KOREA MOVIE: Recalled (2021)

Isnin, Ogos 02, 2021

 


Tajuk: Recalled

Genre: Mystery / Thriller 

Durasi: 1 Jam 42 Minit 

Cast: Seo Yea Ji, Kim Kang Woo, Sung Hyuk 

Sinopsis: Kim Soo Jin lakonan Seo Yea Ji kemalangan dan kemudiannya hilang ingatan apabila dia bangun. Yang ada cuma seorang suami, Lee Ji Hoon yang sudi menjaganya dengan penuh kasih sayang sehingga dia pulih dan keluar dari hospital. Semua kisah bermula apabila Soo Jin mula melihat masa hadapan dan dianggap berhalusinasi. Sehingga dia berjumpa dengan kawan sekerjanya menceritakan sesuatu tentang Ji Hoon. 


SPOILER ALERT! 


Amat jarang sekali kena mood nak layan movie ber-genre begini ya. Bila kena mood memang genre macam ni aja di cari lepas ni. Jangan boring datang singgah tau! 


Berdasarkan sinopsis yang digubah mengikut yang ada di web asianwiki, Recalled mengisahkan tentang Soo Jin yang telah hilang ingatan. 


Bila tengok gambar kita pun jangka yang Ji Hoon itu seorang seriel killer apatah lagi tiba satu babak di mana dua orang detektif mula menyiasat kes di sebuah tapak pembinaan yang bakal dirobohkan tak lama lagi. 


Soo Jin pulak bila dia dah selamat pulang ke rumah dia cuba untuk mengingati segala memori yang lepas. Berjumpa dengan seorang budak, Soo Jin mula nampak masa hadapan orang yang dijumpainya. Masalahnya setengah orang di kawasan perumahannya saja. 


Seorang budak perempuan yang nyaris kemalangan dilanggar lori. Soo Jin cuba nak selamatkan tapi dia pula diselamatkan oleh suaminya. 


Kemudian, dia terjumpa seorang remaja perempuan yang duduk di unit 706 dalam lif. Surat gadis itu jatuh. Soo Jin nampak gadis itu dirogol oleh bapanya sendiri. Kemudian dia cuba mengikuti gadis tersebut sehingga terjumpa tempat kerja lamanya. 


Di situ dia tahu kebenaran satu demi satu. Rupa-rupanya Lee Ji Hoon, seorang arkitek dan CEO sebuah syarikat seni bina. Bila Soo Jin ke pejabat seperti tertera di alamat, pejabat itu telahpun ditutup dan diberitahu telah muflis. 


Setiba di rumah  Lee Ji Hoon mula bimbang andai Soo Jin tahu kebenaranya. Dilihat di situ, Ji Hoon amat risau jika isterinya itu mendapat ingatannya semula. Soo Jin marah pada suaminya, inikan tabiat tidurnya diberitahu kenapa tidak pekerjaannya. Sedih la dia kan. Rupanya Soo Jin seorang pelukis. Gambar Tasik Vermilion yang digantung di ruang tamu mereka itu hasil lukisan Soo Jin. Dan impian isterinya ingin berhijrah ke Kanada. 


Namun, apa saja yang dikatakan Ji Hoon sudah tidak dipercayai Soo Jin. Dia gigih mencari kebenarannya. Kemudian dia teringat akan satu memori di mana di tempat tapak pembinaan itu, Ji Hoon dibunuh. Dan siapa yang sebenarnya di sisi? 


Akhirnya pihak polis mengatakan bahawa yang menyamar sebagai suaminya itu adalah Kim Sun Woo, abang angkatnya. Lagi la Soo Jin macam penuh lagi teka teki. Dia cuba mengorek lagi rahsia daripada Sun Woo di balai polis. Tapi, Sun Woo enggan memberitahu tentang Ji Hoon. 


Sehingga dia kembali ke rumahnya sebenar. Di situ Lee Ji Hoon yang sebenarnya sedang menanti dirinya. Akhirnya Soo Jin ingat semuanya. 


Halusinasi yang dialami Soo Jin itu sebenar sebahagian daripada memori lamanya. Hampir dilanggar, dirogol oleh ayah angkatnya. Serta berkahwin dengan Lee Ji Hoon si kaki judi. Syarikat arkitek Ji Hoon bankrap kerana sikap Ji Hoon yang suka berjudi itu. Sun Woo pulak cover semuanya. Namun, dikatakan pada detektif itu, Sun Woo terbunuh si Ji Hoon dan nak bunuh Soo Jin lagi demi wang insurans wanita itu. 


Yang tak best kesudahannya, Soo Jin berpindah ke Kanada tanpa Sun Woo. Ikutkan plan asal dia memang nak bercerai dengan Ji Hoon kerana lelaki itu suka memukulnya. Kemudian berpindah ke Kanada dengan abangnya. Malangnya semua diketahui Ji Hoon pada ulang tahun perkahwinan mereka apabila Ji Hoon konon buat suprise candle light dinner di tapak pembinaan yang bakal dirobohkan itu. Tapi, didatangi oleh pemiutang yang hendak menuntut hutang pada Ji Hoon. 


Aiguu~ Hakikatnya Sun Woo lama dah suka dengan adik angkat dia tu. Betapa berat hati dia nak lepaskan apabila Soo Jin berkahwin dengan Ji Hoon. Demi sebuah senyuman di bibir Soo Jin, dilepaskan juga, namun disia-siakan oleh kawan baiknya. 



Nah la, belanja view Tasik Vermilion yang Soo Jin nak sangat pergi tu. Memang lawa gais .. Lagi-lagi bila dia terkena matahari. Subhaanaallah. 

Nak tengok movie ni boleh tengok di aplikasi VIU ya~ Enjoy! 

18 ulasan

  1. Balasan
    1. Boleh try tengok. Pun sedih. tapi tak sampai mengalir air mata. haha

      Padam
  2. minat Seo Ye ji ni! okay, dah add to My List to watch.

    Blog | The Grey Lines Between

    BalasPadam
  3. Okayyy berehhh. nanti boleh tengok.sbb skrg mmg tgh layan viu

    BalasPadam
  4. sedih tau part kim kangwoo yang last tu. sanggup berkorban untuk orang yg dia sayang..

    BalasPadam
  5. Mcm best jak.. kmk suka genre mcm tok

    BalasPadam
  6. Salam, ulasan teliti, pasti menarik ceritanya.. Suspen pun ada

    BalasPadam
    Balasan
    1. Best! Jarang nak bagi details begini. Haha

      Padam
  7. Dah tengok. sad ending. Plot twist tu memang tak sangkalah rupanya husband dia yang jahat. ish ish..kesian soo jin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan? Ingatkan Sun Woo yang jahat. Rupa-rupanya orang tu yang sedaya upaya selamatkan dia. :')

      Padam
    2. Kan bagus kalau happy ending tu dia boleh hidup dengan abang dia. sedihnya lah. Akhirnya hidup sorang jugak dia. Tak ada dah penyelamat dan orang jaga dia. Huhu

      Padam
    3. Kan.... Macam... Ado~ memang ending yg tak best

      Padam
  8. mama suka citer macam ni.. best ni

    BalasPadam
  9. sebenarnya boleh je dia pergi kanada dengan abang dia tapi saja je director nak buat drama melebih.

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤