Jom kenali muzium-muzium di Penang | Hi~ Assalamualaikum 

Yeay! Cuti sekolah telahpun bermula. Dan ada sebahagian sudah pergi bercuti atau balik kampung. Dan buat mereka yang tak tahu hendak ke mana, jom kita ke Penang!

Sebab apa? Sebab di Penang ada pelbagai tempat menarik untuk dilawati terutama sekali di Penang saja ada beberapa jenis muzium yang harus wajib korang lawati bila ke sana. 

Oleh kerana terlalu banyak muzium di Penang tu, menyebabkan Penang telah mendapat anugerah UNESCO World Heritage Sites. 

Bagi mereka yang berminat sejarah dan sempena cuti sekolah ni, haruslah kita buat aktiviti cuti sambil belajar bersama anak-anak kan? Haa, jom survey tiket dan book cheap scoot flights dengan Traveloka ni.  Mana la tau dapat tiket yang berbaloi dengan bajet kita kan? Lagi syiok cuti gini. Aien tengok ritu tiket Penang to Kuala Lumpur flight booking, haaa awesome gais! berbaloi lagi jimat. 

Jadi untuk permudahkan kerja korang untuk mencari mana tempat nak pergi ke Penang nanti, jom la Aien share sikit info tentang muzium-muzium yang ada di Penang ni. 

Muzium Penang Peranakan



Kaum Peranakan di Penang ni memang lama dah wujud sejak zaman Tanah Melayu lagi. So, kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut macamana kehidupan seharian kaum peranakan ni, adat resam dia, baju tradisional dia, rekabentuk perabot dorang dan paling penting cara susunatur dan hias dalam rumah mereka. Mesti seronok kan? Muzium ini dibuka setiap hari bermula jam 9 setengah pagi dan akan ditutup pada jam 5 petang. Tiket dijual dengan harga RM20 per dewasa dan kanak-kanak dibawah 6 tahun adalah percuma. 

Muzium Perang



Kalau bagi korang yang nak merasai zaman perang di Malaysia dahulunya, memang wajib jenguk ke Muzium Perang. Sebabnya muzium ni bukan dibina semula tau, ianya adalah tinggalan dari masa perang dulu yang dibaikpulih untuk tujuan sejarah. Haa, apa yang menariknya tentang muzium ni adalah merupakan kesan tapak dari zaman perang kedua terbesar di Asia dan sebelumnya tapak kem tentera British. So korang boleh nampak dalam muzium ada kesan dari penjajahan Jepun dan British dulu-dulu. Best sekali, ada juga preview bilik tahanan perang dan tempat dorang simpan senjata mereka. Muzium ni dibuka pada setiap hari dari jam 9 pagi sehingga jam 11 malam dengan harga tiket RM22 untuk dewasa dan RM12 untuk kanak-kanak. Jika untuk pelancong asing pulak tiket dijual dengan harga RM38 untuk dewasa dan RM20 untuk kanak-kanak.

Masjid Kapitan Keling



Masjid ini merupakan masjid pertama dibina oleh peniaga India iaitu East India Company pada abad ke-19. Sebelum masjid negeri Pulau Pinang dibina, Masjid Kapitan ni la merupakan masjid utama bagi negeri tersebut. Lokasi masjid ni terletak di Georgetown. Sambil-sambil jalan tu kan, singgah solat sekejap kat sini pun, alhamdulillah. Jangan risau, masuk sini percuma saja~ 


Muzium Kamera


Korang pernah terfikir tak macamana revolusi sebuah kamera itu tercipta? Dari  rupa asal kamera sehingga yang serba canggih sekarang ni? kalau korang tak pernah tahu, muzium kamera yang terletak di Bukit Bendera ni adalah antara tempat wajib korang pergi. Lepas dah turun dari Bukit Bendera tu kan, singgah sat sini sambil posing dengan kamera zaman tok kadok dulu-dulu. Klasik gitu. Kat sini la korang akan belajar sejarah kamera tu sendiri. Jangan macam Aien ni, jakun tengok camera lawa-lawa walaupun klasik dalam ni.  haha Muzium ni dibuka dari jam 9.30 pagi, sehingga jam 6.30 petang. Tiket dijual dengan harga RM25 bagi dewasa dan RM15 bagi kanak-kanak dan warga emas. Boleh la bergambar puas-puas dalam ni. Aien tak sempat nak bergambar dalam ni, bateri phone dah kong. Sedih tak sedih? 

Penang Time Tunnel


Penang time tunnel ni merupakan satu-satunya muzium yang mempamerkan setiap fasa penting sejak 400 tahun lalu dalam membentuk Penang menjadi sebuah negeri yang maju. Ianya bermula dari zaman penjajahan Jepun sehingga sekarang yang serba maju dan moden. Dalam muzium ni jugak ada menyediakan gambaran 3D untuk korang bergambar macam korang dari masa tu. Sambil-sambil berjalan, belajar dan menyimpan kenangan. Haa, syioknya~ 

Penang Fort Cornwallis


Fort Cornwallis ni merupakan kubu terbesar yang ada di Malaysia dan kubu tertua di Penang. Dengan ketinggian 10 kaki di bahagian dinding luarnya, ia merupakan ciri keselamatan bagi kerajaan British satu ketika dahulu. Sementara itu, dlam kubu tu pulak tempat simpanan senjata dan alatan untuk berperang. Kalau korang nak masuk ke sini macam biasa dibuka setiap hari dari jam 9 pagi sehingga 10 malam dengan jualan tiket RM10 bagi dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak. 

Fuh, naik juling mata dan penat kaki tengok semua tempat-tempat. Tapi, berfaedah buat anak-anak yang cutinya bukan kosong semata. Hoorraay horrrey sambil mengisi ilmu pengetahuan. Cuti macam ni la boleh buat tambah minat anak-anak untuk kenali sejarah negara Malaysia dengan lebih mendalam lagi.  

Ada banyak lagi tempat menarik yang boleh dilawati, tapi Aien share mana yang berkaitan dengan sejarah Penang je la dulu. Hehe Tu je buat setakat ni info Aien kongsikan dengan korang. 

Till next sharing. Jaa Nee! 

14 Ulasan

  1. dah tak igt bila last pegi muzium. apetah lagi pegi penang. dedua mmg dah lama x jejak kaki.

    BalasPadam
  2. kak ana paling teringin nak masuk muzium peranakan tu, dulu pi tutup laa pulak :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. aik, tulis waktu operasi tiap hari? mungkin tgh renovation kot. in shaa Allah lain kali ada rezeki. ^^

      Padam
  3. haa.. lepas ni buat entri muzium di melaka plak.. hee~ nescaya entri tersebut merupakan entri paling panjang..

    BalasPadam
  4. Semua tak pernah pergi kecuali masjid kapitan tu singgah nak solat je. tak sempat nak explore dalam tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. janji dapat singgah solat pun dah cukup baik. ^^

      Padam
  5. Oh, baru tau ada banyak muzium di Penang. Unik betul sebab kat Terengganu rasanya ada satu dua tempat je..

    BalasPadam
  6. Banyak juga ye muzium dekat Penang.. Ada rezeki, nak singgahlah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak kak, semuanya menarik perhatian wajib pergi bila ke Penang ni. ^^

      Padam
  7. Muzium.oerang sgt menyeramkan huhuu

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.