Hujung Minggu yang menyenangkan

Ahad, November 24, 2019


Hujung minggu yang menyenangkan | Hi~ Assalamualaikum salam hujung minggu

Hailaa~ kesunyian dan kekeringan idea nak menulis. Bila hari ni dah ada idea, well terlambat pulak dari schedule biasa. Nevermind, atleast I wrote one entry for today. 

Seawal pagi, jam 7 anak-anak masing-masing dah bangun. This weekend dorang kind a tak tahan sejuk equal tak tahan panas like Johor Bahru sekarang cuacanya macam di Cameron Highlands. sejuk bila malam dibawak ke pagi. 

Anak-anak Aien ni camelion, cepat adapt suhu. Haha Kalau dah panas sangat tu, dorang tak tahan macam Ibu dorang, kalau dah sejuk, tak tahan sejuk macam Ayah dorang. Haha Acaner tu? 

Nak dijadikan ceritanya, semalam Kakak Nayla bermain air macam biasa la, bila nak mandi dia sibuk nak berendam even though hari sejuk nak frozen gitu. Aku tahu la sekarang tengah tayangan cerita Frozen 2 kan. Bising ayah dia panggil dia keluar pun tak nak. Untuk pengetahuan, dia bukannya tahan mandi air sejuk, tapi kalo air suam mandi masa sejuk, lagi sejuk tau rasanya. So, cukup saat dia rasa sejuk, berdesup lari keluar kesejukan dengan bibir dah biru, gigil-gigil. Adeh, anak la anak. Pakaikan baju laju-laju dan buatkan susu panas untuk dia. Okay la sikit. Tapi  start dari malam tadi tu, dia macam lemau je. Tido pun tak payah disuruh, dia sendiri minta nak masuk dalam buai. Kipas as usual dia punya la kan. 

Dan itu menyebabkan suhu dia down to earth sejuk sangat bila ayah dia amek dia keluar dari buai, dan selimutkan la Si Nayla ni tadi. Tak lama lepas tu, dia macam merengek macam tak selesa sangat. Tanya la nak tukar pampers ke, padahal sebelum tido tadi dah tukar tau, pahtu dia tunjuk ke port pampers tu. And tukar je la kan. Macam biasa pun dia minta susu, bila Aien bangun dia nangis melalak. Haha Bawa la berdukung ke dapur bancuh susu. Mak aih~ apak panas badan anak aku ni. Demah sikit dengan air paip. Demam ke dia? detik hati ni. Jam masa tu dah tengah malam, risau hati ni. Pahtu kabo kat Encik Suami, badan anak ni panas ni. Pahtu dia balas, kesejukan budak ni. Meh la ayah peluk. Memula tu tak nak, tapi sebab Ibu is busy nak cas tepon tak masuk-masuk memang minta tepon baru la ni. Baru dia nak. Sudahnya Encik Suami yang jaga dia malam tadi. Ibu is tak sedar bila Izz pun lena tido. 

Kisah si adik pulak hidung tersumbat dua hari lepas, mungkin sebab sejuk juga. So, i did to tips to you guys few week ago, Masih tak berkesan. Akhirnya kami tutup kipas kecik dan biarkan kipas besar je bukak, baru la masing-masing tido lena. Ke Aien yang terlebih lena? 

Haha 

Ibu be like. Memang selalu macam tu. Tak tahu la apa yang dipenatkan. 

Apa yang menyenangkan ialah hari ni, pagian Si Kakak dan ayah sahaja pergi klinik untuk cek up 18 bulan. Ibu dan adik tinggal. Selesai adik tido, Ibu pun macam robot, kemas rumah, sapu, masak, basuh baju. 

Apa yang lawaknya adalah hari ni, beriya Aien letak nasi seawal sebelum Nayla pergi klinik. Tapi, masa Encik Suami dan Nayla balik, nasi tak masak lagi!! Hahaha 

Adoii!!! Patut la aku tak bau nasi aku masak. Sob sob je kan. Itu la dia, kisah hari ni. 

Yang agak kelakar jugak la bagi Aien. Dan seronok. Sebab buat Aien terfikir, me time is wherever I been without anak. Haha dan bila anak keluar dibawak ayahnya pun boleh jadi me time. Me time masa anak tido pulak macam time boom. Sekejap pun jadi la, janji.. Siap semua benda yang kita nak buat. Kan? 


Till next update. Jaa Nee!

6 ulasan

  1. perkara biasa tu duduk rumah penat. banyak kerja nak dikerjakan..dapat me time memang syok..Jb tgh musim sejuk ye? haritu balik segamat panas terik betul.

    BalasPadam
  2. Semoga makin sihat anak-anaknya.. Cuaca sejuk kat sini juga.. Buat rasa macam nak berbungkus dalam selimut je..

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

gallery @aienienka

© kisah aienienka.