BLOGGER: DULU, KINI DAN SELAMANYA

Sabtu, Ogos 28, 2021



Sebuah tulisan bermula dengan sebatang pensil dan juga sehelai kertas. Zaman semakin maju. Manusia mula mengenali dunia di alam maya. Dengan itu juga, mereka mula menaip dan menikmati keindahan bunyi papan kekunci diketuk berulang kali untuk mengeluarkan tiap bait yang bermain dalam kepala. 

Untuk menjadi blogger, sangat mudah pada zaman kini. Hanya perlukan telefon pintar dan internet sahaja sudah memadai. Jika pada Aien dahulunya mendaftar diri menjadi blogger, dengan harapan ada satu platform untuk Aien luahkan perasaan tanpa perlu fikir sesiapa pun. Dengan sebuah emel dan platform blogger yang disediakan secara percuma memang sangat mudah untuk digunapakai oleh sesiapa sahaja. 


Mula berkecimpung dalam dunia blogger 

Pada tahun 2010, Aien menjadikan blogger sekadar tempat untuk menulis segala isi hati. Tak pernah pun terfikir nak jana pendapatan ke, ataupun berada di muka hadapan carian. Namun, 11 tahun berkecimpung dalam dunia blogger banyak mengajar Aien untuk menjadi penulis yang lebih baik. Mengenali diri sendiri di samping berjumpa dengan kawan-kawan baharu di platform ini. Tak pernah lokek berkongsi ilmu. Semua yang ditulis untuk dikongsikan bersama dengan orang lain. Dari situ Aien fikir, untuk apa luahkan perasaan padahal aku boleh berkongsi pengalaman aku dengan orang lain. Sejak daripada itu, niche blog Aien berubah kepada lifestyle. Gaya hidup menjadi pilihan ramai blogger kerana ianya tidak terikat dengan sesuatu perkara sahaja. Lebih kurang menulis jurnal, tapi lebih spesifik untuk orang mudah memahami cerita kita dan menggunapakai dalam kehidupan mereka pulak. 


BLOGGER KINI 

Berkongsi tips juga menjadikan sesebuah blogger sentiasa dalam carian teratas. Kita berkongsi dari hati untuk memudahkan orang lain. Ada pun sekarang kebanyakan blogger termasuk Aien memilih untuk berkongsi review atau pendapat terhadap sesuatu benda, drama mahupun perkara viral contohnya. Kerana ia lebih mudah untuk bercerita tentang point of view kita berbanding mengarang ayat panjang tanpa soul. 

Tetap juga blogger menjadi tatapan ramai kerana masyarakat sekarang lebih suka membaca pengalaman orang lain sebelum memulakan sesuatu pada dirinya kemudian. Semuanya di hujung jari. Apapun kemajuan yang berlaku, blogger memang takkan pernah hilang ditelan dek zaman kerana dia sentiasa ada pencarinya yang tersendiri. 

Setiap orang punya cerita mereka tersendiri. 


Seperti Ava Roxanne seorang penulis bebas yang menulis tentang travel yang pada mulanya dia seorang penganalisis kewangan yang banyak bekerja dengan badan korporat namun kerana minatnya terhadap penulisan sejak di bangku kolej, dan beliau senang bekerja menjadi editor majalah. Sejak daripada itu beliau mengubah minat menjadi pekerjaannya kini. Beliau juga bukan sahaja menulis tentang travel bahkan beliau juga suka berkongsi tentang penjagaan wajah juga. 


 I always loved the wellness arena and started thinking about this was, everyone’s saying self care now. I’ve been preaching self care for 20 years. And skincare and just everyone taking some time for themselves. So my background is a lot of different areas. I tend to be really good at a lot of things, but not an expert at any one. - Ava Roxanne



Menjadi seorang blogger juga tidak terikat dengan syarat. Bebas menulis apa jua di laman sendiri. Aien juga tak pernah terfikir mempunyai laman sendiri sehingga suatu ketika privasi dicerobohi, atas nasihat ramai, Aien memilih syokhost sebagai pengendali domain Aien dengan harga RM60. Baru rasa semangat untuk terus menulis bila sudah mempunyai laman sendiri. Sejak daripada itu, Aien harus berusaha dengan lebih gigih untuk menjana pendapatan senyap dari blogger tanpa diketahui orang lain. Duduk rumah goyang kaki, duit senyap-senyap masuk poket. Henda dapatkan semua tu banyak lagi kena belajar bagaimana untuk mengekalkan blog kita di carian. Bila dah berjaya, pasti hati senang. 

Perlu ketahui bagaimana kekalkan SEO kita, yang bermaksud, carian orang yang membawa kepada blog kita. Paling penting ketahui kata kunci yang menarik minat orang lain singgah dan membaca. Seperti kata Mansvini Kaushik yang menceritakan di sebalik kekayaan menjadi influencer di India, 

"Content is the King, Engagement is the Queen. " 

   

Sekarang pun dah banyak juga content creator yang memberi idea kepada kebanyakan penulis di luar sana. Mungkin korang juga salah seorang daripadanya. Menulis biar dari hati, baru jumpa peminat sendiri. 





22 ulasan

  1. Balasan
    1. Kan? yang penting takkan hilang dek kemajuan. :)

      Padam
  2. Naniey dulu start blog more macam diari online gitu je. Lepas tu tahu dengan blog boleh earn duit. Start dari situ fokus kejap dengan isi blog hingga beli domain. lepas tu stop sekejap sebab fokus kat kerja. Tahun ni baru start aktif semula dan nak naikkan traffic seperti zaman mula blogging dan earn money.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sampai sekarang belom dapat jana lagi. Nak kena apply lagi ni

      Padam
  3. Blogger dulu lain.. Bligger skrg lain.. Banyak beza nya kan..

    Sampai la ni kita jd kan blogger just utk platfom suka2 je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha Sama la. asyik kena reject dengan adsense je.

      Padam
  4. Wah lama betul berkecimpung dalam dunia blogging ni. Alhamdulillah

    BalasPadam
  5. wahhh tahun 2010.. sama batch dgn sy.. hihi..
    dulu aktif sgt kat blog.. kdg 2-3 entry dlm 1 ari..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dulu la kan - blur tempat curhat

      lepas tu kenal ramai blogger, join giveaway dengan segmen.

      Lama-lama Aien start sharing personal life. Lama-lama sharing pasal review drama.

      Kini - masih stay buat tips, resepi. reviu drama. nak fokus niche asyik lari. Haha

      Padam
  6. I agreed!!! Tak sangka tau yg Ray pun akan berblog smpai la ke hari ni. Alhamdulillah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Tahniah untuk diri sendiri.

      Padam
  7. Saya setuju,Kak Aien. Blogging salah satu cara kita nak kongsi pengalaman atau bercerita kepada orang lain. Apa yang penting ialah kita tulis perkara-perkara yang bermanfaat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan? Moga ianya dapat membantu org di luar sana. :)

      Padam
  8. saya mula blogging tahun 2012. Betul masa tu menaip ikut sedap sahaja hahaha tak pernah fikir pun akan ada ramai yang akan baca. End up entry2 lama delete sebab bila baca balik MashaAllah malunya kahkahkah.

    Terima kasih share yang domain tu. memang tengah cari yang affordable. RM60 okay lah tu untuk rakyat marhaen seperti saya ni hehe.

    Semoga kak Aien selamanya di dunia blogging. memberi manfaat kepada semua orang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha akak punya entry lama masih ada lagi. Belom simpan lagi. Haha Aamiin. Moga Athirah juga begitu. :)

      Padam
  9. Whoaaa.. nais! Menulislah dari hati agar nampak jiwanya kat situ .. Kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Begitu laa.. baru orang tersentuh gituuu. :)

      Padam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤