REVIEW: MORGAN VACUUM HANDHELD

Ahad, Disember 23, 2018
Hi~ Assalamualaikum | 



Ingat lagi minggu lepas Aien kata nak review pasal penyedut hampagas yang Aien beli masa sale 12.12? Jom.. Kita terjah! 


 Keadaan kotaknya selepas di ambil. As I told you last week, penyedut ni patutnya sampai  Jumaat lepas which means it's just take two days for delivery to you. Such fast delivery. Sayangnya, Aien pulak yang tak ada kat rumah. Makanya, Khamis minggu lagi satu baru amek. Ini la dia. Reaksi pertama bila tengok orang Gdex tu bawak keluar dari stor dia, O M G, comel je kotak dia.. Takut jugak dalam hati. In case ada part yang tak ada ke apa. Over all, semua lengkap macam gambar di bawah. :)

  
Dalam kotak itu, isinya ada lima termasuk warranty penyedut hampagas ni tadi. Dan jangan risau, if dia rosak ke apa, ada gerenti pulang balik dalam masa 14 hari dan jug warranty selama satu tahun. But, Aien tak tahu la mana nak cari store dia. Sebab dia tak ada cop ke pa kat warranty kad tu. Cuma kosong macam tu je. Sedih! Selain dari tu, korang jugak boleh tengok, ada batang pemegang yang perlu disambungkan ke badan penyedut tu. Dan seterusnya adalah dua jenis muka untuk sedut segala sampah yang ada iaitu muka leper dan muka muncung. As usual penyedut hampagas yang lain, leper tu untuk kawasan yang luas dan rendah serta bawah-bawah sudut yang tersembunyi. Untuk yang muncung sudut-sudutnya si leper ni tak dapat pergi tadi. Pahe dok? 


Taraaa!! Ini la rupa dia selepas di sambungkan. Macam kecik je kan. Sesungguhnya ia sangat comel. Percaya lah! Comel-comel dia, sedutan dia sangat kuat. Anda pasti berpuas hati dengan harga bawah RM70. 


Last but not least, nak tengok betapa comelnya dia, ketinggian di paras tu je. Kalau dengan Aien pulak takat dada ja. haha Maknanya Aien pun comel. >•<

Secara keseluruhan kepuasan membeli produk ni, sangat berbaloi dan sesuai la dengan harga dia. Bagi mereka yang bekeluarga kecil, dan risau habuk berterbangan masa sapu sampah, boleh guna yang ni. But, yang penting sekali. WARNING:: Anak korang ada yang pegang cause this thing make a loud sound. Nyonya Nayla terkencet dengar. Habis balas dengan siren dia yang dah kembali sejak semalam. 

Lepas gunatu, wayar dia boleh saja dililit pada belakang batang pemegang tu. Senang! Mudah! Sungguh puas hati. Berbaloi laa.. 

Tunggu Lazada buat sale lagi, kita rembat barang letrik lain lagi. Sebelum tu, meh kumpul duit dulu. 




6 ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤