Chinese Drama: Unforgetable Love

Sabtu, Ogos 07, 2021

 



Tajuk: Unforgetable Love / The Unforgetable Love of Mr.He 

Genre: Comedy, Romance, Drama, Family 

Bilangan Episod / Durasi:  24 / 41 minit

Pelakon: Miles Wei, Hu Yi Xuan, Lennon Sun, Sheng Hui Zi, Jerry Yu

Sinopsis: Berkisarkan tentang He Qiao Yan, CEO syarikat Kumpulan He dan Pakar Psychologist kanak-kanak, Qin Yi Yue. He Wei Fei, anak kepada Qiao Yan mempunyai sejarah trauma selama 5 tahun dan memilih untuk tidak bercakap dengan sesiapa saja sehingga dia bertemu dengan Qin Yue. Demi anaknya, Qiao Yan membayar Qin Yue sebagai doktor kepada Wei Fei sekaligus berlakon sebagai isterinya di khalayak ramai kerana Wei Fei buat pertama kali bersuara memanggil Qin Yue sebagai 'mommy'. 


SPOILER ALERT! 


Sesungguhnya sinopsis dia sebenar pendek sangat sampai Aien pun tak tahu nak cerita lagu mana sinopsis dia tu dalam bahasa.  So, let me story to you guys dalam pemahaman sendiri la. I olls memang suka nak cerita pepanjang. 


He Qiao Yan, seorang yang cold ice prince pewaris Syarikat Kumpulan He selepas kematian bapa dan abangnya dalam sebuah kemalangan. Dia juga mempunyai seorang anak, He Wei Fei namun hakikatnya tiada siapa tahu itu bukan anak kandung Qiao Yan akan tetapi anak sedara beliau. 


Dalam sebuah kemalangan, Qiao Yan telah menyebabkan kematian abang yang amat disayanginya dan juga kakak iparnya. Sementara itu, Wei Fei a.k.a Xiao Bao berjaya diselamatkan oleh seseorang. Selama 5 tahun, Xiao Bao tidak bercakap kesan daripada trauma kemalangan tersebut dan selama itu juga Qiao Yan mencari wanita yang telah menyelamatkan anak sedaranya yang disangka cinta pertama dalam mimpinya. 


Dengan  bantuan rakan karib Wen Gu, Qiao Yan masih gagal menjejak wanita misteri tersebut. Dalam masa yang sama juga, Qiao Yan tidak berputus asa mencari doktor terbaik untuk anaknya. Sehingga satu ketika, Xiao Bao merajuk dengan bapanya lalu buat hal dan ketemu sama Qin Yue, pakar psikologi kanak-kanak tanpa diketahui Qiao Yan.


Bila tiba di Hospital Ya De yang juga tempat kerja si Qin Yue, Xiao Bao terus mengikut wanita itu tanpa ragu-ragu. Pada mulanya, Qiao Yan bersangka buruk dengan Qin Yue. Lama kelamaan baru dia mula menerima kehadiran Qin Yue dalam kehidupan beku dia dan juga Wei Fei. 


Xiao Bao yang tak pernah bersuara sepatah harom pada sesiapa dalam masa 5 tahun tetiba boleh panggil Qin Yue , 'mama'. Disebabkan itu juga, Qiao Yan merasakan dia harus berbuat sesuatu. Lelaki data itu mengikat kontrak dengan Qin Yue dengan tawaran gaji yang lumayan disamping berlakon menjadi isterinya selama 1 tahun. 


Perkahwinan kontrak mereka itu ketahuan dan tidak diterima oleh mak cik Qiao Yan dan cuba untuk singkirkan Qin Yue kerana baginya Qin Yue tidak dapat menggantikan anak perempuan Lin sebagai menantu keluarga He. 


Merasa dirinya dalam dilema, Qin Yue segera meneruskan misinya untuk merawat Wei Fei daripada traumanya dan hidup seperti kanak-kanak biasa. Semua terlambat apabila Qiao Yan terlebih dahulu jatuh cinta kepasa Qin Yue namun tidak menyedarinya kerana dirinya juga dalam masalah psikologi -PTSD- yang sangat teruk akibat daripada kemalangan 5 tahun lalu. 


Pada Qiao Yan, pemandu keluarga He, Zhang Cheng yang telah menyebabkan kematian abang dan kakak iparnya padahal dirinya yang membawa kereta pada malam itu. Kerana dia seorang saja saksi kemalangan tersebut, mak cik Qiao Yan cuba menyembunyikan kebenaran itu daripada Qiao Yan dan menasihat agar tidak menyiasat lagi kes tersebut. Tapi degil. Nah, kebenaran depan mata. Dan dia tidak dapat menerima hakikat yang pahit itu. 


Bahkan di sebalik pahitnya hempedu itu, rupa-rupa gadis yang dilihat Qiao Yan dalam 'mimpi' yang bermain kepalanya selama 5 tahun itu adalah Qin Yue, yang turut menyelamatkan awei Fei aka Xiao Bao. Bila diketahui oleh Mak cik He ni tadi, sebelum Qiao Yan tahu kebenaran, dia meminta Qin Yue tinggalkan Qiao Yan. Tapi, mana la nak sebab Qiao Yan dan Qin Yue dah pun suka sama suka. 


Bila sepatutnya Qin Yue ke luar negara untuk meninggalkan Qiao Yan, kebenaran terbongkar semuanya. Qin Yue memilih untuk kekal bersama lelaki duka itu. Akhirnya mereka bertiga hidup bahagia sebagai sebuah keluarga. 


Nah, simple je cerita dia sampai Aien pun dah boring eckeli. Tapi, nak jugak tahu ending dia macamana walaupun dah tahu. Haha Dan tengok pun sebab Miles Wei - si kacak yang juling itu. 


Drama pertama dia Aien tengok  PERFECT AND CASUAL dan sangat simple dan santai je drama dia. Kali ni macam syiok jugak tengok dia jadi hot daddy kan. Dan kecomelan Xiao Bao bila dia tak cakap tu, dorang bagi bunyi kucing. So kiut! 



Hensem dan perfect je macam kan? Karakter Xiao Bao tu main peranan besar  dalam hubungan Qiao Yan dengan Qin Yue ni sebenarnya. Haha Bila mak cik He sangka Qiao Yan carikan Qin Yue untuk Xiao Bao, laju je dia tulis, dia yang cari mommy. Kiut! 


 

Macam ni la lebih kurang bila dia mogok tak nak cakap. Dan orang terakhir la kiranya dia panggil adalah pak cik yang selama ni jaga dia. Haha Sebab dia geram pak cik dia layan dia macam orang beso. Bayangkan dia kanak-kanak trauma tapi diajak hidup kehidupan yang boring. Selepas kedatangan Qin Yue baru Xiao Bao enjoy dirinya sebagai seorang kanak-kanak tanpa perlu peraturan. 


Eh, tetiba pulak teringat kat anak-anak. 


5 ulasan

  1. saya tak pernah lagi rasnaya layan drama chinese. Atau mungkin pernah tapi duluuuuuuu lah kot masa zaman tv2 tayang. Tu pun ingat2 lupa saja

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha dulu biasa tv2 ja selalu tayang. sekarang dah besa banyak port dah.. :)

      Padam
  2. alalaa comelnya budak kecik tu, ok masuk dalam list..haha

    bila nak tengok c-drama pun tak tahu, dah bertimbun dalam list ni..haha

    BalasPadam
  3. Drama chinese ni selalunya cute cute je cerita dia. hahahaha. Last saya tengok tentang cerita alien hahaha

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤