JULAI 2021 BLOG PERFORMANCE

Khamis, Ogos 05, 2021

 



Rasa macam lama dah tak cerita pasal blog performance ni. Rupa-rupanya bulan lepas terlupa pulak. Tak apa. Orang datang baca pun artikel yang sama ja. Haha Buat pun untuk suka-suka tengok apa kemajuan blog ni pada masa akan datang. Ye dok? 


Okay, untuk bulan Julai lalu terima kasih pada mereka sudi singgah. Secara tak langsung Aien harap ianya membantu korang serba sedikit. Seronok baca pengalaman orang sebenarnya kan? 




Untuk kali ni, nampak seperti lagi banyak daripada sebelumnya. Rasa Aien la kan? Hehe 




Iye. Betul. Memang banyak sikit dari sebelumnya iaitu pada bulan Mei lalu. Alhamdulillah korang. Keep going Nur! Hee~ 






Disebabkan sebelum bersalin hari tu rajin la nak kongsi pasal kemas barang bayi dan sebagainya, entry itu yang paling dicari para ibu sekalian yang mungkin ibu buat pertama kali suka membaca pengalaman orang yang bersalin di musim pandemik ini. Apatah la mereka yang jarang bukak facebook. 

Jika dilihat di facebook pun balik-balik soalan yang sama sampai rasa macam...hurm.. gais~ banyakkan la membaca. Padahal Aien pun malas jugak nak baca. 




Entry yang masih menjadi tarikan semestinya buat buku pink yang sentiasa ngetop gituuu. Lepas dah buat buku pink, minum air gula, lepas tu cek list barang bayi. lepas tu.. haa, begitu la seterusnya. Tapi, heran. Pengalaman minum air gula tu tak ngetop pulak. Nah, baca la juga korang kan.


Pengalaman minum air gula


Teruskan singgah ya. Yang Safi micellar oil tu, kat sini dia kata ngetop entry tapi jika dilihat pada popular post koleksi Jimmy Scarves yang menjadi perhatian para pembaca. Hee~ Tak tau la bot ke apa. Tapi, memang itu yang tengah popular. Jap, nanti update koleksi baru Jimmy Scarves. Haha 




Itu je la nak kongsi. Page view bulan lalu pun kira okay jugak bagi Aien. Sejak rajin update satu hari satu entry, bounce rate di google analytics pun makin naik. Kena keep going update harian la walaupun satu je untuk sehari. Jika ada rezeki masa lebih sikit. Kita kasi semua info yang best la kan. Buat masa sekarang more to personal blog plus niche parenting barangkalian. Haha 


Aku punya blog, aku punya suka la. Gituuu. Eh, mereka sudi baca pun cukup baik. Yang penting Aien masih tidak la tergolong dalam golongan menjana pendapatan dengan blog. Aku tak tahu la nape Adsense tu tak pandang aku ni haaa.. Nak kemas kini kan pun tak berapa nak rajin sebab update on phone je. So, whatever la Adsenze. 



Tengok dari bilangan entry, Julai menduduki carta teratas sebab berjaya keep update. Bulan lain semua sendu namati. Ikutkan hati nak je cerita semua benda kan. Nanti orang baca bosan pulak. Eh, aku punya blog laaa. 


Hari ni anak makan ape. Hari ni brand pampers apa. Banyak je idea nak campak ke mari. tapi tu la tapi... Malas je menguasai.. Kang laki kata asyik dengan tepon je.. 😝 


K la sebelum Aien melalut bebel, moh ler kita berharap untuk bulan kemerdekaan ini Aien berjaya capai 30 entry paling tidak. Haha Satu hari satu post kan. Mana pergi 1 hari lagi tu.. Wallahu alam. 


ps: kot2 sifu nak ajo Aien lagu mana mohon Adsense jom la sembang. heee~ 

29 ulasan

  1. kena focus pada parenting sebab nampak tu banyak naikkan pv blog aien. tapi jangan lupa review drama china..haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha Baik! In shaa Allah lepas ni nak cuba buat mana yang mampu saja laa. Hehe

      Padam
  2. Tahniah, kak. Semoga performance blog untuk bulan ni lebih baik lagi.

    BalasPadam
  3. Chaiyokkkk aien.. sehari 1 entri tu boleh yaaa.. ada ms terluang taip jak terus.. makei hl senang gik kmk rs.. kmk mun ngu makei pc di opis jak lah di umh byk k hp jak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya la ,mun di rumah golek-golek neman anak tido.. smbil ya blogwalking. Molah entry. Haha

      Padam
  4. Esok lusa kalau ada rejeki nak jadi mak, mungkin akak akan rujuk artikel2 aien ni😁.
    Dulu penah suspek kencing manis masa buat ujian air kencing. Bila kena minum air gula,haiyoooo...perit rasa. Manis leting!!😅Kalau letak sirap ngan ais batu okay la sikit. Ni semata2 air gula.Tak sanggup🤣

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha betul kak. Macam heee, trauma la terus.. Dua kali pulak tu. Nasib kena suam-suam. Tak ada la rasa sangat.

      Padam
  5. eh aien takde adsense lagi eh? Dah register ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak ada Pana. T^T dah register tapi tak laku. Haha

      Padam
  6. Rajin buat review sendiri cmni kn, tpi mmg perlu bru dpt tgk kemajuan kita dlm blog kn, keep up!

    BalasPadam
    Balasan
    1. merajinkan diri sebab nak la jugak tahu apa yang menarik orang dtang ke mari. itu pun sejak beberapa tahun lalu blog kena bot spam.

      Padam
  7. Yang pasai adsense tu nak jugeeeee hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha Meh meh .. boleh rujuk sifu lain. Aien tak sifu sangat sebab bertahun ku tunggu adsense masih gak pandang.

      Padam
  8. Alhamdulillah
    Teruskan menulis blog ya
    Moga berjaya dlm dunia blogging

    BalasPadam
  9. Wah prestasi yang hebat. saya baru je jinak jinak 10k view per month! Keep blogging :)

    BalasPadam
  10. Alhamdulilah, satu pencapaian yang bagus untuk blog Aien.. keep it up dan teruskan menulis dan sharing Aien...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, terima kasih sis Lin. :)

      Padam
  11. keep going 💪🏻 kaella dah semakin low sekarang tapi syukur ada peningkatan, tapi tetap nak kena baiki juga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Keep going to you too Kaella!! Chiayok!

      Padam
  12. semoga prestasi blog akan terus maju dan maju.....

    BalasPadam
  13. tahniah aien..semoga terus maju

    BalasPadam
  14. Mantap aien! Nur masih tak terdaya lagi nak update hari2. In shaa Allah aien boleh. Keep it up

    BalasPadam
    Balasan
    1. Angan begitu. Haha In shaa Allah kita semua boleh. Go Go Go Nur!

      Eh mcm panggil nama sendiri pulak.

      Padam
  15. Congratulations. Kalau tulis bab preggy, pantang, parenting ni memang hits lg pkp ni ramai preggy kan.

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤