ANIME: JUJUTSU KAISEN

Rabu, Ogos 11, 2021

Tajuk: Jujutsu Kaisen 

Genre: Dark Fantasy, Adventure Fiction, Comedy 

Bilangan Episod: 24 

Penulis: Gege Akutami 

Sinopsis: Mengisahkan seorang pelajar sekolah menengah menyertai sebuah organisasi rahsia 'Jujutsu Sorcerers' untuk membunuh satu sumpahan yang kuat bernama Ryomen Sukuna di mana Itadori Yuuji menjadi host-nya. 


MY REVIEW


 Sebenarnya dah lama tengok anime ni sangkut di episod 12 pahtu terlupa nak tengok balik sampai la minggu lalu. Baru la ni la kan nak update memandangkan idea tepu amat. Masih sendu lagi kan. Dah janji jugak nak satu hari aatu post, jadi kena buat. 


Anime ni diadaptasi daripada manga hasil karya Gege Akutami yang mengandungi banyak sangat sequal dia yang Aien malas nak cerita. Haha Yang penting best la anime ni! Genre I olls gitu.


Cuma macam lukisan dia kurang kemas sikit la. Bagi Iolls ..  Uolls pakar. Mana nak lawan mata mak-mak yang masih berjiwa remaja ni. Ahak~ 


Berdasar daripada sinopsis mengisahkan Yuuji Itadori tu la. Dia jenis yang kashaf gitu. Nampak-nampak je hantu sumpahan ni kan. Tetiba satu hari balik sekolah dia nampak seorang pelajar yang sebaya dia, Megumi apakan nama dia, sedang bertarung dengan seekor sumpahan. Yang mana diseru oleh kawan-kawan Itadori Yuuji yang lain. Kira dorang macam main spirit, Megumi nak kena clean up semua sumpahan sebelum dorang buat kekacauan di kejiranan mereka.


Bila Megumi ni macam dah makin lemah, Itadori turut membantu. Itu la, Yuuji ni suka nak bantu orang, bila dia nampak-nampak segala sumpahan tu, atuk dia pernah kata ia mungkin satu anugerah yang tak terhingga buat Itadori. Dengan anugerah tu satu hari nanti Itadori dapat tolong ramai orang. 


Kerana kata-kata semangat daripada atuknya itu, membuatkan Itadori boleh lawan sumpahan tu gun bare hand gitu. Terkejut si Megumi sebab bagi mereka Sorcerer Jujutsu ni, tanpa sumpahan / kuasa dorang takkan dapat bunuh sumpahan yang lain. Apatah lagi dengan tangan kosong. 


Bila dah sampai kemuncak,  Si Itadori pun makan jari Sukuna yang membuatkan roh Sukuna bangun dan cuba nak ambil alih jasad Itadori. Makanya Itadori pun jadi kuat padahal dalam Sukuna cuba nak konker jasad Itadori Yuuji tu, kira inner Itadori bergaduh dengan Ryomen Sukuna dalam jasad tu, tengok layak ke tidak dia jadi vessel pads kekuatan Sukuna. 


Sampai satu episod, Itadori Yuuji mati. Dan kawan-kawan dia sedih sangat sebab Itadori tak berjaya kekangkan sumpahan Sukuna tu dari terus menguasai jasadnya. Semua orang, baik atau jahat nakkan sumpahan Sukuna sebab dia macam taboo tau. Kalau tak silap Aien la kan, Ryomen Sukuna ni sebenarnya seorang sorcerer. tapi ntah macamana dia berjaya menjadi seorang yang digeruni semua ni tak pasti pulak. Ada jugak dia jelaskan.. cuma ye la. Mak-mak ni memori dia banyak pintasan. Jadi  lupa. 


Sampai 24 episod ni, Itadori hidup semula tapi keberadaan dia dirahsiakan oleh pihak sekolah. Malangnya dalam sekolah pun ada yang tikam belakang. Musuh dalam selimut. Ye la, semua nak menguasai dunia. semua nak kuat. 24 episod jugak Yuuji dan kawan-kawannya berkembang menjadi lebih baik lebih kuat dan akhirnya mereka berjaya dinaiktaraf pangkat menjadi Sorcerer Gred 1. 


Nak cerita details sangat pun tak pandai sebab banyak dah lupa. Haha Lama sangat peram dalam memori. 

8 ulasan

  1. Cerita mcm sumpahan-sumpahan ni. Boleh pula ya makan jari orang untuk roh tu take over badan

    BalasPadam
  2. jujutsu kaisen part 2 macam mengarut sikit masa lawan dengan sekolah lain tu hahaha. tapi animation dia memang cantikk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah ada ke part 2? ke season 2? heee kena sambung ni. Haha

      Padam
  3. Macam best jer๐Ÿ˜. Tapi mood sekarang tengah gila tengok filem Telegu pulak๐Ÿคฃ

    BalasPadam
    Balasan
    1. Adoooi~ Telegu ni jarang snap my interest. Haha Enjoy kak Shu.

      Padam
  4. Waa... Walaupun sy minat anime sy xtau tulis review pasal anime huhu.. So susahnya nak sembang2 pasal anime d'blog ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚.. Anime nie ja sy hold nak tgok.. Skali tgok mmg marathon hbis ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaa itu la pasal. Anime terlau verstail gitu ..

      Padam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. ๐Ÿ˜˜

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤