kapten Ri ni cuba menghantar Se Ri kembali ke tanah airnya tanpa sebarang masalah namun ada daja dugaannya. Mengikut jalan air - ditahan oleh Direktor Militer sendiri. Jalan Udara - yang dibantu oleh ayah Kapten Ri sendiri, Se Ri tak nak berganjak dek kerana Kapten Ri terluka kerana cuba menyelamatkan Se Ri dari ditembak oleh orang upahan abangnya Se Hyeong yang tamak nak konker syarikat ayah mereka.

kredit: pinterest

Sedih betul la part ni. Masa ni Se Ri dah nampak suka dengan Kapten Ri ni, tapi dalam proses menidakkan. Sudahnya, jalan terakhir untuk menghantar Se Ri kembali adalah jalan darat - iaitu merelakan diri ke barisan hadapan di perbatasan, masa tu la Se Ri dapat kembali dengan selamat.

Itu part sweet cerita ni la, yang mana baru je sebahagian la Aien kisahkan. Banyak lagi yang korang kena tengok sendiri. Mana aci tak nak cerita semua.

Bahagian sedih, yang mana jadi satu kewajipan lakonan Ye Jin ni satu masa dorang berpisah di perbatasan. Ketika Se Ri dihantar pulang oleh Kapten Ri. Keduanya masa Se Ri sakit, dan masa tu dengar monolog maknya yang nampak macam hati beku dengan satu-satu anak perempuan dia, tapi sebenarnya kasih Ibu tiada galang gantinya. Sob sob Aien tengok. Kalau antara Kapten Ri dan Se Ri ni, masa tu demi tidak melibatkan Se Ri dalam permasalahan mereka memasuki Korea Selatan secara sembunyi, Kapten Ri berkata kasar dengan Se Ri. Padahal orang tu tengah dalam usaha pulih dari kena tembak.

Huwaaa~ dan Se Ri di tahap kritikal, masa tu Kapten Ri sedar yang dia sayang sangat dengan Se Ri.

Penghujung 

cerita ni, semestinya happy ending kan, walaupun ada sesetengah netizen berkata tak seperti di trailer yang mana mereka berkahwin dan ada anak, manakala di drama cuma setakat itu saja. 

Tapi tak mengapa, janji mereka bersama walaupun pergolakan antara negara mereka tidak menjadi penghalang. Sweet kan?

Bila disingkap kembali, rupa-rupanya Yoon Se Ri dan Ri Jeong Hyeok ni pernah bertemu, eh bertembung tapi tak bersemuka tujuh tahun yang lalu.

kredit: pinterest

Seolah pertemuan mereka kali kedua ni, kerana takdir jodoh mereka. Ecehh~

Dah la macm panjang sangat dah review ni. Apa-apa pun drama ni berbaloi untuk ditonton jika diambil kira dari segi humor, jalan cerita, pelakon serta skripnya sendiri. Sesekali drama dari channel TvN ni tak pernah mengecewakan la.

Korang jangan lupa tengok tau! Tata titi tutu..

Baca juga: Kdrama: Hotel Del Luna




12 ulasan

  1. memang best drama ni. saya pun dah habis tengok tapi malas lagi nak tulis review..hehe ♕Tiara Sapphire♕

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha Rasa excited nak tulis review tu, sampai simpan dalam note. Haha

      Padam
  2. Ada tengok part 1 saja. Macam slow saja dramanya so saya tidak teruskan tengok.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huish mana slow. Lawak juga untuk first two episode. Haha

      Padam
  3. alaaa aien dah tengok! Tak sempat nak tengok lagi drama ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha cepat la tengok. Nak baca review Pana pulak. ^^

      Padam
  4. ok baru start download nt nk layan jgk la.. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan nangis tau. sekali dah tengok kalo berhenti asyik teringat aje. ^^

      Padam
  5. drama ni memang awl-awl dah mark tapi... mood nak tengok belum smpai hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama la kita. nasib dah sampai seru sebab member asyik spam kat status wassep ke gambar cute-cute dorang ni.

      Padam
  6. Belum masuk dalam list lagi drama ini.. mood tak berapa nak layan drama sweet sweet.. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh je. Cite viral ni lama demam dia masih efek.. ^^

      Padam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

© kisah aienienka.