BAWA NAYLA PERGI TG. PIAI, PONTIAN

Khamis, Disember 27, 2018

Hi~ Assalamualaikum

Cuti Krismas hari tu, kisahnya kami sekeluarga balik kampung nenek Nyonya Nayla di Pekan Nenas. Yela, minggu lepas tak ada balik sampai atuk dia cakap, "Tak balik Nayla ni..."  Nenek dia memang dah tahu kitaorang tak balik. hee~ Kesian Atuk tunggu Nayla. 

So, walaupun cuti sehari je. Balik la kejap, memandang hujung minggu ni pun tak dapat balik lagi sebab Tuan Izwan ada job. 

Kisahnya bila dah sampai ke kampung, Aien cakap dengan Tuan Izwan nak pergi Tg. Piai yang katanya sekarang ni tengah syiok air pasang. Melimpah sampai ke luar kawasan parking. Dari tahun lepas nak pergi, tak kena dengan masa cuti je, tu yang asyik terlepas. Alhamdulillah kali ni kena, makanya wajib jugak tu kena pergi. Ehe~ 

Rancang nak pergi sebelum air pasang. Nak tengok air dia naik. Sekali, Nyonya Nayla sampai waktu dia nak tido. Kita utamakan anak dulu la. Sebelum nanti sampai sana meragam pulak dia kan. Baik cegah dari hadap benda tu nanti. Haha

Sekali dah sampai ke Tg. Piai tu, halamak! Ramainya orang, sampai keluar manusia parking. Sekali tertipu. Dalam ada lagi parking. Sebabnya air dia dah surut, makanya manusia pun beransur pulang. Yela, kita datang nak tengok air je kan, main air gitu. Kalau masuk, kena bayar. Dan kena kejar dengan monyet. Tamau la repeat memori tu.



Ini je la gambar untuk diabadikan di blog. Untuk gambar yang lain, dah update iG personal Nyonya Nayla sebab banyak ambil gambar dia je. Moga kenangannya terabadi secara panjang di sini, secara pendek di Instagram. Nak tengok tunggu jap lagi kita update.

K bai. 


2 ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

© kisah aienienka.