Izz Najmi Turn 4 Month | Hi~ Assalamualaikum 

Tahniah, anakku! Kamu sihat dan bahagia hingga ke hari ini. Moga terus bersama Ibumu sampai hujung nyawa Ibu. 

Alhamdulillah. Syukur. Najmi telah menjangkau umur 4 bulan. Kedatangannya yang tak dijangka, Allah Maha Kaya, kelahirannya tidak diduga, Allahu akbar. 

Izz Najmi nama diberi setelah hari ke empat kelahirannya. Bermaksud, bintang kekuatanku. Moga besar menjadi seorang nak yang soleh, adik yang baik hati dan diri yang punya kerdipan yang tersendiri. 



Kalau nak diceritakan sepanjang tempoh 4 bulan ni, tak banyak ragamnya. Adalah kadang-kadang datang manjanya, datang gedik dia tu normal. Haha 

Tidur nak bau ketiak Ibu, kadang malam dah pandai kejut Ibu bangun subuh, dah tak perlu jam alarm lagi. Pantang ditinggalkan kalau belom lengkap keperluan dirinya. Pasti akan kedengaran siren dipasangnya. Kelam kabut Ibu dibuatnya. 

Alhamdulillah, setakat ni anak-anak Ibu belom lagi yang high demand. Masing-masing ada pasang surutnya. Orang kata anak lelaki kena jaga rapi sikit, cepat kena angin pasang. Bagi Aien pula, sama saja. Dua-dua dalam tempoh berpantang jarang nangis, Moga yang seterusnya pun tak ada la. Haha Tak sanggup Ibu nak jadi panda lagi  

Haa, sebut pasal seterusnya tu.  Itu la tu.. Baru terfikir nak tanya misi pasal pil perancang. Risau nau ada yang terbabas lagi. Bukan tak nak, tapi itu laa.  Tahun 2020 tu mencabar yang amat bagi mereka yang marhaen dan bersama anak-anak kecil dibawah usia 10 tahun. Agak-agak la how the others survive? 

Well, walaupun begitu, tak kurang jugak ibu bapa yang excited untuk baby 2020 ni. All the best! 

Till next story. Jaa Nee!

13 Ulasan

  1. Comel Najmi. Syukur dengan rezeki anak ni. Harap tahun 2020 ada rezeki Fiza dapat anak..Aamiinnn...

    BalasPadam
  2. alahai.. comelnya dia.. semoga najmi membesar dengan sihat..

    BalasPadam
  3. cutenya najmi . Geram nak gomol pipi gebu tu . Semoga membesar dengan sihat ye .

    BalasPadam
  4. Budak soleh ni.

    Jadi alarm ibu untuk subuh ya.

    Semoga Najmi sihat selalu ya. Geram kat pipi awakkk

    BalasPadam
  5. Alolo gebu gebas najmi pipi Pau Rasa nak gigit.. selamat 4 Bulan sayang

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah.. Semoga Izz Najmi terus membesar dengan sihat..

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.