PERTAMA KALI TAMPAL GIGI DI KLINIK KERAJAAN

Selasa, November 05, 2019


Hi~ Assalamualaikum | Pertama kali tampal gigi di klinik kerajaan

Okay, jangan ketawa. Haha Aien ketawa dulu. Hampir 30 kau, baru nak tampal gigi. Haha As some of you may read my first time scalling gigi di KK ni masa ngandungkan Izz beberapa bulan yang lepas. Tak ingat la bila tu kan. Jenuh cari entry dia balik..😌

How? 
As normally typical every Malaysian know, nak pergi mana-mana klinik kerajaan ni datang je  dorang tak makan pun korang. Cumanya atas lucky memasing la dapat untuk queue tampal tu. Sebabnya kalau tak silap Aien la kan, KKTU ni over 11 pagi je dah tak buleh untuk tampal. So, kena datang sebelah petangnya. For this time, Aien datang jam 2 petang, alhamdulillah dapat. (walaupun orang paling last)

Seperti kebiasaan mana-mana Klinik Kesihatan jugak, anda cuma perlu bayar RM1 sebagai pesakit luar. Haa, murah kan? tapi, masanya memang mahal. Hampir 3 jam Aien tunggu. Sampai habis bateri phone dok main. Naik turun p susukan anak dalam kereta pun masih jugak tak berganjak nombor tadi. Haha

End up, suku lagi jam 5 petang, baru nombor Aien kena panggil. Nasib la dapat doktor laki. Haih~ segan laa.  Tanya nak tampal tang mana. Pahtu dia tengok. Haa, dalam la lubang dia. Masa di tampal tu,, terasa sakit. Pahtu doktor kabo ler, kalo sakit jugaknya lagi kena datang lagi untuk cabut. Huaaa, sayangnya gigi aku. dah sakit baru sayang yek. Huhu Orang pernah cakap  jadi mak-mak ni, kalau tak jaga betul, gigi mudah sakit. Tapi, itulah, dah kena baru beringat. Nasib la badan.

Kisah gigi sebenarnya jujur Aien katakan, tak pernah sesekali buat pembersihan gigi ataupun apa-apa berkaitan dengan gigi sehingga la lewat 20-an ni. Pasai pa? Sebab rasa gigi masih elok. Padahal hakikatnya mangai, lubang sana, lubang sini. Tampal sana, tampal sini. Jujur juga Aien ceritakan, bahawa kali terakhir check up gigi adalah di bangku sekolah rendah? Can you imagine berapa lamakah atu?? Ueewww~ gelinya!!

Ini adalah disebabkan ketakutan ama doktor gigi atu. As usual la kan, semua orang takut nak cabut gigi apatah la orang yang punya trauma takutnya ama doktor gigi atu. Haa,, Jangan la jadi macam saya ni ye.. 

Bila dah ngandung, susu pun tak ada minum, habis kalsium disedut sang anak. Masa Kakak Nayla dulu, no one at that KK asked me to had a regular dentist check up. Till ngandungkan Izz, haa, baru la hado. Itu dentist cek, kabo ler berita buruk kat ekau. Dengan semangat ler eden ni pegi cuci gigi a.k.a scalling tadi. Fuh, dia punya perasaan cuci gigi tu rasa bersihnya mulut aku. Haha

Itu la sebenarnya nak pegi scalling sekaligus dengan tampal. BUT they said only one at the time. So choose! So Aien decide tampal je la, sebab nak makan susah.. T^T habis semua sangkut. Benci laa.

Kesudahannya itu la kan. Gigi sudah pun ditampal sementara dan dentist membekalkan Aien setab ubat tahan sakit yang Aien tahan tak makan ia sejak dari balik dari klinik gigi. Bangun tidur terasa ngilunya itu.. adooo~

Ini, ini.. memang ceritanya dicabut aja deh. Anyway, my gigi even though tak pernah kena check or so ever, all in good condition as dentist told masa scalling tu. Cumanya, disebabkan kerak gigi tebal namati, itu yang menyebabkan gusi dah jauh dari gigi. Sedih kan?

Penamat cerita gigi ini tadi, adalah mohon la rajin cuci gigi gais. At least ye, setiap tahun sekali. Kalau rajin every 6 month. Pentingnya itu untuk gigi dan gusi anda. Jaga gigi anda kerana sakit gigi merupakan sakit yang amat bahkan mati kerananya boleh dikatakan mati syahid. Iya ka? Apa pun,, sakit gigi adalah antara sakit kedua selepas sakitnya bersalin. Huh,,

May Allah bless you olls dengan gigi yang sehat dan kuat. Yet,, sampai umurnya pasti luruh jua. kbai!

6 ulasan

  1. bab jumpa doktor gigi tu, bukan anak je.. kita yang dewasa pun seram.. tapi gagah jugalah pergi jumpa... kalau tak memang tak boleh nak makanlah citer dia..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan? itu la, dah sakit sangat baru nak jejak p klinik gigi tu. Haha

      Padam
  2. sy first time scaling gigi di klinik swasta .. umur pun masuk 20 thn dah masa tu.. sakit gigi punya pasal .. tp mmg ngilu.. yg bestnya gigi jadi putih hahaha.. x tau lah kalau klinik kerajaan mcm mana.. skrg gigi pun byak berlubang.. mau jumpa doktor pun takot haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kira dia kasi putih gigi sekali ke? Kerajaan sama je. Tapi rasa bersih la. Haha Uish, kena jumpa. Nanti dah terganggu selera makan bila gigi berlubang asyik sangkut je makanan. Dah dalam alamatnya kena cabut je. Itu lagi takut.. :'(

      Padam
  3. kita sama laa dulu aein..sangat susah nk mengadap dentist. tp sejak pakai braces ni, tiap2 bulan mesti g jumpa dentist. anak2 pun ikut sama laa join mama :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. pakai braces jadi extra careful yek? haha bagus² untuk anak².. ^^

      Padam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

© kisah aienienka.