REVIEW: Susu Kambing bantu turunkan kuning anak

Isnin, Ogos 16, 2021

 



Salam monday peeps! How's your day today? Good? Moga baik-baik saja di hari Isnin yang baik untuk permulaan minggu baru. Gituuu~ gaya cekgu tak? Haha 


Nah, kali ni Aien nak kongsi dengan korang para pembaca sekaliannya tentang satu minuman kesihatan. Eh, apakan tu? 


SUSU KAMBING! 


Biasanya kita, kita ni kan takkan cari susu kambing ni tak. Pasai pa? Sebabnya kebanyakan susu kambing hamis. Tak pun dia rega kayangan. Haha Itu ja masalah makanan sunnah ni. Barang baik selalu datang dengan harga yang kadang di luar akal. Walaupun tak dinafikan kebaikannya. 


Untuk kali ni, Aien nak kongsi satu produk susu kambing yang Aien minum selepas bersalin ritu apabila Nadhira disahkan ada jaundis ataupun lebih mesra dalam masyarakat kita, penyakit kuning. 


Biasanya kuning ni akan menyerang kebanyakan bayi baru lahir tanda hati dan sistem dalam badannya mula berfungsi secara normal. Jarang la nak dengar dalam masyarakat kita bayi baru lahir tak kena kuning. Melainkan si Ibu ada amalkan sesuatu sewaktu mengandung. Paling sedih dan takut sekali jika Ibu itu berdarah O. Haa, memang kena siap sedia la kena prolog jaundis ataupun bayi bakal duduk di bawah lampu biru. 


It's normal mummy, don't worry. Kita usaha. Jangan pulak kata penat, sebab itu sudah menjadi skop job menjadi seorang ibu. 😊 


Okay, sebagai salah satu ikhtiar dari pelbagai usaha yang boleh kita cuba adalah dengan amalkan minum susu kambing. Sama ada dari usia lewat kandungan ataupun semasa bayi disahkan jaundis. Tapi lagi elok kalo semasa mengandung tu dah memang amalkan susu kambing ni. 


Khasiat susu kambing ni boleh dibaca menurut keratan akhbar Harian Metro hasil kajian penyelidik dari Universiti of Spain, Sepanyol pada tahun 2017. 


Perunding Kanan Malaysia Brain Academy, Dr Rizal Abu Bakar berkata, susu kambing mempunyai kalsium tinggi dan secawan susu itu membekalkan 327 miligram (mg) kalsium.

"Susu ini juga kaya dengan vitamin D iaitu satu nutrien yang membantu penyerapan kalsium dalam tubuh dan seterusnya membantu menguatkan tulang.

"Selain itu, ia mempunyai protein yang bertindak sebagai ejen antiosteoporosis dikenali sebagai CSN1S2.

"Dalam sebuah kajian yang diterbitkan dalam jurnal 'Molecule' pada 2014, susu kambing dapat menghalang berlakunya penyakit tulang rapuh (osteoporosis) terhadap pesakit yang mengidap artritis rheumatoid," katanya.

Dr Rizal berkata, kandungan 'conjugate linoleic acid' pada susu kambing membantu perkembangan otak.

"Kehadiran lipid dalam susu kambing pula dapat mengurangkan masalah kebimbangan," katanya.

Menurutnya, susu kambing turut bertindak sebagai ejen metabolik yang baik kerana mampu meningkatkan penggunaan metabolik mineral seperti zat besi, magnesium, kalsium dan fosforus.

"Ia mempunyai 'A2 beta-casein' (protein) iaitu lebih baik daripada 'A1 beta-casein' yang terdapat dalam susu lembu.

"A2 beta-casein adalah sejenis beta-casein yang lebih selamat berbanding 'A1 beta-casein', dipercayai boleh menyebabkan penyakit kencing manis tahap satu," katanya.

Kata Dr Rizal, A2 beta-casein dalam susu kambing menyamai susu ibu yang sangat baik untuk kesihatan manusia.

Ia turut mampu mengurangkan alahan selepas habis tempoh penyusuan ibu.

Dr Rizal berkata, khasiat susu kambing sangat baik untuk kesihatan jantung kerana kandungan magnesium dalam susu berkenaan.

"Ia (magnesium) seperti yang dilaporkan di dalam 'International Journal of Food Properties' tahun lalu, ia adalah mineral yang baik untuk jantung dan membantu mengekalkan denyutan normal serta menghalang pembentukan darah beku.

"Magnesium berfungsi bersama vitamin D adalah nutrisi penting untuk jantung.

"Asid lemak rantaian sederhana pada susu kambing pula lebih tinggi berbanding susu lembu. Ia membantu menurunkan tahap kolesterol dan bagus merawat penyakit koronari," katanya.

Jelas Dr Rizal, unsur kimia pada susu kambing iaitu asid lemak dan trigliserida berupaya meningkatkan kesihatan kulit.

Selain itu, ia kaya dengan vitamin A yang sangat diperlukan kulit.

"Pada masa yang sama, kandungan laktid asid dalam susu kambing dapat melembap dan mencerahkan kulit.

"Ditambah pula penggunaan susu kambing untuk mencuci muka dapat meningkatkan kesihatan kulit," katanya.

Kata Dr Rizal lagi, istimewanya susu kambing ialah ia mencetuskan tindak balas imun adaptif dan semula jadi yang berupaya menghalang keradangan dalam tubuh manusia.

"Ini kerana komponen oligosakarida pada susu kambing yang bersifat antiradangan dapat mengurangkan keradangan penyakit usus," katanya.

Beliau berkata, kandungan laktosa yang rendah menjadikan susu kambing sebagai pilihan baik bagi mereka yang mempunyai masalah intoleransi laktosa.

"Sifatnya mudah hadam menjadikan ia sesuai diminum bagi mereka yang mempunyai masalah perut sensitif.

"Sebaik-baiknya pastikan susu kambing yang dipilih tidak dicampur bahan perasa, pewarna dan pengawet bagi mengekalkan keaslian serta khasiat susu berkenaan," katanya.


Dari ini serba sedikit kita tahu bahawa kebaikan susu kambing dan ianya juga minuman kegemaran Rasulullah SAW. 


Seperti Aien, memang jarang nak minum susu kambing ni kalau tak iye iye. Sehingga selepas bersalinkan Nayla pada tahun 2018 dan mak mertua gigih belikan susu kambing fresh untuk Aien minum. Masa tu, kalau tak disebabkan jaundis si Nayla memang tak terteguk jugak sebab bau hamisnya kuat dan sangat la tak menyenangkan. Demi anak, sebotol satu hari diminum. Akhirnya pada hari ke -9 baru kuning Nayla turun. Begitu juga selepas melahirkan Najmi. Juga disogok dengan susu kambing fresh. Masya Allah. Ini kali saja la Aien cuba susu kambing peket hasil cubaan mak mertua minum dari Ramadhan yang lalu. 


Katanya,  tahap kolestrol dalam badan turun sejak mengamalkan susu kambing ini. Baunya juga tidak hamis berbanding dengan kebanyakan susu kambing dan paling penting harganya mampu milik. Berapa? Sekitar RM45 sekotak dengan di dalamnya mempunyai 20 sachet. 


Dua hari saja Aien cuba minum susu kambing ni, kuning Nadhira turun mendadak. Wah! Seronok betul. Mungkin asbab jugak barangkali. Ikutkan, kuning Nadhira paling tinggi berbanding abang dan kakaknya. Hari ketiga sudah mencanak naik tinggi. Sampaikan pihak KK Pekan Nenas pesan kalau esok tinggi lagi memang kena duduk bawah lampu. Takut punya pasal dan tak mahu duduk di hospital lagi, maka diusahakan susu kambing dengan mandian daun kucai. Alhamdulillah. hari ke-8 dari bacaan 10.3 turun mendadak ke 7. Ibu minum lagi, esok terus turun habis. 


Begitu la hikayat Aien dan susu kambing ni. Masa hamil juga ada minum tapi tak banyak. Bagus juga untuk ketika berpuasa. Memang cukup untuk alas perut semasa bersahur. 


Jadi, buat bakal ibu-ibu boleh cuba amalkan susu kambing seawal kandungan. Sebab susu kambing memang yang terbaik! Nak cari yang murah dan berkesan bagi Aien yang ini sebab kebanyakan di pasaran harga kayangan. Ka sama saja? Sebulan lebih RM100 jugak. Entah. Bila dah cuba yang ni, memang tak cari lain. Mak mertua pun dah repeat banyak kali order  susu kambing ni. Tekanan darah dia turun, kolestrol dalam keadaan baik. Tapi tu la, sekali kalau dah kena check up begitu, memang berterusan la hingga hujung nyawa. Maka, jaga kesihatan baik-baik moga sentiasa dalam rahmat Allah. 



ps: dari beli susu fm baik amalkan susu kambing dan bagi susu ibu pada anak, berganda kebaikan dia kan? 😊

8 ulasan

  1. Masa preggy memamg akak amalkan susu kambing.Tapi masa berpantang tu tak minum sebab bila kat kampung nak cari stock susu kambing yang akak minum tu payah.Tapi anak takdelah kuning tinggi sangat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aien masa ngandung susu susah nak masuk. hehe tu bila berpantang aje minum susu kambing. :) bagus nya kalau anak kurang kuning dia.

      Padam
  2. Tak pernah minum susu kambing ni tapi ramai yang suggest jika baby kuning susu kambing sangat membantu.
    Masa Naura kuning dulu bagi susu FM yang hospital sediakan je. N kena bagi kerap dan bagi dia berak kerap. Kuning akan turun. InshaAllah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah susu kambing banyak membantu kalau kena jaundis. Either si ibu yang minum atau anak minum susu fm Karihome tu. :)

      Padam
  3. Suka saya baca post ni, walaupun saya belum kahwin. tips yang bagus

    BalasPadam
  4. susu kambing penuh kebaikan

    BalasPadam
  5. Kita cuba kann, mana tau fakta.. tapi rata-rata kata bagus..
    Alhamdulilah Sis anak semua takde kuning...

    BalasPadam
  6. alhamdulillah.. terima kasih atas perkongsian ini

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤