CHINESE DRAMA: THE GHOST BRIDE (2020)

Khamis, Mac 05, 2020

kredit: google


H
i, Assalamualaikum | Sejak dua menjak ni kerja cari drama yang episod-nya kurang daripada 16 atau sikit je la. Senang nak tengok.

Sinopsis The Ghost Bride: 

In 1890s Malacca, Li Lan Finds herself in the afterlife; she became mired in a mystery linked to the sinister, deceased son of a wealthy family. 
kredit: wiki


Barisan pelakon: 


Mengabungkan pelakon dari Malaysia dan juga Taiwan, menjadikan drama ini sangat menarik untuk ditonton apatah lagi bergenrekan historical, horror dan juga kekeluargaan. 

Mempunyai sekadar 6 episode dan mungkin ada siri kedua pun tak pasti sebab ya la, netflix original series kan? 


Review Aien:

Pan Li Lan, gadis biasa-biasa jatuh cinta pada Lim Tian Bai, anak keluarga kaya kampung. Biasanya keluarga kaya ni mesti ramai nak kan. Tapi, ini bukan kisah Li Lan dan Tian Bai. 

Li Lan yang sering dihantui oleh Tian Ching sehingga demi menyelamatkan bapaknya yang tersekat di Netherland, dia berusaha untuk mencari siapa pembunuh Tian Ching. Diikat perjanjian selama 10 hari, Li Lan harus segera mencari agar bapaknya kembali pulih.

Ketika sibuk mencari bukti dan titik pemula di kediaman keluarga Lim, Li Lan terjumpa seorang lelaki, yang menyakinkan dia adalah orang gaji di rumah keluarga Lim itu.

Yang sebenarnya merupakan Heavenly Guard yang dihantar untuk menyiasat kes Tian Ching yang bermewah-mewah di Netherland tanpa ke muka pengadilan.

Bunyi macam mengarut, tapi rasional sampai mati pun ada juga kes rasuah. Adeh~ Tian Ching yang kaya dek kerana Ibunya sering membakar duit untuknya membuatkan diri terfikir logik kah?

Er Lang, Heavenly Guard yang sering diganggu oleh Li Lan turut berusaha menyelesaikan kes Tian Ching ini, menyebabkan diri kejap terfikir kakak Tiri Tian Ching, Yan Pong yang jahat. Ah~ sulit menebak siapa sebenar pembunuh Tian Ching.

Jalan cerita yang menarik membuatkan diri asyik fast forward dan backward mana yang nak ditengok, dan bila tak faham patah balik. Ala~ 6 episod je.

Setelah sekian lama tak melihat Angelina Tan berlakon, korang boleh tengok dia dalam ni, menjadi seorang mak yang terlalu taksub menyelamatkan anaknya sehingga mati anaknya masih juga dimanja.

Ingatkan kesudahan Li Lan bersama dengan orang yang disukainya sejak remaja, Tian Bai tapi di sebaliknya berlaku.

Oh, best la macam ni. Sangat tak boleh nak dilangkau fikiran walaupun cerita Malaysia. Wajib tengok tau ni. Buka minda baru. Eceh~ bukan menghasut tapi mengajak.. Sempena cuti sekolah yang bakal mendatang, kita pun bukan boleh ke mana sebab virus ncoV - 19 makin berleluasa, jom masuk dalam wishlist untuk ditonton nanti.

Jaa Nee!

14 ulasan

  1. macam menarik jeeee... bookmark jelah duluu haha

    BalasPadam
  2. sama la ngan kak, letih sangat kalau banyak2 episod. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha Kan? Kadang boring tengok episode meleret ni.. ^^

      Padam
  3. mcm best jak tok.. suka cerita mcm tok.. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. bah, boleh tangga tok k cuti hujung minggu… ^^

      Padam
  4. Kene daftar Netflix ler nampaknya. Banyak cerita menarik :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. gitu la ace gayanya. Tapi, boleh aje cari source lain. Haha

      Padam
  5. Salam perkenalan aienie.. macam best je cerita ni..^^ btw, saya follow ye..

    BalasPadam
  6. free2, jom singgah blog saya..^-^
    https://haziqahadevin.blogspot.com/2020/03/makan-malam-di-restoren-terapung-fazdla.html

    BalasPadam
  7. Hana honestly tak pernah langsung layan drama chinese hehe but nice review kak!! ;) ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haa, cuba layan sikit. Mana tau berkenan. Eh, menghasut pulak. _^

      Padam
  8. nanti mau tengok. hari tu mau tengok tapi anak tak kasih. sekarang sangkut pula dengan drama lain. haha

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

gallery @aienienka

© kisah aienienka.