TIPS BILA ANAK-ANAK TAK SIHAT

Sabtu, November 02, 2019


Hi~ Assalamualaikum | Tips bila anak-anak tak sihat

Sebagai seorang Ibu, detik anak-anak menunjukkan tanda mereka tidak sehat adalah suatu yang merisaukan. Apatah lagi bagi anak-anak di bawah 6 bulan. Walaupun begitu, yang bawah dua tahun juga harus diberikan perhatian kerana mereka masih dalam kategori babies lagi dan seboleh-bolehnya perlu dielakkan pengambilan ubat. 

Semasa kecil dulu, Mrs. Umi sangat tak suka kalau kami sakit. Means bukan la apa kan, dia cumanya tak suka nak bawak kami pergi klinik melainkan semua home remedy dia dah cuba dan tak berjaya baru la dia ke klinik. Selagi boleh dirawat dengan home remedy, pasti dia akan mencuba. 

Begitu la perumpaannya. Tapi, perlu diingatkan Ibu bapa harus memberi sejuta perhatian penuh pada anak-anak apabila mereka sakit. Jika pada waktu malam, perlu bergilir-gilir tidur dan elakkan tidur terlalu lena. 

Di sini, Aien nak share beberapa tips yang Aien buat pada anak-anak sebelum ke final destination iaitu klinik. By the way, klinik itu perlu dalam kadar segera jika demam anak anda telah mencapai zon merah. 

1. Mandi dengan Lemon
- Aien tak pasti mana Aien baca pasal benda ni, but it's seem work with my kids. Apatah lagi bila baru mula nak demam. Badan baru dedar gitu kan. 

Kenapa Lemon? 

Sebabnya lemon salah satu buah yang kaya dengan vitamin C yang boleh menguatkan imun tubuh badan. Dengan mandian lemon ini dapat membantu buang toksin dalam tubuh badan sekaligus menyegarkan badan kita dengan harumannya. 

2. Minum Air Madu 
Resepinya air suam dan madu sedikit. Akan tetapi dilarang sama sekali memberikan madu kepada bayi di bawah satu tahun. 

Kenapa Madu? 

Madu merupakan salah satu makanan sunnah Nabi Muhammad SAW. Ia juga merupakan pengganti gula dalam tubuh badan kita. Dan apabila kita tidak sihat, madu adalah yang terbaik sebagai pembasmi bakteria usus dan ia satu sebab menjadi ubat tradisional untuk batuk.

3. Minyak Bawang Putih 
Caranya beberapa biji bawang putih ditumbuk separa lumat dan diletakkan dalam apa jua jenis minyak. Paling baik guna la minyak olive.

Kenapa Bawang putih? 

Bawang putih ada 1001 khasiat padanya. Antaranya ialah sebagai ubat untuk meredakan selsema dan kahak. Bawang putih bertindak sebagai pemanas dalam badan kita dan ianya sering digunakan dalam masakan serta bahan yang paling mudah hendak diperolehi dalam sesebuah rumah. Secara am nya, bawang putih is the best easy therapy. ^^


Bila tiga therapy ni dah bersatu, in shaa Allah anak-anak akan sihat seperti biasa. Tapi, macam biasa la, manjanya kemain ha.. Orang tua-tua kata anak-anak tu demam ke, tak sihat ke nak cari pemande dalam bahasa Sarawaknya atau cari akal dia nak membesar. Haa, gitu la kan. Anyway, sakit itukan penghapus dosa. Mudah-mudahan kita sebagai parents ni diberikan kesabaran dalam menjaga mereka tika mereka sakit.

Oh yaa, selain daripada tiga remedy di atas, Aien juga amek la orang kata home therapy yang lain untuk seluruh ahli rumah kekal sihat dan tidak di jangkiti virus demam ni.

Apa Dia? 

1. Potongan bawang besar untuk diletakkan di dalam bilik sebagai 'penyedut' aura yang tak sihat tu. I don't know mana baca, ni kira salah satu tips la kan. Bawang merah besar tu, potong la seberapa kerat anda suka, letakkan di setiap sudut bilik tidur anda. Kesannya, esok pagi anda pasti bertenaga. Kalau sesiapa yang ada masalah susah tidur, cuba lah. Tips ni untuk yang tak mampu lagi beli Young Living EO tu kan, haa ini cara mudah dan berkesan untuk anda 

2. Sup Ayam bertenaga means sup ayam yang diletakkan sejuta bawang putih dan halia, lobak merah dan juga kentang. Yummm.. Haa, bukan untuk bawah 6 bulan ye. Haha ni untuk anak-anak yang dah pandai makan, and boleh digest makanan terutama ayam. Kita orang tua ni pun kalo sekali sekala dibuatkan sup ayam simple gini, pergh,, ditambah dengan sambal kicap, sedapnya menjilat jari. 😂

Itu saja tips yang Aien nak kongsikan dengan korang semua. Harap dapat memberi manfaat pada semua pembaca blog ni.

Till the next tips. ^^






6 ulasan

  1. oh potong bawang besaq tu pertama kali baca. lepas ni boleh jugak lah cuba. hehehhe

    BalasPadam
    Balasan
    1. bleh cuba sis. utk ada masalah susah tido malam pun, in shaa Allah lena sampai pagi.

      Padam
  2. Banyak tips ni. Bolehlah cuba kalau ada anak kecil xsihat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau orang tua tak sehat pun boleh jugak sis. ^^

      Padam
  3. No 1 dan no 2 tu memang Sha amalkan.. Bagus sebenarnya untuk redakan demam anak..
    Yang minyak bawang putih tu Sha tak pernah cuba lagi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Minyak bawang putih tu bagus utk batuk². buang kahak gitu..

      Padam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

gallery @aienienka

© kisah aienienka.